Aku Akan di Bedah

Share Button

surat pengecualian dari sebarang aktiviti berat
Duhai kawan2 ku sekalian, yang jauh mahu pun dekat.
Jumaat ini aku akan menjalani pembedahan lutut atas kecederaan yang telah aku alami pada bulan 1 tahun ini. Aku cedera masa main futsal. Kecederaan aku ni dipanggil sebagai Anterior Cruciate Ligament.


Apa benda tu Anterior Cruciate Ligament (ACL)?
Dalam bahasa mudahnya, macam aku terangkan kat mak aku, ianya kecederaan yang melibatkan urat penyambung lutut. Dalam bahasa susahnya, anda baca sendiri la. Kecederaan ini memang biasa di alami oleh atlit dan orang2 yang kuat besukan. Aku bukan la kuat bersukan sangat, tapi dah rezeki aku nak kena ni. Bila sebut pasal bersukan je, sudah pasti akan banyak melibatkan pergerakan kaki.

Aku kena masa main futsal bulan 1, sekarang dah bulan 7, ini bermaksud selama lebih kurang 6 bulan ini aku dah lama tidak bersenam dan bermain futsal, tu sebab berat aku dah naik. Aku memang dah tak boleh nak bersukan, sebab nak berlari pun dah tak boleh. Aku pernah cuba untuk berlari, aku terjatuh balik.

Aku kena daftar masuk di HKL 16/7/09 (khamis) dan akan di bedah pada 17/7/09 (jumaat). Bukan free tau. Jumlah yang kena bayar ialah sebanyak RM6510.00 .Mahal tak pembedahan lutut aku ni? memang mahal gile. Nasib baik la boleh claim balik. Kalau tak boleh claim memang tak jadi kahwin la aku tahun depan.

surat sebut harga pembedahan lutut

Untuk makluman anda semua, ahli sukan dunia pun ada yang mengalami kecederaan macam aku ni, bukan la nak kata aku setaraf mereka, tapi ini bermakna kecederaan aku ni boleh dialami oleh sesiapa sahaja yang bersukan. Atlit malaysia yang mengalaminya ialah Julia Wong, pemain badminton wanita negara. Boleh tengok kecederaan yang berlaku oleh Julia Wong di youtube ini.

Atlet antarabangsa pula ialah pemain baru untuk Man Utd iaitu Michael Owen.

Walaupun pernah cedera, dia dapat gak wakil england and sekarang main untuk MU pulak. Hope sok pas aku sembuh boleh la aku main bola balik sehebat dia.hehe..

►► Hebat ! Sistem Akaun Guna MS Excel ◄◄

Doakan semoga aku cepat sembuh.

Share Button

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing