Hasil Dari Seminar SEO Majalah Niaga

May 17, 2012

Share Button

Salam untuk semua. Semoga semua berada dalam keadaan sihat hendaknya.

Ingat tak sebelum ini aku ada cerita, yang aku ada menyertai Seminar SEO Majalah Niaga. Ianya sesuatu yang sangat-sangat berharga dan aku rasa antara seminar yang paling berbaloi yang pernah aku sertai.

Walaupun aku dah banyak kali menyertai macam-macam seminar berkaitan dengan kerja aku sekarang ni. Tapi tidak semua seminar itu aku rasa berbaloi dan memberi manfaat jangka panjang kepada aku. Tiga atau empat hari duduk hotel, masuk bilik seminar, tapi rasa macam tak berbaloi. Semuanya hilang ditiup angin ketika perjalanan pulang ke rumah (harap bos aku tak membaca blog aku ni.heh..)

Banyak perkara yang merugikan aku bila pergi Seminar SEO Majalah Niaga ni sebenarnya. Dah la terpaksa bangun awal pagi sabtu. Sabtu adalah hari untuk bersama dengan keluarga. Kena lak cari kat mana Diamond Square Gombak lak. Gombak aku tahu Batu Caves je. Pastu terpaksa bayar seminar RM100 cuma dapat makan pagi, tengah hari dan minum petang sikit. Speaker seminar lak kurang sihat haritu.

Walaupun banyak perkara yang telah aku rugikan, masa dan wang, tapi Seminar SEO Majalah Niaga masih tetap berbaloi untuk aku, berbanding pergi seminar yang percuma dan terpaksa dihadiri. Itu lah, aku dah cakap dengan bos aku. Nak pergi seminar ni, tak leh paksa-paksa, dia tak percaya.

Seminar SEO Majalah Niaga

OK lah. Ini bukan artikel untuk mengampu pihak Majalah Niaga. Ini tulisan berbentuk peribadi. Team majalah niaga semua hebat-hebat, aku ni ibarat ikan bilis di lautan luas.Mereka pun tak kenal aku sangat.

Cuma aku nak tunjuk screen shot hasil dari pergi Seminar SEO Majalah Niaga hari itu. Artikel yang aku tulis dengan tajuk “Reveiw Seminar SEO Majalah Niaga” pada 9 Mei 2012 telah berada di bawah Majalah Niaga sendiri.

Owsemm.. betul. Aku sendiri tak caya. Ternyata teknik yang dia orang berikan memang berkesan. Itu hasil dari seminar 1 hari je. Macam mana hasil kalau buat personal coaching dengan mereka kan?

Seminar SEO Majalah Niaga ada satu fb group alumni. Dalam tu kami akan berkongsi semua idea pendapat dan masalah dan diselesaikan bersama-sama. Aku tidak maklumkan lagi pencapaian aku ni dalam fb group tersebut. Rasa malu lak. He..

Share Button

{ 20 comments… read them below or add one }

Izzuddin Fauzi May 17, 2012 at 11:56 am

Cepat share rahsia yang dapat tu~~

Reply

azwan May 18, 2012 at 11:43 am

tak cukup ilmu lagi nak share. masih lagi merangkak dalam SEO ni.
tak pandai berenang, tak boleh lah nak ajar orang berenang, takut lemas lak :)

Reply

azman May 17, 2012 at 12:26 pm

Apa lagi meh masuk kontest lelaki kacak he3..

Reply

azwan May 18, 2012 at 11:37 am

contest tu agak lambat nak masuk lah. berdasarkan penilaian aku, tak mampu dah nak bersaing dengan pakar-pakar SEO yang lain. aku lak budak baru belajar. siap ada yang beli domain lelakikacak

Reply

Jebeng Otaiā„¢ May 17, 2012 at 12:34 pm

best la selesaikan mslah sama2..huhu

p/s: dpt ape2 info bru leh kongsi.. :)

Reply

azwan May 18, 2012 at 11:40 am

betul tu. bila sendiri-sendiri, kalau ada masalah, susah nak cari jalan penyelesaian

Reply

suri May 17, 2012 at 3:45 pm

seo ilmu yang tak rugi di tuntut

Reply

azwan May 18, 2012 at 11:41 am

memang tak rugi.
tapi ilmu yang tak dikongsikan akan merugikan diri sendiri

Reply

suri May 22, 2012 at 3:53 pm

he benar2..saya mmg tak tahu seo ni kawan…tpi suka shaj mmbacanya dri mana2 posting ;)

Reply

azwan May 23, 2012 at 3:24 pm

membaca untuk tambahkan ilmu

Reply

muazfaris May 18, 2012 at 3:31 pm

tadi dah komen .. tibe tak leh plak .

ermm. nak tulis balik dah lupe..

tp gud luck ye utk SEO .. thesis mmg mantap SEO,

Reply

azwan May 21, 2012 at 11:33 am

Thanks.
ramai yang bagi tahu ada masalah nak komen dalam blog ni. aku pun tak tahu nak buat apa lah. rasanya tak da lah usik apa-apa pun

Reply

Kak Long Mawar Merah May 18, 2012 at 8:48 pm

Pergi seminar ni satu cara menambah ilmu. Menuntut ilmu takkan rugi. Kalau tak boleh gunakan sekarang, mungkin masa akan datang.
Kalau dah jumpa sesuatu yang boleh dimanfaatkan, memang sangat berbaloi. Apa lagi kalau dikongsikan…apa lagi..tunggu ni. :)

Reply

azwan May 21, 2012 at 11:35 am

akan dikongsikan jika dah betul-betul pandai. sekarang tak pandai lagi, nanti salah ajar, susah lak

Reply

hazman aka species1980 May 23, 2012 at 4:35 pm

Memang bagus pergi seminar camni…. selain dapat knowledge dapat kembangkan network secara tidak langsung

Reply

azwan May 24, 2012 at 11:21 am

betul tu. memang bagus

Reply

Kujie May 24, 2012 at 5:38 pm

untung ada masa utk menghadiri kelas ilmu mcm ni, kak jie ni kurang mampu utk acara di luar kehidupan mcm tu..maklum makcik² ni urusan rumahtangga saudara mara dan jiran tetangga tak pernah habis

Reply

azwan May 25, 2012 at 4:19 pm

kak jie makcik-makcik yang moden.
saya pergi seminar yang kecik-kecik je kak.
akak lak hadir seminar yang besar and lebih bermanfaat macam seminar F.I.S.H tahun lepas tu kan :)

Reply

Cikgu Hairul May 24, 2012 at 7:28 pm

Hadir seminar macam ni bukan sekadar dapat ilmu. Yang paling penting dapat kawan. Kat sana la ilmu tu boleh berkembang biak. Sangat berbaloi-baloi.

Reply

azwan May 25, 2012 at 4:22 pm

memang berbaloi-baloi cikgu

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Spam Protection by WP-SpamFree

Previous post:

Next post: