Kolam Ikan Koi/Kap

Share Button

ikan koi,kolam,panduan dan teknik

Apabila kita memperkatakan mengenai Zen, pastinya terlintas ikan koi atau kap yang menghiasi kolam kecil di laman. Kolam ikan koi atau ‘Koi Pond’ sebenarnya tidaklah sukar untuk diselenggara jika anda tahu cara menjaganya dan pembinaannya mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau anda mendapatkan nasihat pakar.

Seorang pakar ‘koi Pond” Loong Chek Jen dari SerenityScape berkata, Koi Pond yang mudah diselenggara adalah yang berkualiti tinggi yang mana 30 peratus daripada keseluruhan kolam dilengkapi penapis atau ‘filter’ untuk menapis air serta memastikan kolam bersih selain ikan koi sihat.

Pelbagai bahan yang digunakan untuk penapis kolam iaitu besi tahan karat, ‘Japanese Mat’, kulit tiram, bio-ring dan ‘crush coral’. Aksesori kolam pula seperti fiber, plastik, batu pasir, batu tiruan, granit dan batu marmar. Ramai yang memilih fiber dan batu pasir kerana harganya lebih murah, terkini dan mudah diselenggarakan. Jumlah ikan haruslah disesuaikan dengan keluasan kolam.

Bagi menaikkan seri kolam, biasanya pokok renek dan rumpai air akan ditanam berhampiran kolam manakala mereka yang suka konsep Zen tentunya memilih pepohon bonsai, kemboja dan busida. Keladi bunting, teratai dan melati masih menjadi pilihan ramai untuk menghiasi dalam kolam, namun ‘koi Pond’ tanpa tumbuhan dalam air sudah mencukupi kerana ikan koi berwarna warni dan menarik.

Kedalaman air yang sesuai untuk ikan koi adalah satu liter air untuk satu tan ikan per satu meter persegi kolam. Bagi menjamin keselesaan dan kolam koi anda nampak eksklusif, lebih baik hadkan jumlah ikan mengikut saiz dan kedalaman air.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ?

Kebiasaannya kedalaman terbaik untuk memelihara ikan koi ialah sekurang-kurangnya 36 sentimeter (sm) atau lebih. Kolam yang terdedah dengan cahaya matahari terik, perlu dipastikan kedalamannya lebih daripada 36 sm.

Panduan membela ikan talapia.

Elakkan meletakkannya bersama ikan lain terutama ikan kecil seperti gapi dan ikan emas kerana ia menghilangkan seri kolam dan kemungkinan ikan lebih kecil menjadi makanan ikan koi.

Bersihkan segera air pada bahagian bawah kolam yang sudah kotor dan busuk kerana ia boleh dikesan apabila ikan peliharaan anda sering kelihatan muncul di permukaan air.

Belajar Asas Cetak T-Shirt Dengan Mudah !

bila membersihkan kolam, anda disarankan supaya tidak membuang semua air ketika membersihkan kolam dan tinggalkan sekurang-kurangnya 40 peratus. Pagi adalah waktu terbaik untuk anda membersihkan kolam kerana kandungan klorin ketika itu kurang berbanding sebelah malam

Tip: Kolam ikan koi

  • Gunakan penapis air yang mudah dicuci dan elakkan daripada menggunakan bahan mudah mendap najis atau makanan ikan.
  • Penapis air juga perlu dicuci seminggu sekali untuk memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan bersih.
  • Untuk kolam baru, anda perlu bersihkan dulu dengan air sebelum anda memasukkan ikan atau tumbuhan air. Ini penting untuk memastikan kotoran dan basuhan terakhir binaan kolam tidak tertinggal dalam kolam
  • Gunakan bahan pencuci dengan kadar pekatan sederhana jika anda mahu mencuci kolam. Kaedah berkenaan dapat membantu mengurangkan kesan bahan pencuci yang dikhuatiri membunuh hidupan air.
  • Tidak perlu risau dengan keadaan lumut yang kian menghijau kerana ia tumbuh secara semula jadi seiring kematangan tumbuhan air lain. Ia juga menjadikan landskap nampak lebih ‘hidup’.

Full Artikel

Share Button

Comments

    • says

      hai desmenkarman.
      saya pun tak tahu macam mana nak mengatasi masalah itu. artikel tu saya ambil dari berita harian dan sekadar ingin dikongsikan bersama.

    • hamzah says

      air berbuih mungkin akibat daripada bahan pepejal yang terlarut di dalam air seperti makanan ikan dan lumut yang tumbuh di permukaan air kolam. untuk mengatasinya pastikan kolam anda dipasang dengan sistem penapisan yang lengkap yang dapat menyingkirkan bahan tersebut. walaupun saya belum mempunyai kolam ikan hiasan tetapi secara teori logiknya begitulah. TQ

    • adiin says

      salam, sje nk kongsi.
      kalu duk area kuantan, ada satu kedai yg saya tau ikan dia murah dr tempat lain. tp nk bgtau ikan koi tuu jnis koi malaysia(bukan original dr jepun). blehla klu stkat nk bela tuu. kalu nk yg ori koi jepun mmg mahal. sekor ank pun mgkin puluh @ ratus ringgit.

      kedainya nama HUB FATT bertentangan dgn SWISS GARDEN RESORT jln ke Cherating. harga sekor RM2 je. tp kalu pakej, RM10 utk 9 ekor. saiz ikan lbh/krg(4-5 inci pnjg). ikan bleh pilih sndiri nk kaler ape.(tertakluk kpd stok).sy dh beli akhir thun lpas n awal thun nie. tempat lain xtau la.

      ikan ada beza skit laa, tuu pun kalu org prasan. tp bg sy, ok sgt2 dh…ckup mkn, cpat bsar.

      • says

        terima kasih atas maklumat yang berguna.
        untuk orang kuantan yang minat nak mencuba membela ikan koi, boleh la try pergi tengok kat kedai hub fatt tu.

        kalau tak keberatan, boleh bagi tau tak apa beza koi malaysia dgn jepun?

        • adiin says

          assalamualaikum

          hmmm, stakat yg saya tahula, mmg ada bezanya. 1st, harga koi malaysia murah bbanding koi jepun mahal. 2nd, koi malayisa badannya hampir bulat sdikit bila dh besar bbnding koi jepun lebih panjang. 3rd, sisik & warna koi malaysia pudar sdikit bbanding koi jepun lebih cerah & bkilat.

          kt bandar kuantan ni ada jgk pusat koi jepun, tp sy x pernah g. ada member2 bgtau mmg mahal la. so, dh tau mahal, sy pun x jd g laaa.

          ikan koi yg sy bela tuu dh besa dhla n nmpak ok jer, ceria brenang dlm kolam yg x sberapa tuu. hehe, bila org tgok, semuanya bilang cantek bangat. xde plak yg tnya koi jepun ker malaysia nie. bg yg x kenal & x tau beza, mmg akan kata sama jer. tmasuk sy sendiri.

          • says

            wslam.
            terima kasih kerana berkongsi maklumat. kalau ko tunjuk kat aku pun, aku tak tau beza buatan malaysia ke jepun ikan tu.heh..

  1. adiin says

    macam mnarik jer bunyi nye. upload la gmbar pnapis Coway tuu & harga dia skali. manala tau kot2 ada yg bminat ker. kalu x pun, skadar perkongsian idea yg bagus…TQ

  2. azam says

    lagi satu per bezaan antara koi jepun dan malaysia adalah ekor…ekor ikan koi jepun lebih pendek berbanding koi malaysia.
    cara murah dan termudah untuk setup kolam ikan koi adalah dengan membeli bekas takung air jenis yang ader kt atas bumbung rumah korang tu,pastu korek ler lubang taruk bekas tu supaya air sentiasa sejuk jika diletak dalam tanah berbanding dengan atas lantai atau atas tanah,taruk jer batu perhiasan kat dalam tu..jgn lupa penapis taik ikan kalu x kerap ler korang nk kena tukar air ikan.
    anak ikan kap boleh didapati di area selangor org nie bernama pakdin seekor 15sen jer…nah no phone dia 012 – 4527245.
    ok sekian sahaja dari azam..!!

  3. lan says

    A’kum azwan, sy.ada bina sebuah kolam 7′ x 7′ x 3′
    pada 13/7/11 lalu dan sy. berminat untuk pelihara ikan koi,soalan sy.
    1. Berapa ekor koi yang sesuai dengan 7′ x 7′ x 3′
    2. Bagai mana segi persediaan kolamnya
    3. Dimana sy boleh dapat baka koi ini (Saya di semenyih selangor)
    4. Berapa harga seekor koi
    Terima kasih

    • says

      salam lan.
      maaf lan saya tak dapat nak tolong lah. saya dapat info tu semua dari pembacaan. munkin ada kawan-kawan readers blog ni yang boleh tolong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing