Beli Cincin Merisik dan Pertunangan

Share Button

beli cincin
Pagi tadi aku n mak serta 2 orang makcik aku pergi ke kedai emas, kat sungai besar ni je, dengan misi untuk membeli cincin pertunangan aku. Actually aku n mak aku dah pergi kedai ni last week, and today sebetulnya nak amik cincin yang telah di booking minggu lepas. Minggu lepas bakal tunang aku, ila, bagi tahu cincin dia saiz 11. Bila aku try minggu lepas tu rasa macam kecik je, so untuk lebih konfem lagi aku dah bawak balik cincin ila untuk di try samada saiz tu sama tak dengan cincin yang dah di booking minggu lepas tu. So, sebetunya saiz cincin ila ialah 13 bukan 11, jauh sangat bezanya.

Aku pergi kedai emas biasa je, nak pergi kedai emas habib, poh kong ke, sireh pinang ke aku tak mampu la. Aku ni kerja kerani cabuk je, mana la da duit nak beli kat kedai2 macam tu. Kalau kedai2 macam tu mesti kurang2 harga cincinnya sama dengan gaji sebulan aku. Kalau sebulan punya gaji buat beli cincin je mana aku nak hidup sebulan tu, nak makan, nak byar keta, sewa umah lagi. So aku beli la ikut kemampuan aku je.

Aku beli sepasang, cincin merisik dan juga cincin tunang. Berapa harga cicin tu semua? sorry, aku tak kan cakap, bila cakap harganya boleh menimbulkan macam2 prasangka dan andaian yang bukan2. Ila pun aku tak bagi tahu, tunggu sok dah jadi wife aku baru aku bagi tahu. Aku cuma boleh bagi tahu below RM1k.

cincin tunang dan risik
gambar ini sengaja aku buat grayscale sbb tak nak tunjuk kat bakal tunang aku. Aku tak nak dia tahu camna rupa bentuk cincin tu. Kalau dah tahu nanti tak suprise lagi la kan


Mulanya aku belah bahagi nak membeli cincin ni, nak pergi beli dengan ila ke dan pergi beli dengan mak atau nak bawak dua-dua sekali pergi beli sama2.
Kalau aku pergi beli dengan ila, aku dah la tak tahu apa2 pasal cincin dan harganya, aku rasa ila pun sama, dia pun tak tahu sangat. So, itu boleh menimbulkan masalah, dan munkin boleh kena auta dengan kedai emas tu lak. Kalau pergi beli dengan mak, pilihan mak munkin tak sama dengan ila. Munkin mak pilih citarasa orang tua ke. Kalau pergi bawak dua-dua pergi beli, munkin boleh timbul masalah lain, nanti mak berkenan dengan yang ini, ila tak berkenan lak. Bercanggah pendapat pulak, bahaya tu, nanti tak jadi bakal menantu pulak. Keputusannya, aku pergi beli dengan mak je la, dibantu oleh makcik aku. Makcik aku boleh memberikan garis panduan citarasa orang muda mana yang cantik dan mana yang tak.

Selesai fasa 2 iaitu membeli cincin. Fasa 1 sebelum ini, bagi tahu mak nak bertunang. Fasa 3 seterusnya ialah untuk pergi ke Melaka jumpa abah mak ila menyatakan hasrat hati ini. Bukan la mak abah ila tak tahu, cuma nak nampak manis kan, kena la menghadap mak abah dia.

Belajar Asas Cetak T-Shirt Dengan Mudah !
Share Button

Comments

  1. says

    salam azwan..thanks visit my blog… dan tq for the komen… sila datang lagi yer..
    erm tahniah ats pertunangan semoga hubungan berkekalan.. dan yg penting cintailah diri sendiri.k

  2. says

    aku pun darah manis gak nh..bulan sebelas ni nak melangsungkan perkahwinan…cincin merisik tu aku beli yg belah rotan kat poh kong , cincin tunang tu sama gak … kawen ni tunang aku nak cincin jugak… tp yg ade batu.. hoho!!! mana la nak cekau duit ni…

    fazarudin’s last blog post..Last Performance by Michael Jackson

    • says

      tahniah bro. lebih ramai la syaitan yang menangis kerana makin kurang orang bujang yang dia nak hasut.hehe..
      ko pergi beli dengan mak ko dengan dia?
      ala..tak kan nak bagi cincin tunang yang tak ada batu, nanti tak nampak macam bertunang la. cincin yang aku beli untuk tunang aku pun ada batu gak.

  3. musqam says

    bila dgr citer ko ni..mcm lebih krg jer ngan citer aku..aku ngan gf aku dah set date untk bertunang raya ke 6(jumaat kot)..bakal mak mertua nyer idea,kate dia berkat ari jumaat..so,ahad ni aku ngan gf aku dah plan nak beli cincin tunang..diala yg pilih..satu lagi raya ke 7 dia akan ke jepun..ada attachment tuk dia samb.master..3 bulan jer…huhuhu

    • says

      macam mana bro. sudah dapat cincin ikatan ke belum?
      kena pergi jepun pulak eh. dugaan tu. semoga korang berjaya mengharungi tempoh tu dengan tabah dan sabar

  4. musqam says

    alhamdullilah..smlm gi pegi habib area ampang point.pastu beli kain nikah skali..settle keje skit..tnggu minggu dpan jer la

    • says

      perasaan lebih bertanggungjawab terhadap dirinya akan melanda ko and 1 more perasaan dah tak bebas lagi :) sbb dah jadi tunangan orang. dah tak leh nak ngorat2 awek2 cun lalu depan mata

  5. says

    next time kalau sapa2 nak beli cincin yang harga beribu2 kat kedai emas tp pada harga dasar kat kami (mmg teruja), bleh layari laman web kami di http://www.hafizjewel.com atau datang terus je ke kedai kami..diamond, pearl semua harga teruja

    HAFIZJEWEL : khidmat untuk membeli sebarang bentuk emas seperti emas 916, gold bar, gold coin. Selain emas kami turut membeli suasa, emas putih, platinum dan khidmat untuk menebus surat pajak

      • says

        xdelah..ada kaitan dengan artikel apa..

        “Aku pergi kedai emas biasa je, nak pergi kedai emas habib, poh kong ke, sireh pinang ke aku tak mampu la. Aku ni kerja kerani cabuk je, mana la da duit nak beli kat kedai2 macam tu. Kalau kedai2 macam tu mesti kurang2 harga cincinnya sama dengan gaji sebulan aku.”

        haaa kat sini, harga cincin kalau diamond beribu2 kat kedai, kalau hafizjewel leh bagi potongan dengan harga teruja dan kualiti sama dengan kedai apa salahnya kan? :) itu je nak share kat comment diatas..mekasih.. bye.. salam dari kami!
        .-= lochoe´s last blog ..Penaiktarafan hafizjewel shop2 =-.

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing