Cuma Denda RM 25 Sahaja

Share Button

Pak Menteri berkata, hukuman ringan ke atas pesalah kes-kes moral tidak harus dilihat dari aspek hukuman itu saja, tetapi keperluan memberi kaunseling pada pesalah. Semua Jabatan Agama Islam Negeri wajar mengambil pendekatan dengan memberi kaunseling kepada mereka yang terlibat dengan kegiatan yang merosakkan moral dan maruah diri supaya dapat dijadikan pengajaran.

Kalau nak beri kaunseling lebih baik tidak perlu dibawa ke mahkamah kes ini. Panggil kaunsleor terus masa operasi dibuat. Tidak perlu membuang masa anggota penguatkuasa membuat kertas laporan dan membawa mereka ke mahkamah.

Denda RM25 terlalu rendah, adakah ianya mampu untuk memberi pengajaran kepada pesalah. Ada kemungkinan juga denda yang rendah itu pula akan diperlekehkan oleh orang lain.

denda,kesalahan

Mereka didenda mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM25 atau penjara maksimum 14 hari. Kuasa mahkamah sivil terlalu terhad. Ianya tidak akan melibatkan kesalahan syariah. Aku tak pasti kenapa kes menari di tiang itu tidak dibicarakan di mahkamah syariah.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ?

Dah la mendedahkan aurat, menari lucah serta memalukan agama dan bangsa. Tapi cuma didenda RM25. Kes Imam Hoslan, dia dijatuhkan hukuman penjara setahun kerana atas kesalahan melemparkan kasut ke muka hakim, kerana kesnya ditolak.

Kes Imam Hoslan yang ditolak itu ialah berkaitan penyalahgunaan wang tabung masjidnya di kampung panda pada awal tahun 90-an. Tapi pada tahun 2012 kesnya telah ditolak, marah dengan keputusan hakim itu, secara spontan dia melemparkan kasut kepada hakim.

Lazada Malaysia

Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari mendapati dia bersalah menghina mahkamah.

Hakim Zulkefli berkata, hukuman berkenaan adalah setimpal dengan tindakan Hoslan Hussin, 46, yang menjatuhkan maruah institusi kehakiman. Beliau berkata, kesalahan yang dilakukan Hoslan adalah serius, tidak boleh dibiarkan serta perlu dibendung.
[petikan Sinar Harian - 8 Mac 2012]

Belajar Asas Cetak T-Shirt Dengan Mudah !

Apa sudah jadi dengan institusi kehakiman negara? Apa sudah jadi kepada orang islam yang sepatutnya mempertahankan agama islam?

Aku bukan orang yang pakar mengenai undang-undang. Tapi kenapa hukuman yang boleh dijatuhkan mengikut hukuman syariah tidak dilakasanakan.

Paling lucu ialah jawapan dari pak menteri berkaitan. Tolonglah berikan jawapan yang menampakkan ‘kepandaian’ anda sebagai seorang pemimpin dan orang yang ada ilmu agama.

Share Button

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing