Debat PTPTN : Rafizi Ramli Dan Khairy Jamaludin

Share Button

debat PTPTN
Malam tadi telah berlansungnya debat PTPTN diantara Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin. Tajuk debat ‘Pemansuhan PTPTN Dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi’.

Memang tidak rugi rasanya menonton debat PTPTN tersebut. Debat diantara dua orang bijak pandai yang mewakili pihak masing-masing. Masing-masing berhujah mempertahankan pendapat masing-masing dengan baik. Ini bukanlah kali pertama mereka berada di atas pentas untuk berdebat, mereka pernah berdebat sebelum ini di London pada Januari lalu.

Rafizi mempertahankan idea pendidikan percuma yang akan diberikan oleh pakatan rakyat. Manakala Khairy mempertahankan jika pendidikan percuma dilaksanakan akan mengakibatkan negara muflis.

Apa yang dapat dilihat ialah mereka berdua memang seorang pendebat yang hebat. Buku bertemu ruas. Hebat dengan hujah masing-masing. Kedua-dua pendebat juga bukan orang biasa kerana kedua-duanya mempunyai latar belakang pendidikan yang sangat bagus.

Ianya jauh berbeza debat diantara DS Anwar Ibrahim dan juga YB Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada tahun 2008. Tajuk debat tersebut ialah ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’. Debat itu bukan satu debat yang baik dan adil, kerana Shabery Cheek ternyata bukan pendebat yang baik. Dia juga bukan lawan yang bagus kepada DS Anwar Ibrahim. Shabery Chik lebih dilihat menyerang peribadi DS Anwar berbanding mengetengahkan fakta-fakta berkaitan dengan minyak negara.[Transkrip Debat Anwar dan Shabery]

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ?

Apa yang dapat dilihat dari debat PTPTN berkenaan ialah, Rafizi lebih banyak membahaskan perkara sekitar isu PTPTN dan serta kerangka bagaimana mewujudkan pendidikan percuma di negara ini. Beliau juga menjawap semua soalan yang diberikan oleh Khairy dan moderator, Dr Mazlee Malik, dengan baik.

Manakala Khairy nampak tidak menjawab banyak soalan, tetapi lebih kepada membaca semula fakta yang telah disediakan lebih awal, serta banyak defensif.

Lazada Malaysia

Antara persoalan yang tidak dijawap Khairy ialah semasa Tun Abdullah menjadi perdana menteri, berapakah yang diperuntukkan dari pendapatan negara untuk pendidikan negara. Soalan lain ialah apa jadi dengan ‘orang besar’ yang berhutang dengan kerajaan, tapi tidak dikenakan sebarang tindakan seperti disenarai hitam. Merujuk kes Tajudin Ramli dan Sharizat Jalil. Sedangkan rakyat yang miskin inginkan pendidikan, disenarai hitam jika tidak membayar pinjaman, walaupun peratusan kes berkenaan kecil.

Hasil dari debat PTPTN berkenaan, siapa yang menang, terpulang kepada anda yang menonton dan menilainya sendiri. Aku sendiri tidak yakin kerajaan akan ambil pedulli hasil dari debat itu semua.

Belajar Asas Cetak T-Shirt Dengan Mudah !

Apa yang bagus mengenai debat ini ialah, kita dapat melihat 2 pemimpin muda yang bagus untuk masa depan negara. Bukannya pemimpin yang kaki pukul dan menjerit melalak katanya membela bangsa melayu walhal hanya menjahanamkan bangsa.

debat ptptn rafizi dan khairy

Selain itu, debat PTPTN ini juga telah membukan mata dan minda semua rakyat Malaysia untuk berfikiran terbuka. Banyak fakta yang tidak diketahui sebelum ini didedahkan dalam debat tersebut.

Khairy adalah golongan terpelajar dan cerdik pandai dalam UMNO/BN. Dia juga menunjukkan kredibiliti yang baik sebagai seorang pemimpin. Berani menyahut cabaran untuk berdebat tentang isu ini. Tapi sayangnya dia dipinggirkan oleh UMNO/BN sendiri atas sebab tertentu yang kita tidak ketahui. Dia tidak dilantik untuk duduk di dalam kabinet walaupun dia seorang Ketua Pemuda UMNO. Munkin orang-orang lama dalam parti takut akan kecerdikan dan keberanian Khairy.

Debat PTPTN penuh bertenaga anjuran Sinar Harian itu berakhir dengan persetujuan bahawa apa yang perlu dinilai semula adalah kerangka pendidikan tinggi negara secara menyeluruh.

Kedua-dua pendebat kadang-kala menyelitkan unsur jenaka dan sinis dalam hujah mereka. Ianya boleh dianggap sebagai perintis kepada budaya politik baru negara yang lebih segar dan bebas daripada unsur politik kotor. Debat adalah penghargaan kepada akal fikiran dan cara rakyat berfikir dalam usaha mewujudkan politik matang dan bertamadun

Rakyat semua menantikan debat diantara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Adakah DS Najib bersedia menyahut cabaran DS Anwar?

Untuk cerita lebih banyak dan intipati debat berkenaan boleh rujuk ke sinarharian.com.my

Share Button

Comments

  1. says

    Saya pun tengok dan puas hati dengan dua-dua pendebat. Sekarang dah tau dah apa yang dimaksudkan dengan pendidikan percuma oleh PR. Kita tak lagi boleh dengar dari satu pihak je. Bila ada idea bagus macam tu kan elok pihak kerajaan terimapakai. Kita sama2 bangunkan Malaysia. Kalau bukan kita sapa lagi?

    • says

      memang puas hati tengok debat itu.
      memang betul, sepatutnya media di malaysia perlu lebih terbuka. pak menteri sering canangkan media malaysia ‘sudah terbuka’.
      realitinya, ‘terbuka’ untuk setengah pihak je..

    • says

      kalau kita bagi peluang kepada mereka, munkin kita akan tahu macam mana cara pelaksanaannya.
      tapi ada pihak yang dah lama memerintah ni, takut nak bagi orang lain peluang memerintah.
      kita sebagai rakyat pulak, ada hak nak pilih siapa yang perlu memerintah negara ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing