Pengalaman Di Bedah.

Share Button


Aku masuk wad 7.45am 16/7/09 Khamis. Dalam surat arahan masuk wad tu aku kena register sebelum pukul 8am. Aku masuk wad sw7 katil 14A. NI wad kelas 1 untuk patients orthopidik. Tak lama lepas aku dapat katil, breakfst pun di hantar. Ni la 1st time aku masuk wad dan makan makanan hospital.

1st day dalam hospital tak banyak aktiviti pun. Ada doctor yang datang check kesihatan aku je. Hari ini untuk aku berehat je, nak berehat memang la sangat selesa, sebab sunyi je, tv pun tak ada dalam bilik aku tu. Aku dah kena berpuasa pukul 12malam.

17/7/09 Jumaat, seawal 6.30am nurse dah kejutkan aku, suh mandi dan tukar baju operation. Baju tu seksi siot, cuma ikat belakang je, tak dibenarkan memakai sebarang pakaian lain selain baju tu. Tepat pukul 7.00am katil untuk hantar aku ke bilik operation pun sampai. Masa ni aku dah berdebar. Bila di sorong ke bilik operation tu, mata aku hanya dapat melihat lampu2 dan siling2 yang bertukar2. Dapat bayangkan tak?

Dah masuk dalam bilik op, macam2 persediaan di buat untuk aku, aku makin berdebar bila doctor bius dah mula buat kerja. Aku dibius dari pinggang ke bawah je. Doctor bagi aku ubat tidur, tak lama pas dia siapkan aku, aku dah tak sedar, tertidur. Bila aku sedar je, aku dah nampak monitor yang menunjukkan doctor tengah buat kerja kat lutut aku, buang ligamen yang koyak, gerudi lutut aku, semua aku nampak dengan jelas kat monitor tu, tapi aku tak rasa apa2 pun. Ada kawan pesan jangan tengok kalau takut, tapi aku tengok gak.

Apa operation yang di buat?
Operation yang dijalankan kat aku ialah, membuang ligamen yang koyak tu dan digantikan dengan urat hamstring. Dia potong sikit urat hamstring and digantikan ke tempat asal ligamen yang dah dibuang tu. Ligamen ni tujuannya ialah untuk menstabilkan kedudukan kaki. Sebelum ni memang kaki aku tak stabil n tak kuat.

Dalam pukul 11am aku rasa semuanya selesai. Tapi aku tak ditolak terus masuk bilik, masih dalam tempoh kuarentin lagi. So kena tunggu dulu dalam bilik operation. Dalam pukul 12pm aku dah masuk bilik, masa ni aku tak leh nak gerakkan semua anggota badan aku dari pinggang ke bawah. Nak duduk pun tak boleh. Ada makan tengah hari terhidang depan aku, tapi aku tak leh nak amik, sbb tak leh nak bangun n duduk. Petang tu tunang aku datang, dia tak keje aritu, so dia la temankan aku dan jaga makan minum aku, dia datang baru la aku makan. Tapi aku tak selera makan, munkin sebab ubat bius tu masih ada dan membantutkan selera makan aku.

►► Hebat ! Sistem Akaun Guna MS Excel ◄◄


Tunang aku jaga aku sampai hari ahad je, mak aku datang ahad tu and dia lak yang jaga aku. Bukan la nak kata aku ni manja ke malas ke, dah besar pun mak tunggu, masalah sekarang ini yang di bedah tu lutut aku, aku tak leh nak berjalan n begerak, kaki kiri yang dibedah tu rasa berat sangat. Nak amik barang2, nak gi toilet suma tak boleh, so memang kena ada someone tunggu la.

Aku duduk dalam wad tu seminggu, khamis masuk n khamis keluar, lama gile, sampai aku dah rasa nak lari je dari wad tu, bosan sangat, tak dapat nak digambarkan macam mana punya bosan. Selain bosan, aku kesian kat mak aku kena tidur kat wad tu, tidur kat kerusi malas je.


Keadaan aku sekarang?
Aku sihat je, pas operat tu pun aku tak kene demam, cuma makan je macam kurang selera lagi. Tak tahu la kenapa. Bahagian yang dibedah tu tak la sakit sangat. Cuma berdenyut2 je. Aku tak leh duduk lama2, nanti kat lutut tu rasa lenguh sangat. So sekarang ini aku banyak baring2 je la. Aku kena pkai guard kat lutut ni selama 6 minggu. tidur ke berjalan ke, buat kerja apa pun kena pakai.

Sekarang ini aku tengah bercuti sampai tarikh follow up, 3/8/09 ni nanti aku kena gi HKL balik untuk follow up. Sekarang duk kampung je, tengok tv, main game, surf internet, nasib la aku dah beli broadband sebelum op tu, kalau tak mesti bosan je duk kampung ni.

► Rahsia Bisnes Usahawan Tudung Berjaya ◄
Share Button

Comments

    • says

      guard ni tak berat la saffa. ringan je, cuma kaki ni je rasa berat sbb tak kuat lagi.
      terima kasih kerana memberi nasihat yang berguna tu, aku akan main lebih ganas lagi…

  1. says

    assalamulaikum…
    ape kabar en.azwan?sudah sehat?
    selepas ini saya pula akan menjalani operation sebegini….
    camne dgn kaki slepas operation?
    dapat main bola lg x?hehehe
    ade perbezaan x tentang pergerakan selepas operation…?
    atau bole bg no h/p untuk dihubungi,,,saya nak tanye pengalaman en.azwan…
    saya boleh dihubungi dengan no.017-6969584…
    wassalam…

    • says

      wslm
      sudah hampir setahun berlalu operation tu. sekarang ini tak pernah main bola lagi. lutut lebih kuat dari yang dulu lah. sekarang pun dah boleh lari sikit2. sebelum operation dulu langsung tak boleh lari.
      sekarang bila bengkok kan lutut yang di bedah itu masih ada gigil. itu bermakna masih tak kuat lagi. apa yang penting lepas operation tu nanti, dengar je lah cakap doktor. kena rajin exercise. aku degil tak rajin, tu sebabnya lutut masih tak kuat lagi.

  2. Syukur Lajung(swak-Kch) says

    aduh.. tentu sakit kan frend?i akan dioperate ACL bulan 13/12/10.ini juga gara2 main bola.so skrg u dapat jalan dengan baik ka?

    • says

      sekarang sudah dapat berjalan dan berlari. cuma dah tak main bola lagi, takut terjadi lagi. bukan tak boleh main, tapi konfiden itu dah ilang sikit. kena cari sukan lain lah pulak.
      semoga anda cepat sembuh selepas pembedahan nanti, ikut je apa yang doktor arahkan.

  3. Syukur Lajung says

    hi fren.Semoga sihat walafiat hdknya.I baru saja keluar dari hospital Kch semalam(16.12.2010) setelah pembedahan lutut ACL reconstruction pada 13.12.10.ia pglmn yg tak dpt dilupakan.ia mgambil masa 2 jam tuk bedah.tapi kekawan bedah tak sakit.sakit denyut setelah 5 jam lepas bedah.so depa bg ubat tahan sakit tu yg dpt bantu kita.skrg i rehat di umah ja.tuk yg nak tanya pengalaman i boleh call 013-8355891.email:tuenlaja@gmail.com

    • says

      hi kawan.
      semoga cepat sembuh dan boleh berjalan. buat masa sekarang ini u nak duduk pun munkin susah lagi, tapi after 2,3 minggu dah boleh mula duduk sikit. apa yang paling penting ialah ikut arahan doktor dan makan ubat ikut jadual. excercise yang diajar doktor juga perlu ikut, kalau tak ikut nanti otot jadi lemah dan mankin susah nak mula berjalan

      • Syukur Lajung says

        ok tq atas nasihat bro.dah nasib kita yg tear ligamen gara2 main bola.cerita i pjg bro.i punya lutut jadi cam ni kerana kena sepak masa liga bintulu dulu 2004.jd ia jd tak stabil.dan bila main tahun 2009 ia putus gara2 tak stabil.anyway kekawan yg suka main bola jaga2 kaki k.main dgn fair game.tq

  4. says

    Sya pernah kena bedah sekali masa darjah 2. memang berdebar je bila kena sorong dalam perjalanan ke bilik bedah tu. huhu…sib baik bius habis. Tidur je sampai habis operation.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing