Salam Aidilfitri 1432H

Share Button

`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫ ✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿
* _Π_____* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ
/______/~\SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI ˚ ✰* ★
田田 |門| ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚♥

Selamat menyambut aidilfitri buat semua pembaca blog ini.

Macam mana dengan aidilfiri anda kali ini. Munkinkah adilfitri kali ini lebih meriah dan lebih bermakna dari tahun-tahun yang sebelum ini, atau munkin aidilfitri ini tidak semeriah dan seseronok tahun lepas. Beberapa perkara yang aku ingin kongsikan semasa aku beraya seminggu ini.

1. Pertama kali beraya dengan anak dan isteri. Baru je tahun lepas aku beraya dengan mak and adik aku. Tapi tahun ni mak aku dapat pertambahan 2 ahli keluarga baru. Menantu dan cucu sulung. Tak sempat aku dan isteri nak beraya berdua buat pertama kali.

2. Ini raya terakhir adik aku balik Malaysia tiap kali hari raya sepanjang 4 tahun dia study kat jepun. Lepas ini, dia dah tak balik beraya lagi. Dia raya kat jepun je, sampai habis study 2 tahun lagi kat sana.

►► Hebat ! Sistem Akaun Guna MS Excel ◄◄

3. Isteri aku terpaksa beraya berjauhan dari keluarganya buat pertama kali. Sebab, beraya di kampung halaman aku. Mana boleh raya pertama kat kampung dia, dia dah duduk 2 bulan kat kampung sebab berpantang kat sana. Balik ke kampung dia raya ketiga.

4. Balik raya kali ni kereta aku penuh dengan beg dan barang-barang anak aku. Selalunya kalau balik kampung cuma 1 atau 2 beg je untuk aku and wife, tapi kali ni, macam-macam barang anak aku nak kena bawak. Kereta aku dah la comel je. Kena susun betul-betul. Cuma bawak barang yang benar-benar perlu.

5. Pertama kali juga buat aku beraya di tempat lain selain kampung aku. Bila 2 negeri berbeza, sudah semestinya ada perkara yang berbeza di lakukan bila beraya. Kena belajar menerima sesuatu yang baru lah. Bab makanan yang paling banyak berbeza. So kena pandai-pandai lah makan, munkin ada yang kena dengan citarasa kita dan munkin ada yang tak kena.

6. Aku balik kampung ikut highway baru. Highway LATAR. Masa aku lalu tu free toll lagi. Sekarang rasanya dah start berbayar. Memendekkan juga waktu perjalanan aku.

► Rahsia Bisnes Usahawan Tudung Berjaya ◄

7. Eksiden kecil berlaku keatas kereta aku. Skirt kereta calar and patah sikit akibat terlanggar divider jalan.

So, macam mana dengan raya anda. Ada apa-apa yang boleh kita kongsikan bersama kat sini.

Share Button

14 Responses to Salam Aidilfitri 1432H

  1. RerameUngu September 4, 2011 at 9:10 pm #

    salam aidilfitri..waaah, beraya bertiga trus..hehehe

    • azwan September 4, 2011 at 9:26 pm #

      salam aidilfitri jugak..
      itu lah..tak sempat nak raya berdua dulu..munkin anak dah tak sabar nak beraya dengan mak n ayah dia.tu sebab dia keluar.hehe..

      • RerameUngu September 5, 2011 at 8:48 am #

        ekekeke..tu la pasal..takpe.rezki tuu…
        tahun depan boleh beraya berempat pulak kan..ngeeeee

        • azwan September 5, 2011 at 4:38 pm #

          permohonan untuk beraya berempat tahun depan dah aku kemukakan, tapi nampaknya macam tak mendapat kelulusan. kilang tutup. ‘pengeluaran’ dihentikan buat sementara waktu. dibuka sehingga diberitahu kelak.hehe..

          • RerameUngu September 5, 2011 at 4:41 pm #

            hahahah..takpe2…lagi 2 tahun boleh je tambah lagi..
            papepun, kalo rezki tuhan nak bagi terima je:)

          • azwan September 6, 2011 at 10:18 am #

            kalau ada rezki, kena terima lah dengan sebaik-baiknya :)

  2. dnoBiz September 4, 2011 at 10:41 pm #

    Wah nampaknya raya Wan tahun ni serba baru la ya :D
    Orang baru, suasana baru, pengalaman baru

    • azwan September 5, 2011 at 4:33 pm #

      betul tu. semuanya serba baru. pengalaman baru

  3. Juan September 6, 2011 at 6:05 pm #

    salam aidilfitri juga kepada tuan blog

  4. samanosuke_04 September 7, 2011 at 10:14 pm #

    pergh… happening tul raya ngko.. siap bleh buat diari lagi.. haha, raya aku makan kat embassy, pastue balik.. esoknye dah ade klas.. :(

    slamat hari raya maaf zahir baatin.

  5. mancai September 10, 2011 at 3:01 am #

    salam aidilfitri bro..

    • azwan September 12, 2011 at 4:13 pm #

      salam aidilfitri juga

  6. fiezaradzi September 13, 2011 at 5:35 pm #

    salam aidilfitri.. tak sempat beraya berdua ye.. tak pe lah, dah rezeki tu.. hehe.. duit raya anak konfem byk.. hehee.. rezeki gak tu.. hihi..

    saya pun beraya 2 kg berbeza.. satu di timur satu di utara.. tapi dh beberapa kali la..

    • azwan September 14, 2011 at 11:11 am #

      dah rezki. kami terima dengan sangat gembira…rezki anak duit raya dia banyak..kena simpan untuk masa depan

Leave a Reply

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing