Skuad Emas Dapat RM30,000 Seorang

Share Button


Skuad emas sukan sea negara kita akan mendapat habuan bernilai hampir RM 30,000 setiap seorang dari FAM atas kejayaan meraih pingat emas pada sukan sea ke-25 yang baru sahaja berlalu. Ganjaran tersebut mendapat perkenan presiden FAM iaitu Sultan Ahmad Shah. Satu ganjaran yang besar untuk pemain bola sepak malaysia.

Tapi aku rasa pasti akan ada mereka yang iri hati dengan ganjaran yang mereka terima. Selagi namanya manusia, pasti perasaan iri hati dan hasad dengki mesti ada dalam diri. Pasti akan ada yang berkata kenapa perlu di berikan ganjaran setinggi itu.

“Setakat main bola sepak dan menang pingat emas, bukannya ada berbakti kepada negara dan bangsa. Setakat sukan SEA je bukan lah hebat sangat”

Hei kawan, kamu tu main bola sampai kemana? wakil sekolah pun susah hendak terpilih, inikan pula nak wakil negara. Kalau dapat wakil sekolah pun tak menang, inikan pula nak dapat pingat emas dalam sukan sea.

Bagi mereka yang berada dalam lingkungan umur seperti pemain kita, iaitu 20 hingga ke 23 tahun, ganjaran yang mereka terima itu cukup tinggi. Jika anda sebaya dengan mereka semua, adakah anda yakin akan dapat duit sebanyak itu. Aku yang sudah melebihi umur mereka ni pun tak pernah lagi dapat hadiah sebanyak itu. Ganjaran itu sebagai pendorong mereka untuk lebih berajaya di masa depan.

Semoga kejayaan terus mengiringi pasukan ini. Tapi sebagai peminat bola sepak malaysia, kita juga tidak harus berfikiran sempit. Berfikiran sempit maksud aku, setiap kali pasukan malaysia main selepas ini, jangan lah nak mengharapkan menang sahaja. Bila tidak menang mula lah nak maki hamun mereka.
Kata Rajagobal “Pasukan kuat juga ada kalah, jangan lah mengharapkan mereka sentiasa menang. Tapi berikan mereka peluang”

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ?

Argentina. Satu nama besar dalam sukan bola sepak. Berkedudukan nombor 8 dalam ranking FIFA. Menang world cup sebanyak 2 kali, 1978 dan 1986. Memenangi Piala Copa America (sama macam euro cup untuk negara eropah) sebanyak 14kali. Pernah menjuarai piala konfederasi pada tahun 1992. Pingat emas pada olimpik 2004 dan 2008.
Pasukan bola sepak Argentina pun hampir2 tidak layak ke piala dunia. Dalam pusingan kelayakan pun mereka ada kalah. Jadi tidak heran lah jika pasukan malaysia pun boleh kalah selepas ini.

Apa yang penting ialah kita semua teruskan menyokong mereka dan mendoakan kejayaan mereka di peringkat antarabangsa. Semoga kejayaan akan terus mengiringi mereka di masa depan.

Lazada Malaysia

Malaysia Boleh…!!!

Share Button

Belajar Asas Cetak T-Shirt Dengan Mudah !

Comments

  1. says

    tahniah skli lg buat team malaysia..

    habuan adalah hadiah no 2 bg pemain slpas mengharumkan name negara..aku harap pemain tidak lalai dengan habuan dan prestasi cemerlang sebegini ptot dtrskan..team rajagopal kli ini adalah antara terbaik slps era allahyarham mokhtar dahari..

    30000 klu diikutkn mmg tidak cukup tetapi amat berbaloi bg pemain kerana mereka dihargai…vietnam menerima habuan lg tinggi walaupun kalah..klu x slp..tgk brta tv 3 td.hehee

    • says

      vietnam dapat lebih banyak. kerajaan dan syarikat yang menaja pasukan bola mereka yang bagi hadiah tu.
      kat malaysia ni cuma FAM je yang bagi ganjaran, tak ada syarikat yang berminat pun nak bagi ganjaran kepada mereka.
      kenapa?
      kerana ramai yang fikir sukan bola sepak tak boleh pergi jauh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing