Menjadi Seorang Ayah

Share Button

Hari ini, hari pertama aku masuk kerja selepas bercuti seminggu menjaga anak dan isteri di kampung.

Memang lain perasaan ni 1st time tengok anak sendiri. Rasa macam tak percaya dah ada anak. Masa tengok anak buat pertama kali lepas dilahirkan, aku rasa sebak, macam nak nangis pun ada. Tapi tak tahu kenapa nak nangis. Bila aku azan kat telinga anak tu, rasa macam tak sedap lak. Selalu aku azan sedap je.heh..Munkin menahan sebak.

Berat anak aku 3.6kg. Bagi bayi yang baru lahir, ianya boleh dianggap berat gak. Anak dan isteri aku kena tahan wad 1 hari selepas bersalin, sebab anak aku tak ‘buang air’ lagi.

Sejuk je rasa hati ini melihat anak yang baru lepas dilahirkan.
anak aku
Bila dah ada anak sendiri ini, baru aku faham kenapa ada sesetangah orang menangis bila baca berita pasal pembuangan bayi. Aku faham gak sebelum ini, tapi sekarang ni perasaannya lebih mendalam. Aku sendiri pun bila teringat pasal berita bayi yang dicampak dari sebuat flat di sentul 2,3 minggu lepas. Terus hati jadi sebak. Kesiannya anak yang tak berdosa tu. Pelakunya munkin bukan manusia dan munkin bukan haiwan. Munkin setan dan iblis.

Satu pengalaman baru sebagai seorang ayah. Tak cukup tidur tu biasa lah. Anak menangis tengah malam. Bak kata seorang rakan “Selamat datang ke alam yang tak cukup tidur”. Seminggu aku bermastautin di rumah mentua. Anak kecik ni memang kerap menangis kalau lapar susu. Kalau ibu dia pergi dapur atau pergi toilet, time tu dia nangis, aku lah yang menggelabah. Nak buat apa pun tak tahu, bayi baru lahir cuma minum susu ibu. So kena tunggu ibu dia gak lah.

►► Hebat ! Sistem Akaun Guna MS Excel ◄◄

Seronok tengok anak buka mata, tak nangis. Kita tengok dia, dia tengok kita. Munkin dalam hati dia cakap “Ni bapak aku ke? macam tak ensem je”
Seronok bercakap dengan dia walaupun munkin dia tak faham apa-apa lagi.

Muhammad Adam Zafran Bin Muhd Azwan nama diberikan. Semoga menjadi anak yang soleh, taat kepada-Nya dan kedua ibubapa.

Share Button

► Rahsia Bisnes Usahawan Tudung Berjaya ◄

30 Responses to Menjadi Seorang Ayah

  1. mankuchai July 11, 2011 at 4:53 pm #

    Tahniah…dah jadi bapa.. :).saya anak dah 3 semuanya ada rasa yang tersendiri :)

    • azwan July 11, 2011 at 10:12 pm #

      bro kira dah otai lah. aku ni newbie lagi.heh..

  2. aipena July 11, 2011 at 10:10 pm #

    Salam..tahniah bro sebab dah bergelar seorang ayah..aku skrg baru ada dua orang hero..fuhh..memang mencabar..insyaAllah bulan 11 tahun ni nombor 3 pulak…

    • azwan July 11, 2011 at 10:12 pm #

      tambah lagi eh? bakal keluar nanti hero jugak ke heroin? murah rezki bro

  3. aipena July 11, 2011 at 10:15 pm #

    hero ke heroin?aku tak bagi orang rumah bagi tahu lagi..biar surprise sikit..hee…hee…
    Bro, kerja bidang medic kat bahagian apa?

    • azwan July 11, 2011 at 10:18 pm #

      aku and wife pun tunggu yang sulung ni tak nak tahu boy ke girl, nak surprise gak. jantina tak penting sangat kot, yang penting kandungan sihat

    • azwan July 11, 2011 at 10:20 pm #

      aku incharge unit rekod surgical HKL

      • aipena July 11, 2011 at 10:44 pm #

        unit rekod surgical? kena rekodkan pembedahan yang dijalankan?

  4. nizam ijam July 11, 2011 at 10:55 pm #

    Tahniah2 :)
    nanti mesti tambah…hehe

    • azwan July 18, 2011 at 10:33 am #

      thanks. mesti..hehe :)

  5. belalang July 12, 2011 at 12:45 am #

    tahniah bro…
    semoga menjadi ayah yang mithali ;)

    3.6kg berat gak tu ye…

    • azwan July 18, 2011 at 10:34 am #

      thanks.
      insyaallah jadi ayah yang baik… berat gak. sekarang dah makin sihat anak aku tu.

  6. titan July 15, 2011 at 1:05 am #

    aku tak jadi ayah lagi..kena kahwin cepat nih..

    • azwan July 18, 2011 at 10:39 am #

      kena cari teman istimewa dulu yang boleh menjadi ibu kepada anak-anak ko. pilih lah yang baik-baik :)

  7. Haru July 18, 2011 at 3:06 am #

    wahhh congratz bro…comel anaknya…ikut sapa tu??? ikut ibu @ ikut bapanya? :D

    • azwan July 18, 2011 at 10:43 am #

      thanks.
      ramai kata ikut muka aku. tapi dulu masa aku lahir, mak aku cakap aku tak bulat macam ni, rambut pun tak lebat macam ni :)

      • Haru July 18, 2011 at 2:02 pm #

        mungkin tang tu die ikut ibu dia kot :D

        • azwan July 18, 2011 at 3:18 pm #

          haha..munkin kot.. mak mentua pun ada cakap macam tu. dulu masa lahir wife aku berat. sekarang aku yang makin berat. hahha…

  8. mancai July 18, 2011 at 3:50 pm #

    tahniah2 bro… semoga semakin dimurahkan rezeki… comeynyer anak bro ni… aku teringin nak anak perempuan pulak…

    • azwan July 18, 2011 at 9:57 pm #

      thanks.
      ko dah ada hero eh? lepas ni pun aku akan mengharapkan seorang heroin pulak

      • mancai July 19, 2011 at 7:43 am #

        2 hero heroin belum lagik… moga cepat2 dapat heroin pulak kita… insya Allah

        • azwan July 19, 2011 at 11:14 am #

          insyaallah. amin

  9. Ali ridha July 18, 2011 at 7:19 pm #

    mari kita bunuh lebih banyak setan dan iblis
    selepas ni.

    • azwan July 18, 2011 at 10:00 pm #

      kena usaha kuat sikit kalau nak bunuh banyak setan :)

  10. Juan July 18, 2011 at 7:52 pm #

    best la entry ni, sebak juga aku baca ni, rasa x sabar plak aku nak kawin nak ada anak, nak juga merasa lihat anak sendiri

    • azwan July 18, 2011 at 10:00 pm #

      kena usaha dapatkan teman istimewa dulu :)

  11. akubiomed July 20, 2011 at 11:22 pm #

    Banyak pengalamn yang akan dipelajari bersama-sama nanti dengan anak sulung. Macam saya ada 3 Ninjas Koning dan baby Aslah :-)

    • azwan July 25, 2011 at 4:07 pm #

      ko dah kira otai lah. takat kalau isteri bersalin kat rumah pun boleh sambut sendiri.hehe.. :)

      • akubiomed July 25, 2011 at 4:12 pm #

        Kalau sambut anak boleh goyang juga. Setakat basuh uri anak tidak ada masalah :-)

        • azwan July 25, 2011 at 4:20 pm #

          Aritu aku dah bagi tahu mak mentua nak basuh uri anak aku, tapi mintak dia bagi garis panduan lah. tapi lepas aku mandi, dia dah siapkan basuh sendiri

Leave a Reply

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing