
Aku baru terbaca berita ni dari blog islamituindah.my. Kenapa berita ini tak keluar pun dalam mana-mana berita kat tv atau surat khabar?
Berdasarkan salinan surat yang diletakkan dalam blog berkenaan, surat dah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor pada 12 Mei 2011 menjelaskan, pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011 telah besetuju memutuskan bahawa pelaburan ASB dan ASN serta yang seumpanya adalah tidak halal dengan alasan tertentu.
Salinan surat Jabatan Mufti 
Bagi aku, kalau orang cerdik pandai agama dah putuskannya tak baik dan haram. Maka kita yang tak pandai agama ini kena lah ikut. Kalau anda rasa pendapat mereka dalam Jawatankuasa Fatwa ini salah, sila berikan pendapat yang mampu untuk melawan keputusan majlis fatwa itu.
Untuk pengetahuan anda, agama islam di setiap negeri dalam Malaysia ini ditadbir dan dikawal selia oleh majlis agama islam negeri masing-masing. Itu menimbulkan banyak masalah.
Contoh kes sebelum ini, pasal ESQ leadership, Majlis Agama Islam Wilayah memutuskannya haram, tapi tidak bagi negeri-negeri lain. Tarian Poco-Poco, Majlis Agama Islam Perak memutuskannya haram, tidak pula bagi negeri lain.
Kenapa baru sekarang keputusan ini dibuat sedangkan ASB telah lama wujud di negara kita. Sudah ramai pun yang mendapat keuntungan hasil dari pelaburan dalam ASB dan ASN.
Tunggu pula apa reaksi dari kerajaan kita berkaitan hal ini, atau munkin mereka akan berdiam diri je.
{ 33 comments… read them below or add one }
Betul ke nie, kejap halal.. kejap haram..
jadi macam mainan pulak.. kita yang jadi was-was..
itulah pasalnya. rakyat jadi was-was.
kalau dalam berita arus perdana memang tak dengar langsung berita pasal ni. benda penting tak keluarkan pun, tapi pasal fesyen busana islam ada pulak.
salam..saya sedikit terperanjt akan hal ni biar benar?
bukan apa b dri kecil simpan wet kat situ huhu..
macam;ah2 ni bt hti tak tenang huuu
hampir semua rakyat malaysia bumiputera ada ASB. tapi kenapa baru sekarang nak sahkan benda ni haram? musykil
nice info…. tpm klu dh wat pelaburan mcmne?? kene tutup la ek
kalau dah haram elok kita tinggalkan. sebetulnya aku masih sangsi dan ada beberapa persoalan lagi.
Dah lama diwartakan haram. Sengaja diharuskan oleh satu pihak
siapa yang dah lama mewartakan ASB ni haram?
dulu mufti perlis pernah sentuh….
Tinggalkan yg harus, jangan buat yg haram, labur pd Islam !!
labur pada perbankkan islam. good
ni pendapat aku ler, bukan pandai pon, hihi, bagi aku ASB ni boleh jer kita melabur, memang ada unsur haram, aku x nafikan, tapi kena ingat pihak ASB dah kata arak dan rosok mereka tidak terlibat. Hampir kebanyakkan halal, tapi ada satu masalah iaitu Maybank(konvensional) dan satu satu nya bank yg mampu menguruskan dana ASB yang besar (Bank Islam diperlukan sebanyak hampir 12 buah cawangan yang baru untuk menguruskan dana ASB). Dan atas sebab tidak mampu untuk mempunyai 12 lagi biji bank islam, maka tanggungjawab menguruskan dana yang besar ASB diletakkan dibahu Maybank (konvensional – non islamic). Bagi aku x leh tolak ASB sebab ia salah satu dana yang besar untuk kemajuan dan kemashalatan Umat Islam dimalaysia. No ASB – no big Dana – No investment for Muslim. So kebaikkan lebih besar dari keburukkan – dan ia termasuk dari segi darurat dalam ekonomi islam yg mengharuskannya. Ni pendapat aku la, nk setuju ker x, x kisah, kalau salah tolong betulkan yer, hehe
thanks kerana memberikan pendapat.
aku pun ada beberapa perkara gak yang musykil sebenarnya. macam mana dengan tabungan kita dalam bank tu? hukumnya?
mungkin betul pendapat tu.. tapi kalau dari segi logik, terdapat lebih 80% saham y tersenarai kat bursa malaysia adalah syariah compliance(boleh rujuk kat star biz paper).. dan pihak ASB mmpunyai kuasa utk tukar portfolio kepada islamic base.. sedang kan rata2 amanah saham yg lain (e.g. public mutual, cimb) mmpunyai fund yg besar boleh je tak terlibat dgn non-syariah compliance..
utk bank pulak.. bagi islamic banking services, bank wajib mmpunyai syariah committee mereka sendiri… pihak bank jgk wajib mngikut guideline yg dkeluarkan oleh syariah committe mereka then dpantau oleh syariah advisory committee under BNM..so pd pndapat sy sbg seorg islam, kita perlu bhijrah k islamic bank, walaupon mlibatkan kos y tinggi…
firman Allah : kalau kiranya Allah mengetahui kebaikan ada pada mereka, tentulah Allah menjadikan mereka dapat mendengar.. dan jikalau Allah menjadikan mereka dapat mendengar, niscaya mereka pasti berpaling juga, sedang mereka memalingkan diri (dari apa y mereka dengar itu)..
surah: al-Anfal ayt 23..
Allahu ‘alam.. jika pndapat sy ini salah, sy mohon tuk d perbetulkan…
thanks meera kerana berkongsi ilmu dan pendapat. ramai yang tak tahu pasal committee yang wujud dalam bank
orang yang keje kat maybank makan duit haram ye la
tak ada sapa cakap pun orang keje maybank makan duit haram.
that’s why majlis fatwa kebangsaan letak harus… kte melihat kepada konsep manfaat, banyak kebaikan dari keburukan…
haa, kalau nak rigid sangat kan… hasil pendapatan kerajaan terdiri dari hasil judi (toto, magnum,genting etc), arak dsb… kalau betul-betul camtu sume orang kerja kerajaan makan duit haram ker? no lah, sebab manfaat ekonomi maka harus kerajaan kutip hasil itu & menyalurkan untuk kemaslahatan umat islam
kalau difikirkan secara detail, cari maklumat dalam-dalam, memang banyak lah yang haramnya kan.
susah nak cakap. bila benda dah jadi macam ni, memang macam-macam orang cakap..so, kita tunggu dan lihat ajela..
tunggu dan lihat. sambil tu cari maklumat untuk pengetahuan diri sendiri
kalau was2 tinggalkan.. habis cerita.. tapi semua nih mufti yang akan tanggung semua nih.. berat tugas seorang mufti…kalau aku tak tahulah
kalau aku insan biasa yang banya dosa ini, memang tak sanggup nak tanggung
kalo hukum dah jelas tp kita masih lagi buat tak tahu je, mungkin kita ada kepentingan kat ASB tu. yelah, duit dah banyak. nk tak nk, buat xtahu je.
tu sebab ramai yang berdiam diri
kat selangor jer laa ASB haram sebab negeri lain kata harus… JAKIM/majlis fatwa kebangsaan kata harus… haha… so haram ASB nie untuk orang selangor jer aar kan… so orang selangor, sila keluarkan ASB anda… haram untuk anda mengikut pemerintah agama negeri anda…
alamak..aku orang selangor beb
huhu… tapi kte kan rakyat mesia, ikut JAKIM nye fatwa leh x? pening-pening byk sgt tukang wat fatwa nie… ada 13 majlis agama negeri, ade lagi majlis fatwa kebangsaan… cane 1 mesia nie..
tiap negeri ada pentadbir agama sendiri. memang boleh menimbulkan masalah kepada umat islam dalam malaysia. terutamanya umat islam yang imannya atas pagar
Assalamualaikum…
Ulama adalah imam…
Jika kita ikut kata ulama syurga…
Jika kita ikut kata nafsu neraka…
Wassalam.
memanglah ikut ulama itu harus. mereka lebih pandai agama. tapi kenapa tiap negeri dalam malaysia mempunyai pentadbir agama islam yang berlainan?