Manusia Lebih Binatang

Share Button


Baru-baru ini aku melawat blog anarm.net. Aku tertarik membaca satu entry dari blognya iaitu kenapa manusia suka menzalimi haiwan. Bukan ingin menceritakan kembali apa yang telah diceritakan oleh saudara anarm. Tapi ada video yang menarik untuk aku kongsi di sini.

Munkin video ini telah lama diketahui oleh anda. Jika anda telah mengetahuinya, tidak apa, abaikan sahaja. Aku ingin berkongsi dengan mereka yang tak pernah tengok video ini.

Video tersebut ialah tentang seekor kucing yang diberi nama Hero. Hero adalah kucing yang sangat istimewa terutama kepada pemiliknya. Seluruh keluarganya menyayangi Hero.

Apa yang istimewanya Hero ini? Hero hanya mempunyai 2 kaki. Betul…2 kaki. Bukan 4 kaki seperti kucing lain.

Hero hanya mempunyai sepasang kaki belakang sahaja. Ketiadaan sepasang kaki hadapannya bukan kerana ia dilahirkan cacat. Tetapi kedua kakinya telah dipotong oleh manusia yang layak digelar binatang. Ye..betul, DIPOTONG oleh manusia yang BINATANG.

Kedua kaki hadapan Hero telah dipotong oleh tuan empunya restoran bukan islam, kerana hero mencuri seekor ikan dari restoran tersebut pada tahun 2005. Hero ditemui oleh seorang manusia yang berhati mulia En. Hairey Yahya, dan membawanya pulang. Dengan hanya berbekalkan minyak gamat, beliau merawat kecederaan yang di alami Hero. Kini setelah 5 tahun peristiwa hitam itu berlalu, Hero sudah semakin sihat dan lincah seperti kucing lain.

►► Hebat ! Sistem Akaun Guna MS Excel ◄◄

Macam mana lah agaknya Hero menghadapi hari-harinya. Bila difikirkan, memang sedih rasanya. Hero tak dapat nak buat semua perkara yang selalu kucing buat, mencakar-cakar, tangkap cicak ke tikus ke dan lari laju-laju. Setahu aku kucing akan membersihkan misainya menggunakan 2 kaki hadapannya. Tapi macam mana Hero nak buat semua itu?

Kenapa lah kejam sangat manusia itu. Manusia yang tidak sepatutnya dilahirkan menjadi manusia. Hanya kerana mencuri seekor ikan, sampai sanggup buat macam ini pulak. Aku rasa lebih baik bunuh dari menyeksa Hero macam itu.

Bagi anda yang mahukan perkembangan terbaru Hero boleh lah singgah ke kakimotong.blogspot.com nak tengok Hero bermain-main boleh tengok di youtube.com

Buat keluarga En. Hairey, aku doakan semoga keluarga anda bahagia dan sentiasa berada dalam lingkungan rahmatNya.

► Rahsia Bisnes Usahawan Tudung Berjaya ◄
Share Button

, , , , ,

14 Responses to Manusia Lebih Binatang

  1. ishak May 27, 2010 at 4:46 am #

    ya allah kenapa lah manusia ni kejam sangat eh..? aku kalau jumpa kucing tu aku nak beli owh….sanggup aku beli berapa..ya allah sayang ngan kucing tu..aku ni minat sangat ngan kucing ni….

    kenapalah manusia ni kejam sangat….

    aku paling pantang tengok orang dera kucing

    pernah aku tampar anak jiran pasal dia pukul kucing aku dengan kayu….
    .-= ishak´s last blog ..I love you juliana evans =-.

    • azwan May 27, 2010 at 8:59 am #

      rasulullah pun suka kucing.
      ganas betul ko eh. tampar anak orang sebab dera kucing. tapi bagus gak tu, pengajaran untuk budak itu, jangan menzalimi binatang.

      aku tak pasti sama ada en.hairey tu nak jual ke tak Hero tu. aku rasa munkin dia tak jual

  2. Syafrizal May 27, 2010 at 4:23 pm #

    sangat zalim… Allah pasti membalas mereka yang menzaliminya
    .-= Syafrizal´s last blog ..Ibu pejabat HPA bernilai 54 juta =-.

    • azwan May 27, 2010 at 4:29 pm #

      memang sangat zalim. manusia yang tidak berfikiran waras. takat curi ikan seekor, tapi hukumannya sampai kena potong kaki

  3. Anarm May 28, 2010 at 6:09 am #

    semoga kebaikan En. Hairey Yahya sekeluarga mendapat keberkatan dan dilimpahkan rezeki yg lebih bg memudahkan lagi utk jaga si Hero.. boleh bagi Hero mkn sedap2.. biar gemok.. huhu..
    .-= Anarm´s last blog ..Kenapa manusia suka menzalimi haiwan? =-.

    • azwan May 30, 2010 at 10:51 pm #

      semoga famili en hairey berbahagia dan dilimpahi rezeki kan. mulia sungguh kerja yang dilakukan itu.

  4. zik May 29, 2010 at 1:26 am #

    semoga hero terus hidup…sedehnya…sampai hati kucing dibuat macam tuh..potong tangan baru tahu..!!
    .-= zik´s last blog ..Berbakti pada tanah. =-.

    • azwan May 30, 2010 at 10:54 pm #

      aku rasa orang yang buat tu gila lah. tapi aku rasa lebih dari orang gila, sebab kalau orang gila pun, tak munkin buat macam tu.

  5. sangilapi May 29, 2010 at 9:26 pm #

    ermmm….memotong kaki depan kucing tu semata-mata seekor ikan !
    kalau depan mata aku benda ni berlaku,serius memang selamba aku potong pulak tangan si pelaku tu.

    tapi DIA tu Maha Adil,insyaallah si pelaku akan/sudah menerima balasannya-memang kudung jugaklah tangan si pelaku ni.

    jutaan terima kasih yang tidak terhingga pada encik hairey kerana merawat dan membela kucing itu :)

    wan,terima kasih kerana siarkan entry pasal kucing bernama hero ni :)
    .-= sangilapi´s last blog ..rezeki semakin murah =-.

    • azwan May 30, 2010 at 10:59 pm #

      berani betul ko nak potong tangan orang tu lak. ganas gak ko ni :) kalau benda tu jadi depan aku, munkin akan tumbuk je orang tu. dan jerit bodoh kat depan dia 42 kali.
      terima kasih kepada anarm.net sebab aku jumpa kisah hero dari blog itu.

  6. Dila.13 June 6, 2010 at 10:10 pm #

    adeh, sungguh tak berperikemanusiaan betul. betul la tajuk ni manusia lebih binatang. nasib baik hero tu kuat semangat. semoga hayatnya panjang. special thanks to En. Hairey yang tak berputus asa merawat hero.
    .-= Dila.13´s last blog ..5 Tips Menulis Artikel Informasi =-.

    • azwan June 6, 2010 at 10:34 pm #

      dalam sekumpulan binatang, tiada seekor pun yang berperangai manusia. tapi dalam sekumpulan manusia ada yang berperangai macam binatang

  7. azlan indie December 10, 2010 at 7:28 pm #

    sial org yag potong kaki kucing tu…kalau dia suka sangat potong memotong tu dia potong kaki anak dia sendiri lah…semoga allah s.w.t akan membalas nya di dunai ataupun di neraka kelak…

    • azwan December 11, 2010 at 9:40 pm #

      memang macam binatang orang yang buat tu. lebih binatang dari binatang.
      pasti akan dapat balasan

Leave a Reply

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing