Kalau kau malas
tak perlu datang kerja
buat orang lain sakit hati je
duduk rumah peluk bantal dan tidur
tak perlu buat apa-apa
Kalau kau malas
jangan sibuk nak bagi idea
idea yang baik, datangnya dari mereka yang bekerja
pemalas macam kau ni,
pandai cakap tapi tak buat apa-apa
Kalau kau malas
jangan bercampur dengan orang
bila kau malas,
orang sekeliling kau akan malang

Kalau kau malas
jangan dengki pada yang berjaya
mereka berusaha untuk berjaya setiap masa
kalau malas macam kau,
mereka pun tak jadi apa-apa
Kalau kau malas
kau nak jadi apa?
buat kerja tak tahu apa-apa
disuruh itu, disuruh ini
macam-macam alasan kau reka,
sebab kau malas nak buat kerja
Kalau kau malas
janganlah cuba memberi harapan
pasti akan ada hati yang akan kau hancurkan
lebih baik kau lupakan, hidup lah kau keseorangan
Kalau kau malas
keluarga kau hidup susah
tapi itu semua kau tak kisah
sebab kau dah memang macam sampah
Kalau kau malas
jangan iri pada rezkinya
kau pandang penuh dengan tanda tanya
macam mana mereka boleh berjaya?
Kalau kau malas
jangan mengeluh pada rezki yang diterima
memang itulah ganjaran kau sepatutnya
kau suka buat-buat tanya,
tapi kau malas nak fikirkan kenapa.
Nota : semua diatas tu ialah pesanan untuk diri aku yang sering dilanda sindrom malas. Katakan tidak kepada malas, pasti hidup akan lebih bahagia dan berjaya.

{ 8 comments… read them below or add one }
Kalau malas atuk aku cakap tak ada ubat
kalau ada ubatnya. aku pun nak amik lah. selalu sangat penyakit ni datang dalam diri aku.
Apesal aku ada rasa sipi2 je ni bro…hehehe
munkin kerana kita ada penyakit yang sama kot
yeah, mari katakan tidak kepada malas.. hehe.. bagus ni, harap2 dapat buat panduan jugak spya lebih rajin dlm segala hal.. jom..jom.
kalau dah berlumut malas dalam diri, memang tak akan jadi apa-apa hidup ni
heheh,,penyakit yg sukar di ubati…melainkan keazaman yang tinggi
kena buat ubat untuk penyakit ni. semua penyakit pasti ada ubatnya kan.