Mesir Yang Sebenarnya.

Share Button

Disebalik kekalutan di Mesir itu, kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada di Malaysia. Keamanan yang dikecapi kini seharusnya kita kekalkan sampai bila-bila. Jangan lah ada yang cuba mencetuskan kekacauan dalam negara kita yang aman damai ini.

Syukur kerana setiap hari kita masih dapat tidur lena dan tidak hidup dalam ketakutan. Kita boleh lagi mencari rezki untuk keluarga dan melakukan apa jua pekerjaan untuk meneruskan hidup.

Walaupun kita munkin hidup serba kekurangan, tapi kita tidak lah seteruk mereka yang berada di sana. Kenapa aku cakap macam itu?
egypt,mesir,cairo,kaherah
Aku tak pernah sampai mesir lagi, tapi aku baru je baca cerita tentang suasana di negara itu dari blog mazidul. Terkejut rasanya, baru aku tahu Mesir itu munkin ketinggalan 20 tahun dari Malaysia. Seperti yang diceritakan Mazidul, gaji bulanan bagi seorang pegawai polis hanyalah RM120. Oleh kerana gaji yang rendah, maka pegawai polis di sana senang untuk diberikan rasuah.

Memang benar lah iklan dari SPRM, rasuah musuh nombor satu negara. Bila rasuah berleluasa, kerajaan akan jadi rapuh dan goyang. Segala peraturan akan dilanggar. Kaya akan terus kaya, miskin akan terus ditindas. Di Malaysia pun kita dah nampak fenomena itu sekarang, hanya golongan tertentu sahaja yang terus kaya dan hidup senang, manakala yang miskin terus kekal dengan kehidupan mereka itu.

Untuk baca lebih cerita tentang Mesir boleh tengok di mazidulakmal.com

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ?

Selepas membaca cerita dari Mazidul itu, tidak hairanlah kenapa rakyat Mesir bangkit dan ingin menjatuhkan kerajaan pimpinan Presiden Hosni Mubarak. Mereka telah lama hidup dalam kedaifan dan ingin satu perubahan dilakukan oleh pihak kerajaan.

Bolehkah perkara itu berlaku di Malaysia?
Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Kerajaan Malaysia perlu ambil kira kehidupan golongan bawahan. Ambil kira dan bertanya khabar bukan sahaja semasa nak dekat pilihan raya. Rakyat juga bukan mahukan ada golongan pemimpin yang datang menjenguk mereka setiap hari, tapi mahukan kehidupan yang sempurna dan baik terutamnya dari segi ekonomi.

Kita tidak mahu perkara seperti di Mesir berlaku di Malaysia.

Share Button

Belajar Asas Cetak T-Shirt Dengan Mudah !
Lazada Malaysia

Comments

  1. says

    lama2 tak boleh tahan juga.. kalau dah menindas nie… di malaysia , pemimpin dan rakyat harus ambil iktibar.. apa yang terjadi hari ini..

    • says

      pemerintah malaysia perlu ambil iktibar. hanya golongan tertentu je yang dapat rasa kekayaan negara ini. rakyat yang miskin kadang-kadang je dia orang ingat.

    • says

      ramaikah yang berpuashati hidup masing-masing?
      memang tak ramai yang puas hati, sampai bila pun tak puas jugak. yang penting hidup selesa. keselesaan itu lah yang diperlukan oleh semua orang, termasuk di malaysia

  2. says

    selama ni kita mengagumi mesir dengan senibina dan seperti yang kita tau mesir ni adalah tamadun yang dah lama bertapak di muka bumi ni… tapi di sebalik ‘kemegahan’ tu tercatat satu luka yang makin lama makin parah hingga tercetusnya rusuhan baru-baru ni. Pemerintahan Mubarak selama 30 tahun patut dihentikan kerana kurang kemajuan tercapai.. gaji polis pun skit..ermmm bersyukurlah kita hidup di Malaysia yang masih aman dan diperintah oleh kerajaan yang bijak, mungkin…

    • says

      apa yang munkin tu..?
      jangan asyik minta rakyat bersyukur je, ulang kali minta rakyat bersyukur dengan apa yang ada.
      tapi tak berusaha untuk menambahbaik kehidupan rakyat. macam mana?? syukur je lah… :)

  3. says

    apapun memang bersyukur kat negara sendiri… soal politik atau pro sana sini aku tak ambil port sangat… kehidupan biasa mesti diteruskan.. didik anak2 dan sentiasa doakan agar mereka memberi yang terbaik untuk tanah tumpah sendiri… tanggung jawab memelihara tanah tumpah sendiri mesti di pikul bersama… tak perlu rasanya tuduh menuduh kerana ianya dapat mengucar ngacirkan, berpegang teguh pada agama. sekadar pendapat.. tidak lebih dari itu…

    • says

      memang seeloknya kita berpegang pada agama.
      mesir tu kira kita boleh cakap antara tempat awal di dunia dapat sinar islam. tapi itu lah, munkin islam sekadar nama je atau munkin islam hanya untuk bersolat. lain-lain dia tak ikut cara islam. kat malaysia pun macam itu, aku khuatir suatu hari nanti malaysia jadi macam mesir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing