Tips Melupakan Pengalaman Pahit

Share Button

Pujangga ada berkata

“Jangan di sesali dengan pengalaman pahit di dalam kehidupan kerana ia adalah satu ilmu, wadah dan panduan di dalam perjalanan untuk mendapat keredhaan dari-Nya”

Alangkah mudahnya jika ingatan kita ni ada Memory Card, kecil sikit SD Card ke. Boleh lah kita padam semua memori yang pahit. Tak perlu untuk dikenang semula. Mudah kan kalau macam tu. Mesti hidup bahagia je rasanya.

Tapi tak munkin itu terjadi. So apa caranya untuk melupakan segala kenangan pahit?

Ada pengalaman pahit yang akan terus memberi kesan dalam hidup kita. Ada pengalaman pahit yang akan berlalu pergi tanpa kita sedari dan terlupa. Jika kenagan pahit yang mudah dilupakan dan akan luput di makan waktu, munkin tak menjadi masalah. Tapi kenangan pahit yang akan terus memberikan kesan sepanjang hayat ni macam mana? Bukan senang nak lupakan.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ?

sihat,ceria,gembira

Hidup ini tidak akan lari dari kita terpaksa membuat pilihan. Sentiasa ada persimpangan yang memaksa untuk kita memilih jalan dan membuat pilihan. Adakalanya jalan yang kita pilih menjadikan ianya sebuah pengalaman pahit dalam diri kita.

Berikut adalah beberapa tips atau cara yang munkin boleh digunakan jika anda teringat kembali segala pengalaman pahit yang telah anda cuba lupakan. Keberkesanan tips ini bergantung kepada diri anda sendiri.

1. Kuatkan diri untuk berdiri/berjalan meninggalkan tempat yang sedang anda duduk/berdiri. Cara ini dapat mengalihkan pandangan anda dari tempat/perkara yang munkin membangkitkan memori lama.

Belajar Asas Cetak T-Shirt Dengan Mudah !

2. Cuba cari kawan untuk berbual. Bila masa anda keseorangan, dan tiba-tiba teringat pasal pengalaman pahit yang lalu. Terus cari kawan untuk berbual.

3. Jika pengalaman pahit itu memberi kesusahan dalam hidup kita. Cuba lihat mereka yang lebih susah dari kita. Melihat kesusahan dan kepayahan orang lain akan membuatkan kita merasa bersyukur dengan apa yang telah kita ada.

4. Untuk mereka yang beragama islam, banyakkan beristigfar dan membaca al-fatihah
Seperti kata pujangga tadi, jadikan ianya satu pengajaran dan panduan untuk meneruskan langkah.

5. Sentiasa dekatkan diri kepada-Nya. Tapi bukan lah bermaksud bila dah ditimpa musibah baru nak dekatkan diri. Cuma lebih banyakkan amal ibadat, insyallah ianya akan memberikan kita ketenangan jiwa rohani dan jasmani untuk menghadapinya.

Semoga tips yang diberikan dapat membantu anda untuk melupakan pengalaman pahit yang telah berlaku. Seperti kata pujangga di atas, jadikan ianya sebagai panduan dan pengajaran untuk terus melangkah. Mereka yang berjaya kebanyakkan bangkit dari pengalaman pahit yang lepas.

Jika anda ada cara lain. Apa kata kongsikan bersama di sini.

Share Button

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing