Jawapan Lucu dari Gadis Bertudung Pink

Share Button

puteri umno,umno,puteri,gadis tudung pink,pinkAku tidak berapa gemar sangat berita pasal politik ini.

Berita yang dibawakan oleh media massa biasanya berat sebelah. Hanya satu pihak sahaja yang diberikan liputan, manakala berita dari pihak yang tidak sekapal dengan mereka, langsung tidak ada. Kalau ada pun bukannya cerita yang baik, tetapi cerita yang buruk. Untuk mendapatkan berita yang adil biasanya aku akan mencarinya di dalam internet. Ini lah dinamakan sumber berita media alternatif. Kita boleh membaca dan membuat penilaian sendiri.

Macam mana pula dengan orang yang tidak mempunyai ekses untuk mendapatkan sumber berita media alternatif?

Mereka bergantung sepenuhnya kepada media massa yang dikawal sepenuhnya oleh pihak Rumah Biru sahaja untuk mendapatkan sesuatu berita. Berita buruk tentang pihak Rumah Hijau diterima bulat-bulat, kerana bagi mereka apa yang dilaporkan dalam berita akhbar mahupun tv adalah yang benar. Tidak terlintas langsung di fikiran mereka, munkin itu sekadar sandiwara dan lakonan yang direka oleh satu pihak untuk memburukkan pihak lain.

Malam tadi masa menonton berita ada 2 perkara yang aku rasa agak melucukan dan menampakkan kebodohan sesetengah pihak.

Perkara pertama.
Seorang penduduk di satu kawasan menempelak pihak Rumah Hijau berkaitan projek mewujudkan ladang berkelompok.

►► Hebat ! Sistem Akaun Guna MS Excel ◄◄

” Nak dekat pilihanraya baru nak datang buat macam-macam projek, sebelum ini tidak ada pun usaha nak buat projek ini” itu kata-kata orang asli kawasan itu dengan nada kesal dan kecewa.

Apa yang mulucukan aku ialah, dia tidak nampak ke ramai puak-puak Rumah Biru turun ke kawasannya untuk tujuan yang sama, meraih undi dan sokongan. Macam-macam aktiviti yang dijalankan oleh pihak Rumah Biru yang melibatkan banyak agensi kerajaan tidak pula dia mempersalahkannya.

Perkara kedua.
Seorang ahli dari cabang Rumah Biru iaitu Kelab Gadis Tudung Pink, menerangkan tujuan mereka mendekati pelajar tadika dan anak kecil di sebuah Tadika.

“Tujuan kami mendekati mereka ialah, bila anak-anak ini balik ke rumah, mereka akan bercerita kepada ibu bapa mereka ada ramai kakak yang pakai tudung warna pink datang ke sekolah. Bila sebut warna pink, secara tidak langsung ibu bapa mereka akan terfikir tentang Kelab Gadis Tudung Pink, dan akan terus fikir ini adalah kelab di bawah Rumah Biru”

► Rahsia Bisnes Usahawan Tudung Berjaya ◄

Wakakahuhu…bodohnya jawapan. Apakah kau ingat mak bapak budak itu tidak boleh berfikir? Adakah semudah itu mereka akan menerima pihak Rumah Biru di kawasan mereka? Tolong lah bagi jawapan yang logik sikit dan nampak pandai. 1 Malaysia dengar jawapan anda itu. Munkin juga 1 Malaysia akan berfikir “Macam ini ke pemikiran gadis bertudung pink?”

Inilah senario politik dalam Malaysia.

Share Button

Comments

    • says

      sokong Rumah Hijau eh. insyaallah kebangkitan akan berlaku.
      bangunan pejabat Rumah Biru di kelantan dah berjaya di ambil alih oleh Rumah Hijau

  1. says

    aku tak paham.. maksudnye kelab gadis tudung pink tue nak tarik undi dengan menunjokkan kekiutan diorang kat budak2 tadika dengan harapan mak diorang akan join diorang ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing