Tengok Bola di Putrajaya

Share Button

piala aff suzuki 2010,malaysia,indonesia,malaysia menangRasanya tak terlambat untuk aku mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya menumpaskan pasukan Indonesia pada pusingan pertama Piala AFF Suzuki 2010.

Malaysia belum menang lagi, masih ada 90minit lagi pertembungan di Indonesia. Tapi sebelah kaki dah melangkah ke arah alam kejayaan.

Malam semalam aku tak dapat pergi ke stadium, sebab balik kampung. Disebabkan tak nak ketinggalan merasai keseronokan bersorak dan menjerit sekuat hati, aku ke dataran putrajaya. Menjerit dan bersorak di dalam rumah adalah dilarang keras oleh isteri aku, so kena lah keluar untuk cari tempat menjerit. Aku kesana bawa dia sekali, biar dia rasa macam mana tengok bola yang sebenar.

Walaupun suasanan tidak sehebat dan sehangat di stadium, tapi dengan kehadiran peminat bola sepak Malaysia disekitar Putrajaya, lebih kurang 2000 orang, ianya cukup meriah. Setiap kali gol, bergegar juga lah dataran itu dengan sorakan.
putrajaya,tengok bola,piala aff suzukiApa yang uniknya masa menonton kat Putrajaya ini ialah, bila berkemundangnya azan waktu isyak, volume diperlahankan bagi menghormati azan. Maka sunyi seketika dataran putrajaya itu. Kalau nak tahu, masjid besi, masjid yang baru kat putrajaya itu belakang bangunan perbadanan putrajaya itu je. Habis je azan, mula bising balik.

Kelibat penyokong Indonesia memang tak nampak langsung, walhal hampir kesemua bangunan di putrajaya itu mereka yang bina. Ada 1 bangunan yang masih dalam pembinaan aku nampak kat atas bangunan itu macam ada orang je, so aku syak mereka, pekerja indonesia, tengok dari jauh je. Mereka masih ada peluang 90minit lagi di Indonesia untuk memadamkan kelebihan jaringan Malaysia.

Kisah malang.

Walaupun hati gembira melihat kejayaan Malaysia menumbangkan Indonesia, tapi kisah malang aku bermula sebaik dalam perjalanan pulang ke rumah. Dalam perjalanan balik ke rumah aku terlanggar satu lubang kat jambatan menuju ke masjid putrajaya. Akibatnya tayar aku meletup dan rim aku bengkok. Alhamdulillah aku dan isteri tak jatuh. Putrajaya ini dah lah susah nak cari kedai motor. Aku terpaksa menolak motor aku hingga sampai rumah. Isteri aku pulak minta kawan dia amik dan hantar balik. Aku menolak motor lebih kurang 30kilometer, jauh tak?

Pagi tadi tolak motor pergi kedai dan tukar sport rim baru. Baru je dapat gaji, dah kena keluarkan. Hujung bulan depan dah la lambat lagi.

Share Button

Comments

  1. says

    bro duduk putrajaya ya. hurm untungnya tinggal disana sebab tak tak terllu sbuk cam bandar..pekan kl hee…

    tgok layar besar ramai2 mesti gamat kans.. :) masa tu ada pop corn..kacang nan yin tak heee…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing