Review #2 : Seminar Pakar eBook Bersama JaMaL

Share Button

pakar ebook,seminar,pakarKali ni aku akan berkongsi cerita dan tips dari En. Jamal dan beberapa orang IM yang memberikan sedikit perkongsian semasa hari seminar tersebut. Seminar itu berlangsung selama 1 hari. Sampai ke petang aku menimba ilmu hari itu. Sebelah pagi dihabiskan dengan cerita berkaitan eBook oleh En. Jamal. Manakala pada sessi petang diambil alih oleh beberapa IM jemputan untuk berkongsi idea, tips dan panduan dalam perniagaan internet.

En. Jamal yang terkenal dengan kehebatannya menghasilkan eBook power memang tidak lokek berkongsi ilmu dan beberapa tips. Beliau cakap antara alasan yang popular kenapa masih ramai pembeli Pakar eBook masih tidak menghasilkan eBook ialah
– tidak tahu nak mula
– tidak yakin eBook yang dihasilkan boleh jual
– tidak tahu macam mana nak promosi
– tiada modal
– takut gagal

Bagi En. Jamal, sebenarnya tiada alasan kenapa tidak dapat menghasilkan eBook lagi. Sebenarnya selagi tidak bermula sekarang, selagi itu ada masalah dan alasan. Katanya “Jika tidak bermula sekarang, anda tidak akan bermula juga akan datang”. Uh..seperti satu tamparan terkena kat pipi aku yang membuatkan aku terjaga dari tidur.

Mindset seorang Pakar eBook. Itu yang perlu ada bagi anda yang ingin berjaya dalam bidang penulisan eBook.
1. keinginan – perlu ada keinginan yang tinggi dalam apa jua perkerjaan yang dilakukan. Aku lak ada keinginan untuk mengubah hidup aku dan juga bebas kewangan. Tapi munkin keinginan aku kurang kuat. So aku akan tambahkan bagi kuat.
2. yakin – keyakinan memang ada dalam hidup aku. cuma kadang-kadang tu ada masanya aku tak yakin, banyak suara-suara negatif dalam kepala otak aku ni. anda perlu yakin eBook yang bakal anda hasilkan mampu menggegarkan dunia internet.
3. sasaran – eBook yang dihasilkan perlu kena pada pasaran sasar. Promosikan pada tempat yang betul dan masa yang sesuai.
4. keputusan – buat keputusan yang cepat dan kalau boleh biar tepat, apa yang penting ialah buat je keputusan jangan berlengah-lengah.
5. 100% komitmen – memberikan 100% komitmen dalam menghasilkan eBook. Jangan buang masa dan main-main.
6. Disiplin – kena berdisiplin, maksudnya kalau buat kerja cuba ikut seperti yang dirancangkan.
7. Tiru orang berjaya – ini penting. kalau nak berjaya, ikut je lah cara orang berjaya. Jangan membuang masa mencuba cara sendiri yang belum tentu berjaya.
8. Ingin belajar – sentiasa ingin belajar. Jangan sombong dan ego

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ?

IM lain yang berkongsi sedikit tips dan panduan bagi mereka yang ingin menceburi dunia perniagaan internet ialah Muaz Hadi, penulis eBook tips PTD. Tips ringkas dan padat yang aku dapat simpulkan darinya ialah, kalau kita lakukan sesuatu dan menghadapi masalah, jangan berpatah balik. Cuba tenangkan diri dan sabar kerana perlahan-lahan kita akan nampak jalan keluar.

Muaz Hadi cakap lagi, dia tidak terlampau banyak membuat perancangan dalam sesuatu perkara. Kalau banyak sangat perancangan ianya boleh menganggu tumpuan dan emosi. Mula lah datang macam-macam fikiran buruk dalam kepala. Yang penting ialah hanya lakukan dulu.

IM seterusnya berkongsi cerita dalam dunia perniagaan internet ialah saudara Shawal Naharudin. Dia ni seorang IM dari Singapura. Katanya kat sana tak ramai IM Melayu. Dia dapat rasakan bahawa IM melayu di malaysia sudah jauh 3 tahun ke hadapan berbanding di Singapura. Untuk menghadirkan diri ke seminar atau bengkel berkaitan dunia internet kosnya sangat mahal. Maklumlah nilai matawang sana kan lagi tinggi dari di Malaysia.

Seterusnya saudara Shamsurizam a.k.a Edy, pemilik kedai online edymart. Dia ni pernah belajar di UK selama 7 tahun. Tapi balik Malaysia bukak bisnes online. Memang tak sama kerja yang dia buat sekarang dengan apa yang dia belajar kat sana. Saudara Edy juga mengingatkan peserta agar belajar dari kritikan. Kerana dari kritikan ianya boleh membina diri kita. Untuk buat apa-apa sekali pun perlu ada mentor. Kerana mentor akan bertindak sebagai cermin. Kata-kata hikmah lain dari nya ialah, “Speed is the new currency of business”. Sebabnya sekarang ini semua perkara perlu dilakukan dengan pantas. Jika anda lambat, anda akan ketinggalan. Lekas mulakan sekarang dan jangan berlengah.

Belajar Asas Cetak T-Shirt Dengan Mudah !

Seterusnya ialah tips dari IM muda remaja yang hebat iaitu Suthan M. Tapi dia ni ada bagi banyak tips yang KePOWERan, aku akan kongsikan tipsnya di post akan datang.

Lazada Malaysia

Untuk tengok gambar-gambar lain ada di sini.

Oh…saya lupa..hahaha..(pengaruh raja lawak)

Apa yang aku dapat selepas menghadirkan diri ke seminar tersebut ialah aku mula berjalan sedikit untuk menghasilkan eBook. Sudah ada beberapa idea dalam kepala otak ini sebelum ke seminar tersebut. Kajian terperinci untuk mendapatkan sumber dan pasaran juga sedang dirangka. Hasil dari seminar itu juga, aku dapat kawan-kawan baru yang ada minat yang sama, dapat membina network.

Memandangkan baru-baru ini laptop aku rosak, semua data dalam tu aku dah tak boleh nak ambik balik, munkin progress aku menghasilkan eBook pertama akan jadi perlahan. Memang kecewa sangat laptop tu rosak, rasanya macam separuh hidup ini dah hilang.

Share Button

Comments

  1. says

    bila pegi seminar camni.. perasaan nak sukses tu terus meluap2.. lagi2 bila tengok yg bagi seminar pulak, kaw-kaw orangnya..
    kena selalu join camni kalau tak nanti perasaan tu jd tawar..

    nice info… thanks

    • says

      insyallah.
      aku akan buat eBook, tapi bila keluar tu aku tak tahu lah…hang ada idea tak nak buat eBook pasal apa? kalau ada apa kata kita berkolabrasi :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing