Petua : Hilangkan Panas Bayi

Share Button

Salam untuk semua.

Minggu lepas anak aku demam. Anak aku baru 5 bulan. Bacaan suhunya masa tu 38c. Tak nak amik apa-apa risiko, aku terus bawak dia pergi hospital pukul 12malam. Sampai di hospital bacaan suhu badannya naik ke 40c. Kesian aku tengok dia. Diam je, aku cakap apa pun dia tak layan.

Syukur alhamdulillah anak aku tak kena tahan di wad. Doktor cuma bagi ubat. Banyak gak ubat yang aku dapat. Kesian rasanya bila anak kecik ni nak disuapkan dengan pelbagai jenis ubat.

Bukan senang nak bagi makan ubat pada anak kecik. Masa awal-awal bagi ubat, dia muntah. Habis semua keluar, ubat, susu, kahak. Kesian tengok dia nangis-nangis.

baby demam 1

Anak Demam

Alhamdulillah sekarang panas badannya dah reda. Ada petua yang aku perolehi dan gunakan untuk mengurangkan suhu badannya.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ?

Petua menghilangkan panas badan bayi dengan menggunakan putih telur.

Caranya, cari secebis kain yang kurang menyerap air. Rendamkan dalam putih telur. Lepas itu tampalkan pada tapak kaki bayi. Sarungkan stokin supaya kain berkenaan tidak akan bergerak-gerak. Biarkan sampai putih telur itu kering. Lebihan putih telur itu tadi jangan dibuang. Jika masih tak reda lagi panas badannya, boleh ulang lagi cara tadi.

Alhamdulillah cara berkenaan berkesan pada anak aku. Panas badannya pun dah surut.

Share Button

Belajar Asas Cetak T-Shirt Dengan Mudah !
Lazada Malaysia

Comments

  1. says

    bro pakaikan dia bju singlet heeee klu pakai dg kain kapas bagus juga hee…

    p/s:klu anak panas, tak siht mmg ibu bapa ar yg tak duduk senag..lagi best kita ar yg tak cukup tdo kt pjbt. nnti pagi2 dah tersengguk-sengguk meja opis heeee

  2. says

    kalau nak tahu doa demam panas, bolehlah baca entri terbaru di blog saya. hehehe. kebetulan mmg tengah demam, terus gagah cari doa

  3. says

    Alhamdulillah.

    Ambe ada jugak try tekni putih telur ni, letak kat tisu..alhamdulillah..mmg berkesan redakan panas anak..

    nak2 time demam campak

  4. mummyahmad says

    Petua nie mak saya gune time kami adikberadik demam mase kecik2 dulu. Now nk apply pulak kat anak2… Hopefully berkesan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing