Majlis Perkahwinan Aku

Share Button


Zaman dahulu kalau nak menjemput orang datang ke kenduri kahwin agak susah. Kaedahnya ialah dengan menghantar kad jemputan ke setiap tetamu yang ingin di undang. Kad jemputan dulu pun tak macam sekarang, dulu guna kertas A4 itu lipat 4. Kos yang rendah dan menjimatkan. Sekarang aku dah jarang jumpa kad kahwin macam itu lagi.

Seiring dengan peredaran zaman dan kemajuan teknologi, menjemput orang untuk hadir ke majlis perkahwinan bukan lagi satu masalah. Orang sekarang ada yang jemput guna SMS je. Bagi tahu bila, masa dan tempat perkahwinan. Kaedah terbaru ialah dengan menggunakan facebook. Cukup mudah dan senang untuk menjemput kenalan yang jauh mahupun dekat. Isikan pada ruangan event dan tag pada kawan-kawan ataupun amik gambar kad kahwin, tag nama kawan-kawan pada kad tersebut. Aku juga menggunakan kaedah yang sama untuk menjemput kawan yang jauh. Aku ada buat video invitation untuk menjemput kawan-kawan.

Walaupun ada facebook dan aku boleh SMS je kawan-kawan, aku masih lagi prefer untuk menghantar kad kahwin kepada kawan-kawan. Walaupun kawan duduk tempat jauh, aku mintak alamat dan pos. Bagi aku lagi molek jika menjemput orang menggunakan kad berbanding menggunakan facebook atau SMS.

Bercakap tentang facebook, bagi yang menyukai blog ini, jangan lupa untuk klik button like pada fan page yang disediakan.

Aku sekarang tengah menghitung hari.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ?

Perasaan bercampur baur, sama ada suka,seronok,gembira dan takut. Takut? Takut untuk menggalas tanggungjawab yang semakin besar dan berat sebagai ketua keluarga. Kalau setakat menjadi ketua kumpulan atau ketua kepada apa jua aktiviti aku dah biasa. Tapi untuk menjadi ketua keluarga ini satu tugas yang berat. Komitmen sepanjang hidup.

Pada 17 Sept 2010 ini, majlis akad nikah akan diadakan di masjid kg. bukit bulat, alor gajah. Di malam hari pula, akan didakan majlis sanggul lintang. Ini satu majlis tradisi adat orang melaka. Aku tak tahu apa-apa, ikutkan je. Menurut keluarga perempuan, pada malam itu pengantin akan diarak sehingga ke rumah.

Esoknya majlis persandingan pula akan diadakan. Aku ada tanya pada famili perempuan. Ada ke tol-tol masa nak datang bersanding tu nanti. Mereka cakap, biasanya yang buat itu semua orang kampung, famili tak buat pun. So kena bersedia je lah dengan angpau untuk diberikan kepada penjaga tol tu nanti. Apa lah dia orang ni, zaman sekarang orang dah pakai touch n go and smart tag, mana ada tol-tol ni lagi.

Majlis di rumah aku pula akan diadakan pada 2 Okt 2010. Aku buat sederhana je majlis ni nanti. Tak ada persandingan pun. Malaslah nak bersanding lagi dan dalam masa yang sama nak jimatkan belanja. Bukan murah nak sewa pelamin dan baju semua itu. Baik salurkan duit itu untuk buat perkara lain.

Belajar Asas Cetak T-Shirt Dengan Mudah !

Mesti penat jadi pengantin kan. Ada sesiapa nak kongsi pengalaman sebagai panduan untuk aku?

Share Button

Comments

  1. says

    masih bujang lagi bro…tapi mesti berdebar gak nie…. banyak benda kena settlekan… huhu… kean tanya yang dah berumah tangga..mereka lebih pakar…

    • says

      aku tulis pasal kad kahwin ke kad raya eh? apa2 je lah.. :)
      kad raya dah kurang orang gunakan sekarang. ramai yang beralih kepada SMS dan kad raya digital

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing