Nasi Campur di Bulan Ramadhan

Share Button


Macam biasa lah kehidupan seorang yang masih bujang, waktu berbuka pastinya akan ke bazar ramadhan untuk membeli juadah berbuka. Tapi aku rasa bukan orang bujang je yang membeli juadah untuk berbuka, yang dah berkeluarga pun sama, maklum lah bila dah balik kerja, mana sempat si isteri nak memasak. So, jalan yang paling mudah ialah beli lauk je. Nasi masak kat rumah.

Tapi bagi orang bujang, nasi campur adalah menjadi pilihan. Wajib bagi aku untuk berbuka dengan nasi. Bila berbuka tidak makan nasi, aku rasa macam ada kelainan, macam ada sesuatu yang kurang sewaktu berbuka.

Bazar ramadhan yang menjadi pilihan aku petang tadi ialah bazar ramadhan yang terletak di seksyen 18 shah alam. Ianya bersebelahan dengan hostel student uitm. Bazarnya menempatkan banyak gerai, tapi yang menjadi ketidak-best-an ialah, ianya terlampau sesak. Jika ada orang yang berhenti di sesebuah gerai untuk membeli makanan, ianya boleh membuatkan jalan menjadi sesak atau terhenti seketika. Terlanggar, bersentuh, tertolak, teraba, adalah perkara yang munkin boleh terjadi.

Aku dah malas nak datang bazar tu lagi, baik cari bazar yang selesa dan tak terlampau sesak macam itu lagi. Datang bazar untuk beli juadah berbuka, bukan untuk mengurangkan pahala berpuasa aku. Aku pun pergi bazar setakat nak beli nasi campur je. Dapat je nasi, terus balik

Nasi campur yang dalam gambar atas tu lah aku beli petang tadi. Boleh anda bagi aku berapa agaknya harga nasi campur itu?

Dengan berlaukan sotong 3 ekor, taugeh sikit, hati ayam seketul, nasi campur itu dijual dengan harga RM8.50

RM8.50 bagi nasi campur seperti itu aku merasakan seperti tidak ada logika. Mahal gile, kau (penjual) import ke sotong itu dari jepun? Masa penjual tu cakap dengan selamba RM8.50 aku rasa macam dah tak nak bayar je. Hilang akal apa bagi harga macam itu. Bila balik rumah aku khabarkan kepada kawan aku, mereka pun terkejut.

Bukan soal aku tak mampu nak bayar dalam kes ini. Soalnya sekarang, di bulan ramadhan ini ada peniaga yang mengaut untung berlebihan. Ianya aku rasakan berlaku di mana-mana bazar pun. Sering berlaku kepada penjual yang baru berniaga di bulan ramadhan ini. Jika mereka yang sudah biasa berniaga, aku rasa mereka boleh meletakkan harga dengan baik.

Mengaut untung berlebihan, bagi peniaga seperti ini, aku doakan anda supaya dapat pergi menunaikan haji dengan cepat.

Bagaimana bazar di tempat anda? ada apa-apa yang menarik.

Share Button

Comments

    • says

      dengan harga yang diberikan pada saya itu, rasanya boleh dapat bihun dengan lauk telur goreng 5 bungkus. harga RM8.50 itu saya rasa boleh cover duit berbuka cik nurul selama 8 hari kan. betul tak.

    • says

      bukan setakat nak naik haji aku rasa. yang berniaga tu orang seberang, so aku rasa dia nak beli tiket feri untuk balik seberang raya ini.

  1. says

    wah selera nasi campur tuh..nasinya tak nampak dah…. memang mahal la… susah nak cari yang murah2.. murah pun, time dah nak berbuka puasa tuh… baru lah dapat free air, free kuih..huhu

    • says

      nasi itu dah tertutup dengan 3 ekor sotong yang ditangkap di lautan pacific serta taugeh yang diambil dari banjaran himalaya. bila beli time dekat nak berbuka banyak lauk dah habis lak, tak ada pilihan.

  2. says

    memang mahal… mulanya aku agak dalam RM5-00 jer.. bila terus baca, terkezut gak.. dah dekat RM10-00…..tapi kalau tengok gambar tu… memang tak nampak nasi nyer, penuh lauk jer !!! heheee!!! Selamat berbuka pose !!!

    • says

      oit…ko nak kata aku amik lauk banyak eh..cis.. :)
      alah..polistrn tu besar mana lah sangat, kalau ko letak lauk ikan atau ayam dan sayur pun dah tertutup nasi itu. macam ini lah orang bujang, makan nasi bungkus je hari-hari

  3. eida says

    salam,
    relax la bro harga sotong dah mahal la nie..:P klu seekor jer harga rm1.00-rm1.50 3 ekor dah rm3-rm4.50…3 ekor tu dah cecah stgh kilo bro…heheheh sekilo sotong putih tesco pun dah rm10-rm14…sy lagi ler kat kedai makan biasa bukan bulan puasa,udang ngan bebola ikan ikut pcs..sekali kira kat RM15…masa ambik ingat kira scoop…scoop ler bebanyak ckt…lagi terkejut time kire…:-(

    • says

      aku rasa 3 ekor sotong aku amik tu mana da sampai setengah kilo. kalau sekor rm1.50 pun, macam mana boleh sampai rm8 nasi campur tu.
      bebola ikan memang kira ikut pcs kan..aku tak pernah jumpa yg kira ikut senduk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing