Mengekalkan Perkara Yang Baik

Share Button

Baru2 ini ada rombokan bagi ketua unit di jabatan aku. Rombakan ini telah memindahkan aku ke unit lain dan akan start bertugas minggu depan. Kenapa ada rombakan, sebab ada staff yang keluar dari jabatan aku ni.

Aku sekarang berada dalam Unit A. Unit ini boleh dikatakan front line kepada jabatan aku. So tanggungjawab kat unit ni ada memberikan maklumat berkaitan aktiviti jabatan aku ni. Unit ni kurang sikit masalah dan mempunyai tempat kerja yang selesa.

Selasa lepas aku dipanggil masuk mesyuarat. Tujuan mesyuarat adalah untuk memberitahu aku akan ditukarkan ke unit lain. Keputusannya aku ditukarkan ke Unit B.

Unit B terkenal dek kerana terlalu banyak masalah, tempat kerja yang cukup tak selesa yang boleh membuatkan moral seorang pekerja down la. Aku terima je keputusan berpindah ke Unit B. Aku terima sebab tu keputusan HOD aku, so tak kan aku nak membantah. Dalam benak fikiran aku ni, kenapa la aku dipindahkan ke unit ni. Siot betul.
Munkinkah sebab kerja yang aku buat di unit A dulu tak cukup bagus? atau munkinkah sebab aku diberikan harapan agar dapat mengubah imej unit B dengan lebih baik? aku tak tau nak cakap apa la. Aku fikir munkin bos tak suka aku je atau bos nak aku kutip pengalaman kat unit tu pulak.
Baiklah, aku terima je.
Aku terima, sebab falsafah aku yang aku pegang, kalau tak cuba, kita tak kan tahu. So aku cuba je la. Jadi apa ke nanti kesudahannya, lain citer, yang penting aku dah mencuba.

Selasa petang yang sama jugak,
aku dapat surat pindaan kepada surat pertama yang aku dapat masa meating pagi tu. Pindaan penempatan, aku telah ditukarkan lagi ke Unit C.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ?

Unit C ialah unit yang terbaik dalam jabatan aku, jarang ada masalah. Tempat kerja yang selesa. Komitmen staff juga boleh dibanggakan. Pendek kata kalau diberikan markah penuh 10, unit ni boleh dapat 9 la.
Ahh…baru tadi berkira2 pasal unit B tu, sekarang kena pindah unit C.

Cabaran aku sekarang adalah mengekalkan unit C terus menjadi yang terbaik seperti yang ditinggalkan oleh ketua unit yang lama.

Lazada Malaysia

Bagi aku, cabaran di unit C lebih susah. Sebab aku kena mengekalkan perkara yang baik kat situ. Kalau aku masuk, tetiba unit tu prestasinya jatuh. Pointing person nya aku la. Kenapa sebelum ini baik tapi pas aku masuk down lak. Kalau dulu markah unit C 9, aku kena kekalkan 9 dan bukan jadi 7 atau 5. Aku kena kekalkan 9 atau lebih baik dari tu. So, it’s a big problem. I need to maintain their status.

Kalau aku di unit B. Cabarannya ialah tempat kerja dan staff sahaja. Kalau boleh diberikan markah penuh 10, Unit B ni cuma boleh dapat 5 je. So kalau aku masuk unit tu, untuk mendapatkan prestasi yang baik adalah mudah. Kalau aku buat betul2 dan dapat markah 7 pun dah kira baik la kan.

Belajar Asas Cetak T-Shirt Dengan Mudah !

Mengekalkan perkara yang baik adalah lebih sukar dari membimbing ke arah perkara yang baik.
Mengekalkan kejuaraan lebih sukar dari memburu kejuaraan.

Share Button

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing