Sejak wujud kamera digital, berapa kerap anda mencuci atau istilah yang sesuai untuk zaman kamera digital ni, mencetak gambar yang diambil?
Ianya jauh berbeza pada zaman kamera belum digital lagi. Lepas je amik gambar, kalau boleh time tu jugak nak pergi kedai cuci gambar. Kalau boleh, nak tengok terus gambar yang diambil cantik ke tidak. Kamera digital memudahkan bab tengok gambar tu. Lepas je snap gambar, terus je tengok kat preview. Kalau tak cantik, boleh amik lagi sekali.
Masa zaman kamera menggunakan filem, istilah amik gambar lagi sekali jarang didengar. Kerana ianya akan melibatkan kos, iaitu membeli gulungan filem. Aku dah tak ingat berapa harga gulungan filem, tapi yang aku ingat, ada jenis-jenisnya ikut berapa keping frame tu, betul tak.

Zaman sekarang, gambar yang diambil menggunakan kamera digital, kebiasaanya akan disimpan dalam komputer, laptop, pen-drive dan apa jua portable storage. Simpan dalam gadjet seperti handphone dan tablet pun ramai yang buat.
Sebenarnya banyak jugak keburukan bila simpan semua gambar digital tu dalam bentuk soft copy. Pernah terjadi pada diri aku sendiri. Semua gambar masa zaman aku belajar dulu yang disimpan di dalam computer telah hilang akibat hard disk corrupted. Gambar 3 tahun study hilang begitu sahaja. Macam-macam ada, gambar aktiviti-aktiviti, gambar bersama teman-teman wanita, rakan taulan, dengan pensyarah, semua hilang begitu sahaja.
Kalau aku cakap dulu aku kurus dan kacak macam Fahrin Ahmad mesti ramai tak caya, sebab tak ada bukti.
Masa tu, kamera digital baru je muncul dalam pasaran. Kamera yang aku beli tu pun jenama apa ntah. Cap ayam hutan agaknya.Walaupun cap ayam hutan, tapi harganya boleh tahan mahal, rasanya 3, 4 ratus jugak. Time tu ada kamera digital dah cukup bangga lah. Sebab mengikut trend teknologi terkini.he..
Aku dah bagi hard disk tu kat kawan aku yang pakar komputer, dia kata “hard disk ko memang dah tak bernyawa, tiada apa yang boleh dilakukan, bersabar je lah” kata-kata itu, benar-benar menyentap dada aku. Rasa bagai ditarik-tarik je bulu kaki ni..ah sakit..kecewa..
Disebabkan anda dah tak mencuci lagi gambar yang diambil, maka syarikat Kodak pun bankrap. Kodak dah sinonim menjadi sebutan dikalangan kita bagi filem gambar. Walaupun ada beberapa jenama lain, kodak juga yang menjadi sebutan.
Nak tahu macam mana kodak boleh bankrap baca kat sini. Mereka bankrap sebab tak nak mengikut arus perubahan. Akhirnya hanyut di bawa arus teknologi dunia.
Aku rasa banyak gak kesan buruk dalam menggunakan kamera digital ni. Gambar kita akan mudah disalah gunakan. Contohnya anda kehilangan handphone atau laptop, dalam tu pula ada gambar anda yang banyak. Munkin ianya boleh disalahgunakan. Apa lagi eh..Banyak lagi lah, anda boleh fikirkan sendiri kan.
Oh ye..sekarang ada trend baru, ambil gambar menggunakan filem lagi. Ianya salah satu cabang dalam fotografi iaitu lomografi. Tak tahu apa itu lomografi, boleh baca kat sini. Gambar yang dihasilkan tidak kurang hebat dan cantik
Ok lah, kalau anda ada simpan banyak gambar dan belum di cuci atau diprint lagi, baik lakukan segera. Kalau hilang, jangan menyesal. Aku memang menyesal sangat tak cuci semua gambar aku dulu tu.

{ 18 comments… read them below or add one }
tp msih byk lagi otai2 buat filem cam fujifilm masih leh bertahan sbb diorg pon kuarkan digital kamera..cuma kodak jer x mau nk berubah..
bila tak nak berubah kodak pun ditelan arus perubahan.
rugi betul, walhal syarikat itu penuh dengan sejarah hebat
Aku masih ada SLR kamera..filem sekarang dah mahal…sekarang hobi aku simpan imej digital dalam pendrive jer.harap2 tak terkena virus.
bahaya hobi tu man.
belum tentu virus, boleh jadi pendrive ko rosak ke, habis hilang semua gambar tu
yup memang sebab teknologi kodak bankrup..dan gambar yang kite tangkap kalau tak di print dlm bntuk hardcopy memang tak gune..kite akan buang lame2…thanks menyedarkan saye..
aku nak menyedarkan kawan-kawan supaya tak jadi macam aku.
menyesal dan menangis air mata darah sekalipun, gambar tu tak kan dapat
asal leh hilang dah sy tak eprcaya ada gak blogger kacak kat sini hee..serius klu hilang nak ckp apa dh tak leh asyik ingt je kenangan masa kacak2 dulu3 heee
tu lah. tak ada bukti yang saya ni iras-iras fahrin ahmad dulu-dulu. gambar semua dah tak ada, ramai yang tak percaya.heh..
seingat saya masa ada anak baru lahir smpi 2 tahu kerap cuci gambar utk merakan gambar dia dari gendong smpi merangkak dn berjalan..tpi sejak dia 3 tahun kmi cuma simpan pic dlm email atu hp..
ada kemungkinan nk cuci tk tah thu bila pula..kata org baik cuci dlm jumlh yg byk maka kita akn dpt harga yg berbaloi
masalah “bila” tu pun menjadi penyebab kepada makin lama, terus tak cuci.
sama lah apa yang terjadi dengan saya
Betul lama aku tak print gambar… Banyak pun yang dah hilang macam tu je…
memang kena print. kenagan kita masa dulu-dulu
lamanya dah meninggalkan zaman cuci gambar ni.. huhu…
cik puan ni banyak bergambar kesana-sini.
kalau hilang semua gambar tu boleh meroyan jadinya, baik gi cuci cepat.heh..
saya sendiri dah bertahun x cuci gambar
kena cuci, nanti hilang, menyesal tak guna
berapa harge ahh kalau kite nk suruh orng kedai cuci gmbr tu tlong edit kn..trus cuci skli??
maaf. tak tahu harga. itu kena datang kedai gambar terus tanya