Kesibukkan Tugas Hakiki

Share Button

kerja sepenuh masa,separuh masa
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua

Lama betul tak buat apa-apa pun catatan dalam blog ni. Kesibukkan tugas hakiki mengganggu kelapangan masa yang ada untuk mencatat sedikit kisah di dalam blog ini. Tambahan pula, aku kehilangan seorang kakitangan yang pengsan tetiba di tempat kerja ni. Kerja bertambah bila ada kakitangan yang tak datang atau bercuti.

Pekerjaan aku banyak melibatkan kerja-kerja fizikal. Tapi aku bukanlah kontraktor buat rumah. Itu lagi penat kerjanya. Bila dah melibatkan kerja-kerja fizikal ni, dah tentu lah banyak menggunakan tenaga. Bila banyak menggunakan tenaga, cepat lah letih. Balik rumah biasanya dalam keadaan keletihan. Tak sempat pun nak bukak PC untuk blogwalking atau blogjogging.

Balik rumah hilang sikit penat bila dapat main dengan anak yang baru masuk 7 bulan. Budak yang sedang membesar ni seronok tengok perangainya. Ada je benda yang dia nak usik dan main. Ada je benda yang nak dia masukkan dalam mulut. Hilang segala tekanan di tempat kerja.

Memang aku tak boleh lah nak jadi blogger sejati. Aku juga bukan blogger sepenuh masa. Ber-blog ini sekarang mengisi masa lapang aku. Memang aku tabik dan hormat kepada blogger separuh masa, yang dapat menulis setiap hari dalam blog dan juga dapat melakukan tugas hakikinya dengan baik dan cemerlang.

Hebat ! Sistem Akaun Guna MS Excel

Munkin aku perlu amik kursus pengurusan masa

OK lah. Nak sambung buat kerja. Jom kerja

Share Button

Belajar Asas Cetak T-Shirt Dengan Mudah !

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing