Dapat Duit RM500 BR1M

Share Button

Salam selasa untuk semua. Semoga ceria sentiasa di hari ini. Masuk kerja dan senyum-senyum lah dengan kawan-kawan sekerja, pasti hari ini akan menjadi ceria. Nak lagi ceria, belanja lah kawan-kawan sarapan pagi.

Adakah anda salah seorang pemohon BR1M dan permohonan anda diluluskan untuk menerima baucar bernilai RM500?

Alhamdulillah dengan nikmat pemberian dari-Nya. Semua kerana kepimpinan kerajaan yang sangat perihatin dengan beban yang ditanggung rakyat oleh rakyat setelah 5 tahun memerintah.

Tapi ada sedikit cerita tak best yang aku dengar dari kawan-kawan yang layak menerima bantuan ini.

Mereka kata ada yang menerima panggilan sehari sebelum hari penyerahan baucar, camna boleh jadi macam tu? bukankah sepatutnya keluarkan surat panggilan awal. OK, memang betul lah boleh semak secara online, tapi perlu ingat, orang yang memohon ni bukan orang senang, mana nak ada internetnya. Ada kawan aku yang terpaksa amik cuti kecemasan. Petang terus cari tiket bas balik kampung. Aku tak tahu lah, munkin ada kesilapan kat kawan aku tu. Sebab ada kawan lain yang dapat surat awal, lagipun surat tu perlu ditunjukkan semasa hari penerimaan baucar nanti.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ?

duit rakyat,rakyat,politik

Kawan-kawan yang bertuah ni ada cakap lagi. Majlis bermula pukul 8.00am tapi dapat baucer bantuan hanya pada pukul 12.00pm. Lama betul menunggu. Kenapa lama sangat. Sebabnya, masa yang ada itu telah diisi dengan ucapan-ucapan dari orang-orang besar parti politik kerajaan. Bila dah mula sesi penyerahan, kena tunggu nombor giliran pulak. So, sesi penyerahan baucer BR1M memakan masa lebih kurang 1 hari.

Kenapa perlu ada ucapan politik jika benar bantuan ini ikhlas untuk rakyat?

Bila pembangkang mengeluarkan kenyataan, ini adalah ‘gula-gula’ politik dari kerajaan dan bukannya bantuan ikhlas dari kerajaan, ramai pemimpin politik kerajaan yang marah. Mereka kata pembangkang cuba mem-politik-kan isu bantuan ini.

Belajar Asas Cetak T-Shirt Dengan Mudah !

Pelik kan.
Perkara yang benar, kelihatan jelas didepan mata rakyat, mereka cuba menafikan lagi.

Kalau benar-benar ikhlas nak bantu, kenapa perlu tunggu sampai 5 tahun baru nak bagi bantuan kepada rakyat. Nak pulak tahun ni dikhabarkan ada pilihan raya. Kaedah pemilihan pun nampak macam kurang jelas, ada yang layak menerima tapi tak dapat bantuan, ada yang tak layak, tapi dapat. Kenapa perlunya mereka yang layak itu untuk hadir ke majlis penyerahan bantuan. Bukan kah lagi senang debit kan terus ke akaun mereka? Barulah benar-benar bantuan kepada rakyat.

Memang benar, bagi yang tak layak, anda boleh membuat rayuan. Ada kawan-kawan yang tak dapat ni mula membuat rayuan semula agar permohonan mereka diterima.

Aku rasa rayuan itu cuma untuk sedapkan hati mereka yang tak layak memohon. Walhal rayuan mereka itu munkin tak kemana. Mereka yang merayu itu tetap tidak akan dapat duit BR1M. Mampukah kerajaan untuk memperuntukkan semula kira-kira RM2.6 billion buat mereka yang merayu? Sedangkan ianya tidak ada langsung disebutkan dalam Bajet 2012. Perlu ingat, ini adalah pemberian one-off-payment, maksudnya sekali je bayar. Lepas ni munkin tak ada lagi

Wang tidak boleh membeli undi. Jangan gadaikan atau jual undi anda kepada mana-mana parti politik.

Ni bukan artikel menghasut, tapi sebuah tulisan untuk difikirkan bersama.

Share Button

Comments

  1. says

    Aku baru dapat… 8/2,surat dari kementerian kewangan dan ada terselit lak “surat kecik” mengatakan kena pergi Bandar Tun Razak untuk ambik waktu pejabat di pejabat Barisan Nasional.

    Sampai sana,dia check nama lepas tu bagi slip suruh dtg hari sabtu or ahad untuk ambik voucher.So aku pergi lagi sekali(ahad) untuk amik vaoucher.

    Hari isnin baru boleh cashkan.2X kerja baru boleh dapat.

    • says

      alhamdulillah. ada rezki ko man.
      memang bantuan ni bagus, ringankan sikit beban rakyat. tapi cara tu macam tak kena lah, kalau urusan rasmi kerajaan, kenapa perlu libatkan parti politik kerajaan. sepatutnya kerajaan dan parti politik kena berbeza. wang kerajaan tidak boleh digunakan untuk kempen-kempen politik.

  2. says

    erm…nak bagi bantuan pun nak menyusahkan rakyat…..terpaksa rakyat amik cuti semata2 nak dapatkan baucher rm500. ialah rakyat yg susah ari mingu pun diaorang kerja jugak.

  3. says

    nak kena ada mukadimah dulu hehe pergi dgr ceramah lepas tu beratur panjang..bukan senang nak dapat tu :) tapi nasib baik la warga emas depa bagi cepat2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing