Malaysia ke Piala Dunia

Share Button


Piala Dunia baru sahaja melabuhkan tirainya. Sepanyol ditabalkan selaku juara dunia. Perlawanan akhir yang hebat dan mantap di pamerkan kedua-dua pasukan, sepanyol dan belanda. Di Malaysia, penyokong pasukan Sepanyol turut meraikan kejayaan pasukan itu dan penyokong pasukan belanda turut merasai kekalahan tersebut. Cuma dibezakan 1 gol untuk bergelar juara dunia.

Antara yang mencuri tumpuan pada piala dunia kali ini ialah Paul Si sotong. Sekali lagi ramalan Paul tepat, Sepanyol menjadi juara dunia. Munkin selepas ini Paul akan lebih terkenal, ramai yang datang ke akuarium tempat tinggal Paul untuk meminta ramalan.

Bagi peminat bola di malaysia, sesekali terdengar soalan atau keluhan, bilakah agaknya kita dapat menyokong negara sendiri, melihat nama anak malaysia di pentas antarabangsa, melihat pemain malaysia melakukan bentesan ke atas pemain handalan dunia. Setiapa kali piala dunia, rakyat malaysia menyokong negara yang berbeza-beza.

Bilakah agaknya dapat semua rakyat malaysia berkumpul beramai-ramai tidak kira dimana jua, kedai makan, stadium atau munkin dataran merdeka, membawa jalur gemilang menyokong pasukan malaysia di dalam piala dunia?

Keadaan yang sama dan paling hampir baru-baru ini ialah, dimana semua rakyat malaysia menyokong skuad negara menamatkan kemarau 20 tahun memenangi peingat emas sukan sea tahun lalu. Seluruh peminat bola malaysia gembira dengan kejayaan itu. Itu sukan sea. Belum piala dunia lagi. Tapi perasaan bangga itu tetap ada.

Korea selatan dan jepun, pernah menjadi pasukan belasahan malaysia kini telah jauh meninggalkan kita. Mereka kini telah bermain di piala dunia. Beberapa pemain mereka pula telah bermain dengan kelab-kelab besar eropah. Bagaimana pula dengan pemain malaysia? tidak ke mana.

Untuk menghasilkan pemain yang baik seterusnya membentuk pasukan yang mantap, ianya perlulah bermula dengan liga tempatan kita, ianya perlu benar-benar mantap dan hebat. Pemilihan pemain mewakili malaysia biasanya di nilai semasa bermain dalam liga. Pemain korea dan jepun majoriti bermain dalam liga tempatan sahaja, tetapi kenapa mereka boleh mempamerkan aksi yang hebat seperti pemain di dalam liga eropah? Ini kerana liga mereka benar-benar kompetetif. Ingatkah kepada sepakan percuma honda dan endo dari jepun yang hebat menewaskan denmark?

Peliknya di malaysia ini, sudah lah tidak mampu menghasilkan skuad negara yang mantap, pemain import pula tidak dibenarkan bermain dalam liga. Sedangkan jepun dan korea yang jauh lebih baik ranking dunia, membenarkan pemain import bermain dalam liga mereka.

Suatu masa dahulu, memenangi pingat emas dalam sukan sea adalah perkara biasa. Cuma baru-baru ini ianya seperti suatu perkara yang cukup besar dan seperti kejayaan yang sangat hebat, kerana sudah berpuluh tahun tidak menang. Malaysia pernah layak ke sukan olimpik 1972 dan 1980, serta memenangi pingat gangsa sukan asia 1974. Pada ketika itu, malaysia sangat digeruni pasukan lawan, secocok dengan gelaran yang diberi, harimau malaya.

Ada dikalangan peminat bola malaysia sudah awal-awal lagi tidak menaruh harapan untuk menyaksikan malaysia layak ke piala dunia menjadi realiti. Ini kerana, untuk menjadi jaguh di rantau asia tenggara seperti terlalu sukar. Jika kita mampu menjadi jaguh di rantau ini, barulah kita boleh mengorak langkah seterusnya, memenangi emas dalam sukan asia seterusnya emas dalam sukan olimpik.

Bagi aku, melihat skuad negara bermain di piala dunia munkin suatu yang amat mustahil dan munkin mengambil masa yang tersangat lama untuk menjadi realiti. Banyak juga pasukan negara yang hebat tidak beraksi di piala dunia. Contohnya jiran terdekat kita thailand dan indonesia, tetapi mereka mampu menghasilkan pemain-pemain yang hebat.

Untuk bersikap realistik tentang bola sepak malaysia, aku pasti suatu hari nanti ada pemain dari malaysia yang bermain untuk kelab-kelab utama dunia. Ianya juga sudah cukup untuk membuatkan rakyat malaysia merasa bangga.

Share Button

Comments

  1. says

    Saya setuju!!! Jangan harap nak masuk Piala Dunia kalau yang duk kat atas tu tak berubah. Banyak benda2 tak sedap di dengar dan ini membuatkan perkembangan bolasepak terbantut. Dah la guna duit judi. Karang cakap lebih2 org cakap kita ni politik plak.

    • says

      baru-baru ini senarai nama pencalonan untuk kerusi timbalan presiden FAM dikeluarkan. kesemuanya bergelar orang politik yang ada gelaran datuk dan tan sri. adakah mereka benar-benar ada idea yang baik untuk bola sepak malaysia, atau mereka ada agenda tersendiri?
      jurulatih skuad harimau muda diberhentikan, pada hal masa mereka balik, FAM kata prestasi skuad itu berada pada tahap yang bagus, kalau bagus kenapa diberhentikan jurulatih itu? FAM sendiri pun ada masalah, macam mana nak membangunkan bola sepak malaysia

      • says

        haha tu sebab FIFA cakap jangan ada ahli politik dalam badan bolasepak sesebuah negara.. tapi Malaysia masih lagi ada.. mentang2 negara kita ni negara membangun… Perancis pun FIFA dah kasi warning…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing