Persimpangan Dalam Kehidupan

Share Button


Dalam perjalanan hidup ini, sering kali kita berhadapan situasi dimana pilihan terpaksa dibuat. Kita tidak tahu adakah keputusan yang kita ambil itu adalah jalan yang benar atau keputusan yang kita ambil itu membawa kita kepada jalan yang lebih berliku dan mencabar. Banyak sangat pilihan yang kita perlu buat dalam kehidupan kita ini. Banyak persimpangan yang perlu dilalui

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

~Suratan Atau Kebetulan-Kenny Remy Martin


Kalau boleh diberi satu anugerah dan kelebihan, rasanya aku ingin memiliki kelebihan boleh membaca dan meramal masa depan. Bila mempunyai kelebihan itu, sudah tentunya aku tidak akan tersalah pilih atau tersalah membuat keputusan jika berada di persimpangan dilema (macam tajuk lagu lah pulak). Tapi jika benar aku diberikan kelebihan itu, adakah aku akan menggunakan kelebihan itu untuk melakukan kebaikan?

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ?

Selagi kita bergelar manusia, Allah sentiasa menguji hamba-Nya. Kita akan diberikan pelbagai persoalan dan persimpangan. Sebagai umatnya kita haruslah bersabar dan terus redha kehendaknya, pasti kejayaan akan tiba.

Setiap musibah atau perkara yang tidak baik berlaku, pucuk pangkalnya adalah kerana kita tersalah membuat pilihan di permulaanya, betul tak? Membuat pilihan yang tepat bukanlah sesuatu yang mudah, justeru itu kita perlulah redha dan sabar dengan setiap pilihan yang telah dibuat dan setiap ujian yang diturunkan oleh-Nya.

Bukan mudah menjadi seorang penyabar dan redha dengan ujian yang datang kepada kita. Kebiasaannnya manusia akan keluh kesah apabila berdepan dengan musibah yang diuji dari Allah. Tuhan itu maha pengasih dan penyayang terhadap umatnya, oleh itu di beri ujian kepada hamba-Nya supaya mereka kembali ke jalan yang benar dan merasakan hidup yang lebih baik berlandaskan ajaran islam.

Jangan di sesali dengan pengalaman pahit dalam kehidupan kerana ianya adalah ilmu, wadah dan panduan di dalam perjalanan untuk mendapat keredhaan-Nya.

Belajar Asas Cetak T-Shirt Dengan Mudah !

Hanya orang yang sanggup berjalan waktu malam gelap dapat melihat indahnya bintang di langit. Nikmat kemanisan kejayaan tidak dapat dinikmati tanpa sekelumit kepahitan.

Lazada Malaysia

Ya Allah,
Jadikanlah aku insan yang sabar dan tabah dalam mengharungi setiap ujian yang Kau berikan pada ku. Sesungguhnya hanya Kau yang mengetahui setiap perkara yang berlaku ~ Amin

Share Button

Comments

  1. says

    ya, membuat pilihan tu selalunya sukar…
    selalu kita buat pilihan yang popular to be on the safe side walaupun kadangkala yg popular tu sebenarnya pilihan yang kurang baik..
    teringat pada poem ‘road not taken’, pada 2 rangkap terakhir,
    I took the one less traveled by,
    And that has made all the difference.

    • says

      kita tidak akan tahu sama ada keputusan yang kita buat itu adalah benar ataupun salah. kalau lah keputusan itu boleh diramalkan dengan tepat, maka aman damailah dunia ini. setiap jalan yang kita pilih pasti akan mengubah hidup kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing