Adab Ketika Bersin

Share Button


Cuaca kebelakangan ini amat panas. Waktu malam pun masih terasa bahang. Bila cuaca panas, sudah menjadi tabiat setengah di kalangan kita akan minum air sejuk berais untuk menyejukkan badan. Tidak terkecuali aku sendiri. Tapi kesan dari minum air sejuk tersebut ialah kita akan mendapat demam dan selsema. Akan kerap bersin. So, disini aku akan berkongsi sedikit adab ketika bersin.

Allah SWT menyukai bersin kerana orang bersin akan memuji-Nya. Dengan pujian itu, sesesiapa yang mendengar, dan mengucapkan lafaz ‘Alhamdulillah’ akan mendoakan kita dirahmati Allah kembali. Bayangkan jika hanya seorang bersin dan ungkapan ‘Alhamdulillah’ didengari ramai orang, tentulah semua yang mendengarnya mendoakannya kembali dengan lafaz “Yarhamukallah’

Rasulullah SAW bersabda seperti yang diriwayatkan Imam Bukhari maksudnya: “Jika seorang antara kamu bersin, hendaknya ia mengatakan Alhamdulillah (segala puji hanya bagi Allah). Kemudian saudaranya atau temannya mengucapkan Yarhamukallah (mudah-mudahan Allah merahmatimu) .

“Jika dia mengucapkan Yarhamukallah, maka ia mengucapkan Yahdikumullah wa yushlih balakum (mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk-Nya kepadamu dan memperbaiki keadaanmu.”

Dalam hadis diriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyintai bersin dan membenci menguap. Jika ada antara kamu bersin dan memuji Allah s.w.t, wajib bagi setiap Muslim yang mendengarnya untuk mengucapkan Yarhamukallah.

Tahukah anda, menguap itu berasal dari syaitan?
“Menguap berasal daripada syaitan. Jika ada antara kamu yang menguap, ia perlu menahan sekuat tenaga kerana jika menguap, maka syaitan akan mentertawakannya. ” (Hadis Riwayat Bukhari) .
Syaitan durjana itu akan mentertawakan kita ketika kita menguap. So, kalau nak menguap itu, cuba lah tahan, agar tidak ditertawakan oleh syaitan.

Memang tiada sesiapa pun yang memuji Allah selepas menguap, malah kadangkala terlupa untuk menutup mulut, itulah hakikatnya bahawa Allah menyukai bersin kerana ia akan memuji Allah, jika tidak ia tiada bezanya dengan menguap.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ?

Orang yang mendengar sesiapa yang bersin dan tidak mengucapkan ‘Alhamdulillah’ tidak perlu mendoakannya atau mengucapkan Yarhamukallah (mudah-mudahan Allah merahmatimu).

Rasulullah SAW turut menjelaskan hal sedemikian dalam sabda Baginda mafhumnya: “Jika seorang antara kalian bersin kemudian memuji Allah (hamdalah), maka doakanlah ia. Jika dia tidak memuji Allah maka jangan kalian mendoakannya. ” (Hadis Riwayat Muslim)

Pernah berlaku satu keadaan di mana terdapat dua orang lelaki yang bersin di hadapan Rasulullah SAW dan Baginda mendoakan salah seorang lelaki berkenaan. Kemudian orang yang tidak didoakan oleh Rasulullah itu bertanya kenapa Rasulullah tidak berbuat demikian kepadanya (iaitu berdoa), lalu Rasulullah menjawab: “Yang ini memuji Allah tetapi engkau tidak memuji Allah.”

Selain memuji Allah SWT, perbuatan saling berdoa yang kita lakukan menunjukkan hubungan persaudaraan yang teguh dan manis, kasih sayang yang kuat dan utuh antara saudara seagama.

Belajar Asas Cetak T-Shirt Dengan Mudah !

Begitulah cara hidup Islam, apa saja yang dilakukan terangkum dalam peraturan sempurna demi mendapat rahmat Allah yang turut merangkumi kesihatan yang sejahtera.

Lazada Malaysia

Rujukan : Berita Harian 13 Ogos 2009 – Nik Salida Suhaila Nik Saleh (Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang dan Syariah, Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan)

Share Button

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing