Pelajar Wajib Menyertai Sukan.

Share Button


Pelajar sekolah menengah dan rendah pada tahun depan akan diwajibkan menyertai satu jenis sukan. Kementerian Pelajaran akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji untuk memberikan kredit kepada pelajar yang menyertai sukan.

Idea yang sangat baik untuk membudayakan sukan dalam masyarakat malaysia. Tapi adakah cadangan ini akan benar-benar diterima oleh semua rakyat malaysia, atau ini hanyalah cita-cita mereka di peringkat atasan sahaja?

Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pengetua Malaysia, Azam Md Atan, berkata konsep pelajar wajib menyertai sukan sememangnya sudah lama wujud di sekolah, , tetapi selama ini tidak banyak sekolah yang mewajibkan pelajarnya mengambil satu jenis sukan, bila arahan dikeluarkan nanti, sekolah tidak akan mementingkan akademik semata mata sebaliknya turut menitikberatkan sukan.

Jika konsep ini telah lama wujud kenapa baru sekarang mahu diwajibkan?
Ini kerana kebanyakkan pentadbir sekolah hanya berlumba-lumba dan bersaing untuk melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan besar. Keupayaan melahirkan jumlah pelajar yang cemerlang dalam akademik, menjadi kayu pengukur diantara sekolah-sekolah. Sekolah pula terpaksa membuat laporan kepada pejabat pendidikan daerah jika bilangan pelajar yang gagal dalam peperiksaan adalah ramai. Inilah dilema yang dihadapi oleh pentadbir sekolah dalam melaksanakan pelajar wajib menyertai sukan.

Tiada guru berkelayakan mengajar sukan.
Terdapat guru yang mengajar subjek sukan tidak berkelayakan, tetapi terpaksa juga melakukannya dan akhirnya aktiviti sukan itu tidak rancak. Ada guru yang tidak tahu peraturan dalam bola sepak dan teknik permainan menjadi jurulatih kepada murid-muridnya. Ada juga guru yang mengajar subjek jasmani tidak turun bersama muridnya melakukan aktiviti sukan, kebiasaannya guru wanita.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ?

Terdapat juga sekolah yang kekurangan guru lelaki. Guru lelaki yang sedia ada telah ‘digunakan’ untuk berbagai-bagai acara. Semua aktiviti sukan diletakkan kepada guru lelaki. Semua aktiviti yang memerlukan untuk guru menjadi guru pengiring juga diberikan kepada guru lelaki. Aktiviti luar seperti pertandingan syarahan, pidato dan yang sama dengannya.

Mewakili sekolah dalam acara sukan.
Dalam proses memilih murid untuk mewakili sekolah dalam mana-mana acara sukan, adakalnya proses pemilihan bukan berdasarkan kemampuan murid berkenaan. Ada murid yang dipilih kerana cemerlang dalam akademik, supaya dalam rekod pelajar berkenaan tercatat aktiviti sukan yang disertai. Boleh membantu untuk menjadi calon pelajar cemerlang. Ada juga murid yang dipilih mewakili sekolah kerana faktor keluarganya. Perkara seperti ini tidak membantu untuk melahirkan ahli sukan yang hebat, kerana jika mereka yang benar-benar layak dan handal dalam sesuatu sukan tidak terpilih mewakili sekolah, mana lagi tempat yang mereka ada untuk menunjukkan bakat.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, selain memerlukan prasarana sukan berkualiti, sekolah rendah juga perlu mempunyai pembangunan sukan yang terancang. Sekolah merupakan institusi penting dalam mencungkil dan mengasah bakat atlet sebelum mereka diketengahkan di peringkat lebih tinggi.

Masyarakat juga tidak lagi boleh mengharapkan sekolah semata-mata untuk melahirkan ahli sukan. Sudah sampai masanya masyarakat kita mengubah minda dan persepi mereka sukan bukan satu jaminan masa depan yang cerah. Jika benar sukan tidak mempunyai masa depan yang cerah, tidak munkin lahirnya jaguh sukan dunia dari Malaysia.

Belajar Asas Cetak T-Shirt Dengan Mudah !

Akademik tidak semestinya menjamin masa depan pelajar walaupun mereka memperoleh 10A dalam peperiksaan. Memang tidak dinafikan akademik adalah sesuatu yang penting tapi sukan juga sama penting dan ia perlu diseimbangkan. Ada juga atlet negara yang berjaya dalam kedua-dua bidang, tetapi ianya memerlukan disiplin yang tinggi dan semangat yang kuat untuk berjaya.

Lazada Malaysia

Sumber : utusan.com.my hmetro.com.my

Share Button

Comments

  1. says

    hmmm… bagi aku point yang ‘tiada guru untuk mengajar sukan’ tue paling betul.. sebab biasanye org skang dah tak minat ngan profession sukan nie.. hoho, ape lagi nak jadik cikgu pendidikan jasmani.. hahaha

    • says

      itulah masalahnya. ada cikgu tak reti perkara asas dalam sesuatu jenis sukan. contohnya sepak takraw atau bola sepak, tetapi terpaksa menguruskan pasukan sekolah. yang lebih malang, masa zaman menjadi student tu cikgu itu tak pernah pun aktif dalam sukan.

  2. says

    setiap bulan adakan aktiviti luar sekolah..
    tak semua bdk bole maen sukan der..msg2 ad kelebihan sendiri..so..asah la..mcm dlm cita 3 idiots der..terbaek…wakakaakaka

    • says

      masing-masing memang ada kelebihan sendiri. itu sebab memang kena perlu seimbangkan aktiviti sukan dan akademik. ada budak yang tak pandai akademik tapi hebat dalam sukan. ada yang sebaliknya. masalahnya sekarang, akademik yang terlalu ditekankan di sekolah. hope selepas ini sukan juga akan menjadi keutamaan

    • says

      memang patut wajibkan je, tak lah budak2 ni pandai akademik je
      muscle park eh. aku dengar nama itu dalam ninja warrior kat tv9. best gak cite tu, kelakar pun ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing