Wanita Tertarik Dengan Lelaki Memakai Warna Merah

Share Button


Satu kajian dari University of Rochester, diketuai oleh Prof. Andrew Elliot, mendapati wanita lebih tertarik dengan lelaki yang memakai warna merah. Bukan merah jambu tau.

Kajian tersebut melibatkan 288 orang wanita dan 25 orang lelaki. Ianya dilakukan dengan memberikan mereka satu set borang soal selidik dan gambar lelaki yang memakai baju pelbagai warna. Soalan-soalan tersebut berkaitan dengan penampilan, tarikan seksual, status dan pelbagai perkara lagi. Wanita yang terlibat dalam kajian tidak menyedari kajian itu adalah berkaitan dengan warna, kajian tersebut menunjukkan wanita tertarik pada penampilan, status dan tarikan seksual apabila mereka melihat lelaki memakai pakaian berwarna merah.

Kajian itu juga mendapati hanya wanita yang terkesan akibat warna dan tidak bagi lelaki.

Warna merah membuatkan lelaki nampak lebih menarik, nampak lebih berkuasa dan sedikit daya tarikan seksual, tetapi itu semua tidak membuatkan mereka nampak lebih mudah didekati atau nampak baik.

Kajian tersebut telah diterbitkan di dalam Journal of Experimental Psychology: General.

Merah juga sinonim dengan sesuatu yang hebat dan berkuasa. Antara yang aku boleh senaraikan ialah Manchester United, Ferrari, Sepanyol, Arsenal, Liverpool, Air Asia, CIMB Bank, Shell, Cili, Darah, orang marah, Kelantan dan tidak dilupakan Selangor (Red Giant)

►► Hebat ! Sistem Akaun Guna MS Excel ◄◄

Tanpa anda sedari atau tidak, bila ada kombinasi 3 atau 2 warna, kebiasaanya kita akan menyebut warna merah dahulu. Nak aku bagi contoh. Cuba sebutkan warna bendera Malaysia? Cuba sebutkan warna bendera selangor.

Selepas ini kita pakat ramai-ramai untuk membeli baju yang berwarna merah ok. Dalam koleksi pakaian aku, rasanya aku ada 5 helai baju berwarna merah.

Adakah ketika aku memakainya aku nampak lebih menarik?? :-)

Sumber : dailychilli

► Rahsia Bisnes Usahawan Tudung Berjaya ◄

Share Button

, , , , , , , , ,

12 Responses to Wanita Tertarik Dengan Lelaki Memakai Warna Merah

  1. zik August 10, 2010 at 11:15 am #

    bendera malaysia pun merah gak..yeah…

    • azwan August 10, 2010 at 11:16 pm #

      banyak bendera negara dalam dunia ini ada warna merah

  2. hanif August 10, 2010 at 8:21 pm #

    Wah…bagus ni,,,tahun ni nak buat baju raya warna merah…selamat berpusa bro

    • azwan August 10, 2010 at 11:19 pm #

      wajib merah, agar dapat menarik perhatian ramai gadis-gadis :)
      selamat berpuasa

  3. Syafrizal August 11, 2010 at 12:49 am #

    macam2 kajian ye…
    aku dah la jarang ada tshirt merah hehe
    baju melayu merah ada la hehe
    awek kat masjid terpikat kot

    • azwan August 11, 2010 at 8:25 am #

      rugi bro, mulai sekarang kena ada sekurang2nya satu. baru lah boleh menarik perhatian ramai wanita.
      baju melayu merah pun ok gak, nanti awek-awek kat masjid yang cantik manis macam cikgu siti (epilog syurga cinta) pasti akan tertarik

  4. ishak August 20, 2010 at 4:49 pm #

    kalau warna pink ? huhuhuhu

    • azwan August 20, 2010 at 4:55 pm #

      kalau lelaki pakai warna pink bagi aku nampak tak macho lah…ko suka warna pink ke?

  5. Miss Faten January 9, 2011 at 1:35 am #

    Betul kot.. Bila bf sy pakai baju merah.. Rasa dia mcm hensem semacam pulak.. :p Tergoda you~ Kalau lah dpt ku peluk2.. Hahahaha~ Malangnyeh tak dpt.. Bru nak pgg tgn pun ditepis2.. Huhu~ :(

    • azwan January 10, 2011 at 4:38 pm #

      bf you yang tepis tangan eh? baiknya dia. alhamdulillah :)

      • Miss Faten January 12, 2011 at 12:00 pm #

        Ha’ah.. Kalau terpegang ke.. Saje mengada nak manja2 gitu.. Dia akan lepaskan tgn dia perlahan2.. Terasa hati jugak.. Tp apa yg dia buat tue betul sbbrnye.. Huhu~

        • azwan January 12, 2011 at 5:10 pm #

          ish..jangan terasa hati. elok lah tu apa yang dibuat. cuba dengar lagu Kalau Berpacaran :)

Leave a Reply

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing