Seperti yang diumumkan sebelum ini. Kerajaan negeri Kelantan akan menghadihkan Khairul Fahmi Che Mat sebuah banglo, sebagai tanda penghargaan kepadanya membantu pasukan Harimau Malaya menjadi juara Piala AFF tahun lalu.
Selepas kehilangan adiknya akibat denggi (kalau tidak salah aku), Apek menerima berita yang mampu untuk menggembirakan sedikit dirinya dan keluarga.
Itu lah kebesaran-Nya. Bila diturunkan sedikit ujian kepada hamba-Nya. Pasti juga akan diberikan sedikit kenikmatan.
Apa yang dinikmati Apek bukan lah sesuatu yang datang bergolek dan duduk goyang kaki. Banyak yang perlu dilalui. Banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan. Munkin bagi sesetengah orang, apa lah sangat sebuah rumah banglo.
Bagi aku, nilai dan berapa luas banglo itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Jika aku dapat menghadiahkan sebuah banglo kepada keluarga, tidak kiralah berapa luas dan nilainya, itu yang lebih puas. Apa yang lebih puas dari melihat mak ayah gembira dengan pemberian kita? Macam aku ni, anak orang kampung yang tidak berharta, kalau dapat lah hadiahkan mak aku sebuah rumah banglo, aku akan rasa cukup puas.
Aku pelik, kenapa gambar rumah Apek tu diambil waktu malam eh. Munkin time ni je kot camera-man ada masa kot.
Apa pun. Tahniah buat Apek dan juga semua pemain Harimau Malaya
Duhai anak muda sekalian, jom lah kita membahagiakan orang tua kita, pasti hidup akan lebih berjaya dan gembira. Kalau ada duit, belikan lah mereka banglo, kalau tidak ada duit, buatlah apa saja asalkan mereka gembira.
Sumber : hmetro.com.my
{ 17 comments… read them below or add one }
sejuk hati mak bapak dia kan ..
betul kak. apek pun mesti puas hati
elegen gitu!!!untung la fahmi yer:)
memang beruntung pemain sekarang. kalau dulu-dulu, munkin tak dapat apa-apa.
wahh, cantik juga juga banglo nih..
memang cantik. nak bagi sesuatu kat orang kena lah yang cantik-cantik
cantiknya rumah tu.. yg penting de rumah sendiri utk keselesaan keluarga kan..
betul tu
Alhamdulillah, rezeki Khairul Fahmi
Setiap anak ada impian nak bahagiakan dan senangkan ibu bapa.
semua orang ada impian tu. tapi tak semua mampu untuk merealisasikannya
yelah atas sb tertentu..klu tak masalh wang malash kesihatankan hee…
dugaan ujian masing2 hati dan iman kena kuat
ujian tu yang membuatkan kita menjadi insan lebih tabah
klu tak mmpu bt bgtu memadai bgi dia wang saku tiap2 bulan tu dah kira mmbahagaiakan mrka…
tahniah buat apek
rezeki dia
tak suka org sogokkan berita ttg kenakaln dia ke atau org dengki kat dia..bgi say kerjaya ttp kerjaya jagn cmpur hal peribadi…
sb dia pemain bola sepak klu prestasi dia merundunm terkadang ada kesan mendalam gak pada satu2 gosip tu.tak kira benar atau tdk yg pasti tu bukan isu yg harus d bagkitkan.atau perlu d banggakan..
banyak yang bukak cerita pasal apek ni pun bukan wartawan sukan. wartawan sukan tak ada pun nak buat cerita apek putus tunang ke keluar clubing ke