Persiapan Hari Raya – Tukar Tinted Kereta

Share Button


Ada hikmahnya juga aku cuti sakit ni.
Selain mendapat kasih sayang dan perhatian dari mak aku (mengadanya ayat.heh..)aku juga dapat berjimat.

Bila bercuti ni, secara tidak langsung aku dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan aku. Tolak semua bayaran wajib aku setiap bulan, aku masih ada lagi baki gaji.

Memang best la duduk rumah sendiri ini, tengah hari dah ada makanan yang mak masak. Kalau duk bujang semua kena buat sendiri dan cari sendiri, bila cari sendiri ini la yang akan banyak menggunakan duit. Keluar rumah je, secara automatiknya duit pun keluar jugak. Sekurang2nya setiap kali keluar boleh habis RM5. Itu sekurang2nya. Aku tak tahu la orang bujang lain. Sekurang2nya keluar nak kena isi minyak motor atau kereta. Lain la kalau anda yang jenis suka menumpang orang lain punya kenderaan walhal ada kenderaan sendiri, dan bila menumpang tu tak reti nak tong2 duit minyak. Kalau anda jenis manusia type ni, memang banyak penjimatan yang ada dapat lakukan.

Rasa nak pindah kerja kat kampung je. Boleh membuat penjimatan setiap bulan dan boleh la kawin cepat sikit. Boleh la tutup mulut orang yang asik tanya aku bila nak kawin.

Berbalik kepada tajuk entry ini. Pada hari rabu (19/08/09) yang lepas aku baru tukar tinted kereta super sports aku tu untuk menyambut hari raya tahun ini. Actually dah lama aku memendam perasaan nak tukar tinted kereta aku tu. Selain ingin mengurangkan rungutan tunang aku bila naik kereta aku, tinted kereta aku pun dah memang teruk sangat. Dah berjalur2, jadi pening bila tengok luar.

Memandangkan bulan ini aku ada duit lebih sikit, sebab tak banyak belanja bulan ini, aku menggagahkan diri ke kedai aksesori kereta. Walaupun bertongkat aku pergi juga sebab tak leh tunggu2 lagi, nanti duit tu habis ke tempat lain pulak. Lagi satu kalau lambat sikit dah masuk bulan puasa, harga boleh berubah bila masuk bulan puasa ni. Walaupun cina kedai tu tak puasa, tapi mereka tahu mesti ramai yang nak cantikkan kereta menjelang raya ini. So, mereka pun boleh la main harga sikit.


Aku telah memilih jenama AirCool. Ada macam2 jenama selain AirCool, disebabkan ada macam2 jenama , pemilihan aku pula berdasarkan jenama yang selalu aku dengar orang cakap. Selepas memilih jenama, sudah tentu membuat tawar menawar harga. Tak ada tawar menawar pun, aku cakap nak RM500 je. Lebih sikit tak ada duit.

Kos keseluruhan untuk keseluruhan cermin kereta aku ialah RM500, AirCool jenis Titanium dengan warranty selama 5tahun. Anda boleh dapat lagi murah jenama AirCool jugak. Tapi ada kawan aku cakap tu yang kualiti yang rendah.

Share Button

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing