Cerita di Sebalik Emas Bola Sepak Sukan SEA 2011

Share Button

garuda tewas
Malaysia Juara

Tahniah kepada pasukan bola sepak malaysia. Walaupun dapat menyumbangkan emas dalam sukan SEA kali ini, tapi malaysia ketinggalan dalam pungutan pingat emas Indonesia. Tapi tidak mengapa, kejayaan menumbangkan pasukan bola sepak Indonesia adalah sesuatu yang lebih bermakna berbanding mengumpul jumlah emas terbanyak. Kenapa? Kerana mereka sendiri yang memulakan konfrontasi dan terlampau angkuh dengan bangsa mereka. Seluruh Indonesia menantikan saat pertembungan malam tadi dan seluruh Indonesia juga ditiup semangat benci kepada Malaysia. Bukan dalam bola sepak sahaja. Bahkan hampir kesemua sukan yang disertai atlet Malaysia.

Sedikit cerita disebalik perlawanan Malaysia dan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi.

1. Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia berjanji akan memberikan Rp 200j (RM 70,000)kepada setiap emas yang diperolehi oleh atlet mereka. Jika pasuka bola sepak mereka menang, RM 70,000 perlu didarabkan dengan 20 pemain dan pegawai pasukan. Sekarang mereka tidak menang, bajet dapat dikurangkan. [tribunnews.com]

2. Disebalik kemampuan kerajaan Indonesia untuk membayar sejumlah wang kepada atlet mereka yang meraih emas, rakyat mereka masih lagi yang hidup dalam keadaan daif dan miskin. Hampir 1,300 sukarelawan pula diberhentikan serta merta sebelum temasya itu berakhir. Rakyat palembang sebenarnya tidak bersetuju sukan SEA di anjurkan di daerah mereka, kerana merasakan daerah mereka belum bersedia menerima tetamu luar yang ramai. [mazidulakmal.com]

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ?

indonesia,penonton,penyokong
3. Sekurang-kurangnaya 2 orang penyokong Indonesia dilaporkan mati di Stadium Gelora Bung Karno akibat berasak-asak untuk memasuki stadium. Kedua-dua mangsa tidak dapat diberikan rawatan segera akibat kunci ambulans di stadium telah hilang dan ambulans kedua dari jakarta tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Dilaporkan juga hampir 9 orang yang pengsan akibat berasak-asak ingin memasuki stadium. Ternyata pihak penganjur tidak bersedia untuk menganjurkan sukan SEA. [tribunnews.com]

4. Kekurangan pegawai keselamatan di Stadium Gelora Bung Karno mengakibatkan ramai penyokong indonesia menceroboh masuk ke dalam stadium. Kita dapat lihat sendiri dari kaca tv, betapa sesaknya stadium berkenaan. Semua ruang stadium penuh dengan penyokong indonesia. [kompas.com]

5. Dilaporkan, 2 buah kaunter tiket yang menjual tiket perlawanan akhir Malaysia Indonesia telah dibakar oleh penyokong yang berang akibat tiket perlawanan telah habis dijual. Punca kemarahan mereka bukan kerana tiket habis dijual, tapi kerana tidak dimaklumkan awal tiket telah habis. Mereka hanya dimaklumkan kaunter tidak dibuka kerana penjaga kaunter berehat untuk makan. Sehingga ke tengah hari, kaunter masih lagi tidak dibuka. Ianya menimbulkan kemarahan mereka yang telah menunggu lama di depan kaunter. [tribunnews.com]

6. Hampir semua kedai makan dipenuhi oleh penyokong malaysia dan indonesia malam tadi. Seperti yang sedia maklum, populasi warga indonesia juga sangat banyak di negara bumi bertuah kita ini. Sudah pasti masa gol pertama, kumpulan mereka lah yang bersorak kuat. Walhal mereka bersorak di dalam negara Malaysia. Aku rasa tidak ada pun orang Malaysia yang datang pukul mereka kan. Kalau dalam situasi yang sama, tapi kita di Indonesia. Macam mana keadaanya? aku rasa munkin kita akan dipukul oleh mereka.

Belajar Asas Cetak T-Shirt Dengan Mudah !

7. Beruntung dan bersyukurlah warga Indonesia, kerana kamu mampu mencari rezki untuk diri sendiri dan keluarga di bumi Malaysia. Kamu juga mampu untuk menonton perlawanan bola sepak bersama-sama warga Malaysia dengan tenang dan aman. Malaysia negara yang selamat untuk semua.

Share Button

Comments

    • says

      rakyat kat sana tak tahu betapa beruntungnya orang indonesia kat malaysia. senang je mencari rezeki.
      ada lagi tu, kahwin dengan rakyat tempatan, dapat taraf penduduk tetap terus jadi warganegara malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing