Kereta Kabel Langkawi

Share Button

kereta kabel,langkawi,cabel car
Antara perkara wajib yang aku syorkan perlu anda lakukan bila berkesempatan ke langkawi ialah menaiki kereta kabel.

Apa yang seronoknya menaiki kereta kabel ini ialah kegayatan yang akan anda rasai. Kalau anda jenis yang memang gila takut pada ketinggian, aku rasa lebih baik anda tunggu je kat bawah, tak perlu lah naik. Walaupun aku tak gayat, tapi bila aku naik gondola itu, jantung aku berdegup kencang gak. Memang tinggi gila. Anda berada lebih tinggi dari pokok-pokok hutan di pulau langkawi itu.

Satu gondola boleh memuatkan 6 orang penumpang. Oleh kerana aku dengan isteri, orang yang ke 5 dan ke 6. Maka kami tidak duduk bersebelahan, kami duduk mengadap.

Terdapat 2 station sebelum sampai ke puncak Gunung Machincang. Station yang pertama tingginya kalau tak salah aku 650m dari paras laut. Bagi yang gayat seperti isteri aku ini adalah tempat yang anda tunggu, kerana dapat turun dari gondola. Ianya satu kelegaan bagi anda yang gayat.


Selepas menarik nafas dan menghirup udara segar puncak bukit di station yang pertama. Anda boleh meneruskan perjalan menuju pula ke station yang terakhir, puncak gunung machincang yang berketinggian 705m dari aras laut. Pada tahap ketinggian ini, anda dapat melihat keseluruhan pulau langkawi. Rasanya kalau anda lompat tinggi sikit je munkin dah boleh cecah awan.heh…aku tipu.


Di puncak gunung ini juga terdapat sebuah jambatan yang menghubungkan 2 puncak bukit. Untuk ke jambatan ini anda kena melalui sedikit hutan bukit. Perjalanan ini amat memenatkan kerana anda perlu mendaki banyak anak tangga.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ?


Pemandangan di jambatan ini juga menarik. Terletak betul-betul di bawah jambatan itu ialah gaung dari gunung batu kapur. Wife aku tak berani nak menyeberangi jambatan itu. Kerana sayangkan isteri, maka aku pun tak pergi ke seberang sana. Cuma jalan sampai tengah je. Takut gak walaupun tak sampai ke hujung. Rasa bergoyang je jambatan itu bila kena tiup angin. Bila tengok ke gaung itu, rasa macam lutut ni longgar je.

Bila dah sampai atas puncak bukit itu memang rasa seronok je. Tapi bila masa nak kena turun dan masuk semula ke dalam gondola itu. Mula lah berdebar-debar balik. Kena kuatkan semangat balik dan banyak-banyak berdoa supaya cepat sampai ke kaki bukit.


Kereta kabel ini adalah yang terpanjang didunia iaitu 2.2km. Lebih panjang dari kereta kabel yang terdapat di Switzerland. Panjang keseluruhan kabel ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod Malaysian Book of Records.

hijau,langkawi,bumi
Bila berada di atas itu. Selain melihat keajaibab dan keindahan bumi ciptaan yang Maha Esa, aku terfikir macam mana dia orang buat semua itu? Macam mana dia orang yang mebina tempat itu semua bawa bahan mentah ke puncak gunung? Macam mana dia orang cacak tiang konkrit semua itu? hebat. Mereka yang membina tempat itu semua memang hebat.

Belajar Asas Cetak T-Shirt Dengan Mudah !

Harga tiket yang tertera di kaunter pembayaran ialah RM30. Tapi bila anda tunjukkan MyKad, harga tiket seorang dewasa ialah RM15 sahaja.

Pemandangan yang tidak dapat ditandingi dan diluahkan dengan kata-kata bila berada di puncak. Tersangatlah rugi jikalau anda melepaskan peluang menaiki kereta kabel ini sekiranya anda berkunjung di Langkawi

Share Button

Comments

    • says

      kena naik bro. sebelum ini aku pernah sampai langkawi gak, tapi tak naik kereta kabel. kali ini pergi, dapat naik kereta kabel memang puas hati lah.
      ada ke penerbangan terus dari sana ke langkawi? aku lak teringin nak melancong ke malaysia timur. dulu pernah sampai kuching, itu pun sebab kerja, so tak da lah melancong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing