Seminar SEO Majalah Niaga yang terakhir telah berjaya dilangsungkan pada 5 Mei 2012 yang lalu bertempat di Akademi Usahawan.
Aku salah seorang peserta seminar tersebut. Memang berbaloi untuk join seminar ni. Sebelum ini, aku memang dah tahu serba sikit pasal SEO. Melalui rujukan dari pelbagai sumber internet. Banyak yang aku dah baca. Bila aku join seminar ni. Apa yang aku tahu itu, sebetulnya belum cukup lagi. Banyak lagi ilmu SEO yang aku tak tahu. Apa yang aku dah tahu itu, ianya menjadi semakin jelas dalam seminar SEO majalah niaga ni.

Speaker untuk seminar itu ialah 2 orang anak muda, munkin sebaya dengan adik aku, yang telah menjadi pakar dalam bidang masing-masing, tuan Aqif Azizan dan tuan Hasbul Aqill. Memang muda mereka ni, muda-muda lagi dah berjaya (aku asume dah berjaya lah, sebab menjadi rujukan ramai orang).
Jom baca beberapa point aku tentang seminar SEO majalah niaga ni.
1. Terdapat 7 modul keseluruhan dari seminar tersebut. Nampak macam banyak, macam mana nak habiskan satu hari? Tapi sebenarnya, 7 modul tu macam tak puas nak belajar SEO. Kalau boleh tak nak berhenti sarapan pagi and makan tengah hari. Memang betul-betul taksub
2. Cara penyampaian Aqif dan Aqill sangat santai. Ianya bukan komunikasi satu hala, banyak hala tapi bukan ber-hala. Peserta boleh tanya apa sahaja pada bila-bila masa sahaja. Mereka akan menjawap sebaik munkin. Aqil kurang sihat hari tu, tapi dia cuba juga menyampaikan ilmunya. Kadang-kadang soalan peserta ter-advance dari modul yang sedang dibentangkan.
3. Time rehat, peserta masih lagi boleh bertanya kepada mereka. Aqif dan Aqil pula akan bertanya kepada peserta sama ada mereka jelas dengan apa yang telah dibentangkan. Kalau tak jelas, mereka akan terangkan time tu jugak.
4. Sepanjang aku berkursus kat mana-mana tempat, tempat duduk belakang lah menjadi pilihan aku. Tapi dalam seminar ni, aku duduk depan sekali, betul-betul belakang projector. Pergh..dahagakan ilmu betul ni.heh..


5. Pada awalnya mereka hanya menerima 20 orang peserta sahaja. Tapi ada 3 orang peserta yang merayu untuk mereka diterima masuk ke seminar tersebut. Aku tak sempat nak berkenalan dengan semua peserta. Cuma kenal dengan beberapa orang je. Munkin lain kali atau seminar yang lain, pihak penganjur perlu adakan sesi memperkenalkan diri dulu.
6. Walaupun mereka (Aqif dan Aqill) speaker dalam seminar SEO majalah niaga ni dan mereka juga adalah pemilik Majalah Niaga, mereka tidak malu untuk duduk sama-sama makan nasi bungkus dengan peserta. Mereka juga lah yang kutip semua polistrin makan peserta.

7. Kalau anda tak kenal Aqill, 1st time anda nampak dia, munkin anda ingat dia tu macam budak-budak muda yang baru abis SPM nak up mengenal dunia naik motor kriss. Pagi tu aku sampai, dia parking motor kriss dia sebelah motor aku. Mujurlah aku dah tengok muka dia dulu dalam internet. So aku tak da lah bersangka buruk, terus aku bersangka baik je. Mamat ni kaya, tapi datang naik motor je..
8. Ada seorang kakak dari Terengganu kalau tak salah, munkin sebaya dengan mak aku, join seminar itu. Kalau nak menuntut ilmu tu, tak kira tua atau muda, yang penting kemahuan dan keinginan untuk berjaya. Jangan ada rasa terlambat untuk menuntut ilmu.
9. Seminar hari itu over-run. Habis dalam pukul 6pm. Menurut Aiqif dan Aqill, seminar sebelum ni semua on time habis. Tapi kali ni, pesertanya terlalu aktif hingga soalan diluar topik SEO pun ditanyakan.
Kesimpulanya, seminar SEO majalah niaga memang bagus untuk mereka yang dahagakan ilmu SEO. Banyak kelebihan yang boleh diperolehi jika benar-benar mahir dalam SEO. Insyaallah aku akan menjadi anak murid Aqill untuk mendalami lagi ilmu SEO.

{ 22 comments… read them below or add one }
Kalau aku tak ada program balik kg..mesti aku join Wan..adeh rugi rasa..
tak pa man. boleh join program lain di bawah majalah niaga. dia orang ni aktif buat seminar. ko pergi seminar lain, nanti kita seat down sama-sama, kita kongsi ilmu sama-sama.
bila free nak lepak ni?
saya baca entry ni pon terasa best apatah lagi datang ke sana
memang best. walaupun kena bayar, tapi berbaloi lah dengan ilmu yang diberikan tu
Baca review orang yang dah datang seminar buat aku tertarik nak join sekali.. cuma peluang macam kami agak susah kalau nak join.. tempat jauhhhh sangat..
bro dah otai, boleh buat seminar sendiri je
Lepas nie kalau x keberatan… Share la ilmu SEO
Hehehe
Tahniah sbb dapat habiskan seminar tue
insyaallah. orang kata, kalau ada ilmu yang tidak dikongsi ibarat pohon yang tidak berbuah, tidak ada guna.
tapi kena tunggu aku betul-betul mahir lah
Kali kedua cuba komen disini bro…tak tau la lepas ke idaknya…td dh komen panjang2 tetiba tak lepas…frust tul laa….
Tahniah sbb join dlm xtvt cmnih…seo …mmg ramai yg dahagakannya
thanks. ilmu dalam perkara yang kita minat memang seronok untuk dipelajari
sori lah bro atas kesulitan. ramai yang cakap macam tu. susah nak komen kat sini. aku pun tak tahu kenapa. nak mintak tolong orang lain tengokkan pun tak tahu nak merujuk kat siapa.
tapi jangalah dah tak nak datang sini lak
bertambah hebat la skil seo lepas ni..hehe
budak baru belajar bro. belum boleh berlari laju lagi, baru belajar berdiri
bak kata iron man..kdg2 perlu berlari utk berjalan..
haha…pengaruh Avengers ni
susah benar aku nak komen artikel ko ni dulu-dulu..tak tahu sekarang dah ok ke lom..
ramai yang cakap macam tu gak. tapi aku tak tahu kenapa.
kot ko boleh tolong diagnosis kan blog aku ni
Untunglah dapat gi seminar ni…Nanti boleh lah share sama-sama kita =)
insyaallah. akan disharekan ilmu tu. sukashare
pergh best tuu, takde rezeki pulak nak join
lama dah ni, tahun lepas lagi
Majalah Niaga kerap buat macam-macam kelas, follow lah dia orang, baru-baru ni ada seminar blogging