Salam Maal Hijrah – 1432h

Share Button

Salam maal hijrah untuk semua pengunjung blog ini.

Alhamdulillah kita dipanjangkan umur olehNya untuk sampai ke tahun baru.

Bagaimana dengan amal ibadat dan ketaatan kita kepadaNya. Setelah Dia mengizikankan kita untuk sekali lagi bernafas hingga ke tahun baru, adakah kita mengingatiNya? adakah kita taat pada suruhaNya?

Sering kali juga kita akan mengingatiNya setelah ditimba musibah. Setelah musibah melanda, barulah kita mendekatkan diri semula padaNya. Teruknya kita.

Kita diberi peluang, diberi keizinan untuk terus hidup di muka bumi ini, seharusnya merebut peluang untuk menambahkan bekalan ke akhirat, dan bukannya menambahkan lebih banyak dosa untuk dibawa ke neraka. Kadang kala kita sering terlupa, bahawa hidup ini adalah sementara. Apa yang kita ada hanyalah pinjaman semata-mata. Hanya akhirat yang kekal disana.

Bunyi macam memberi ceramah lah pulak aku ni.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ?

Dalam islam kita sambut tahun baru dengan doa akhir tahun dibaca sebelum masuknya waktu maghrib, selepas maghrib kita akan membaca doa awal tahun. Indahnya islam. Dalam sambutan tahun baru kalendar kristian pula, dari mula maghrib sampai ke tengah malam kita akan sambut dengan konsert dan macam-macam aktiviti hiburan. Cara sambutan yang melanggar peraturan islam pun ada. Dan yang lebih ramai menyambutnya ialah orang islam sendiri. Ironinya, tidak ramai pun orang islam datang ke masjid atau surau untuk sambut tahun baru islam.

Untuk tahun baru hirah ini, aku berazam untuk lebih mendekatkan diri padaNya, menambahkan lagi amal ibadat dan menurut suruhanNya.

Hijrah dari sesuatu yang buruk kepada yang lebih baik.

Ini semua ingatan untuk diri aku. Aku manusia biasa yang sering terlupa dan banyak dosa.

Belajar Asas Cetak T-Shirt Dengan Mudah !

Apakah azam anda untuk tahun baru hijrah kali ini?

Share Button

Comments

  1. says

    hehe, salam maal hijrah gak.. agak lambat update ke? atopon aku yang lambat sampai sini? hehe, papepun azam taun baru aku nak blogging ngan lebih rakus.. pastue nak tambah amalan.. hohoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing