Nasi lemak dah tak boleh makan di sekolah. Kementerian kesihatan akan mengeluarkan garis panduan kepada pengusaha kantin agar mengurangkan penyediaan nasi lemak di kantin sekolah.
Alasan dan sebabnya, obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah rendah berumur enam hingga 12 tahun telah meningkat daripada 9.7% (2001) kepada 13.7% (2007). Dalam kad laporan prestasi pelajar pun dicadangkan agar diletakkan kadar BMI pelajar tersebut. [ukur BMI anda]
Nasi lemak ke punca ramai budak obesiti?
Kalau budak tak makan nasi lemak, kat rumah mak bapak dia selalu belikan fast food pun, boleh jadi obesiti gak. So kenapa tak haramkan je fast food kepada kanak-kanak. Buat satu garis panduan, kanak-kank di bawah umur 12 tahun dilarang mengunjungi mana-mana kedai makanan segera.
Aku bukan lah penjual nasi lemak, mahupun pengusaha kantin. Tapi rasa macam tak patut lah dilarang anak-anak tu nak makan apa. Semalam dalam berita, ada temubual dengan mak kepada pelajar. Dia bangga menyatakan tak membenarkan anak-anaknya makan makanan di kantin. Dia siap mensyorkan agar ibu bapa hantar atau sediakan bekal makan untuk anak-anak mereka. Katanya lagi, kalau makan nasi lemak budak jadi malas dan lembab.
Akak masa sekolah 30 tahun dulu, time rehat makan apa? sandwich dan susu segar ke?
Akak munkin lah suri rumah sepenuh masa, ataupun kerja berdekatan dengan sekolah anak. Tapi orang lain munkin sibuk dan tak ada masa nak hantar bekal kepada anak waktu rehat. Tak yah la bangga sangat.
Dulu masa aku sekolah, memang ada nasi lemak dan mee goreng itu semua kat kantin. Kenapa dulu tak ada pun orang sibuk sebut pasal obesiti ke? Budak-budak yang makan nasi lemak masa rehat hidup pun sampai sekarang. Ada yang bekerjaya bagus lagi. Tak ada masalah lembap pun.
Kawan-kawan sekalian, dulu korang rehat makan apa?

{ 23 comments… read them below or add one }
Nasi lemak bukan aa soalnya, cara hidup yang sihat kata kunci sebenarnya, dulu mmg tetiap ari makan nasi lemak, tapi semua cergas jer, sebab apa? sebab aktif bersukan dan sebagainya.
Skangni, anak-anak nak gi sertai aktiviti sekolah pun ada ibu bapa yang tak bagi, atas pelbagai alasan, suruh anak-anak duduk kat rumah jer, main komputer dan sebagainya, anak-anak nak kuar main basikal pun tak bagi. So macam mana tak obesiti?
Kasihan pengusaha nasi lemak, tak pepasal jadi mangsa.
betul lah cakap eizil ni. dulu bila kita makan nasi lemak kat sekolah, petang-petang mesti kuar main punya. tak kisah lah main apa. baling tin ke, kejar-kejar ke, naik basikal ke. tapi berpeluh
budak-budak sekarang di manjakan sangat, memang ada mak ayah yang tak bagi anak mereka aktif bersukan sangat. kesannya. melahirkan anak-anak yang banyak lemak dan ‘naik lemak’
mungkin kalau boleh nasi lemah tuh jual dalam seminggu tuh 2,3 kali jer ker??? budak2 sekarang nie dah malas nak bersukan …. sekarang nie godaan games online, macam2 lah… buat mereka malas.. tak macam dulu.. petang2 main bola sepak. main ting-ting.. main guli… semua tuh keluar peluh tuh beb…
betul tu zik. budak zaman sekarang dah malas sangat, sampai ‘naik lemak’.
Itulah b3njy tak paham tu Azwan, … napalah nasi lemak dijadikan sajian kawalan di sekolah … rasanya kajian kementerian kesihatan itu ada kelemahannya juga … mereka tak boleh pandang sebelah pihak jeee … cubalah berfikiran profesional sikit … barulah rakyat tabik springgg …
habis nasi lemak yang jual kat luar tu … kanak2 sekolah makan juga … hari ahad mak bapa beli nasi lemak kar gerai tepi jalan bawa balik rumah anak makan jugaa … pada b3njy ini merupakan kajian yang lawak …
alangkah baiknya kalau mereka serius ngan obisity pelajar, adakanlah program untuk pelajar obisiti … kan baik cam tu …
p/s: harap2 isu ini dapat diselesaikan dengan baik demi kebaikan pelajar dan peniaga kantin sekolah.
ingatkan ada raja lawak je, kajian lawak pun ada kan.hahah…
ini semua nak menampakkan KKM ada buat kerja. kalau nak buat kerja pun, macam ko cakap tu, buat 1 program obesiti untuk pelajar yang obes tu. kan lebih baik. bukan jangan makan nasi lemak
aku dulu bukan setakat nasi lemak, nasi berlauk pun aku makan waktu pagi, tapi takder lah sampai obes, em sebenarnya bukan di skeolah je, ibu bapa tu kadang2 bawak anak gi makan fast food dan bagai
mijie siap makan nasi berlauk lagi sarapan pagi. sihat dan kuat pun. jadi bomba pun. tak ada pun kesan sangat. betul tak mijie
saya amat menyukainy..tapi tak sllu mkn semgu sekli oklah heeee..
klu hari2 mkn mmg fat huu…
rasanya hari-hari pun tak ada kesan sangat suri. sebabnya nasi lemak sekarang pun dah kurang lemak. rasa macam nasi putih je. langsung tak ada rasa lemak santan tu. betul tak? dah susah nak jumpa nasi lemak yang enak dan lemak sungguh sekarang ni.
nak berlemak kena buat sndri2 bro saya masak satu port , pakai 1 bungkus santan tu dah kira menyegat heee..
org jual nasi lemak byk yang tak jual serupa nasi lemak ori..rasanya tawar kurang lemaknya hee..nak save budger der katakan heee
kekaang diet anak tu ibu bapa tak dpt pantau tu yg anak makn apa jer ibu abpa tak tahu..
ibu bpa ingt anak cukup mkan ok asal tak berpenyakit huu..tapi wajarkah nasi lemak terus d band sampi kena ada pemantau makan di sek? sampi ada pula kena bljar subjek pemakanan bukan ke dlm subjek pendidikan jasmani dah ada tajuk k ttg itu huuuu
subjek pemakanan dalam PJ eh. rasanya itu elok gak. supaya budak-budak sekolah aware dengan apa yang dia makan. tapi rasanya tak perlu lah di masukkan subjek PJ. sebabnya, cuma time tu je lah budak-budak ni dapat bersukan dan main-main keluar peluh. lepas sekolah mesti dah tak ada masa nak bermain
hee..mksud saya hal pemakanan tu dema blh masukan dln modul teks PJ..
jom mkn nsi lemak
pekna tea o pans best gak @_@
time PJ kita belajar makan makanan sihat. suh budak-budak tu belajar mengenal ulam-ulaman.he..ok tak?
betul ke nasi lemak faktor obesiti?cik tom rasa budak2 sekarang suka makan fastfood..tue sebabnya obesiti…
betul tu.
kalau benar-benar nak kawal obesiti budak-budak tu. tetapkan sekali syarat mengunjungi kedai makan fastfood. baru adil
makan apa lagi, nasi lemak la. hehe..
betul tu. dulu kat sekolah mana ada pilihan lain. nasi lemak lah paling best
keh3, sejam aku blogwalking memang daa ramai blogger yang tulis pasal nasik lemak nie.. haha, byk yang tak puas hati.. yelaa nasik lemak kot.. kalo diorang haramkan gak keropok lekor tue aku gerenti smua orang berenti skolah.. haha
haram keropok lekor, berenti sekolah? dasyat gile tu.hehe…bila kali terakhir ko makan keropok lekor?
Masa kak anie sekolah rendah dulu hari2 makan nasi lemak….
Sebab mak kak anie menjual nasi lemak… Xde masalah obesiti pun, apa2 pun kita kena didik anak2 berdisiplin & rajin aktiv sukan.. Baru lah anak2 kita hidup sihat.. macam akak hehehe…
betul tu kak.
nasi lemak bukan punca utama. didikan dari rumah tu pun penting gak supaya anak tak jadi obes