Kasut Crocs

Share Button


Dimana-mana sahaja sekarang ini aku nampak ramai peniaga yang menjual kasut Crocs. Sama ada ianya asli atau tiruan, sukar untuk dikenalpasti kerana ada peniaga yang bermati-matian mengatakan kasut crocs yang dijual itu original. Bagi aku, kalau anda ingin mendapatkan kasut crocs yang original, lebih baik beli di butik crocs. Itu lebih selamat dan membuatkan anda puas hati dengan wang yang dikeluarkan.

Kalau benar kasut crocs yang dijual di pasar malam atau kedai-kedai bergerak ini original, peniaga itu tidak takut kena rompak ke? kerana harga sepasang crocs asli paling rendah pun lebih kurang RM200. Terdapat juga rekaan atau kasut yang dijual itu tidak ada dalam senarai produk atau tidak pernah dikeluarkan oleh Crocs, Inc. Untuk membuat semakan produk anda boleh melawat laman web crocs.com

Artikel kali ini aku ingin berkongsi sedikit maklumat tentang kasut crocs.

Crocs, Inc diasaskan oleh usahawan bernama George B. Boedecker, Jr. untuk mengeluar dan mengedarkan kasut jenis clog plastik (Clog ialah sejenis kasut yang diperbuat daripada kayu). Plastik itu dihasilkan oleh sebuah syarikat dari Kanada iaitu Foam Creations. Pada awalnya kasut tersebut dihasilkan sebagai kasut spa dan produk pertama yang dikeluarkan Crocs ialah Crocs Beach pada tahun 2002, jenis yang paling banyak sangat kita nampak sekarang.

Crocs, Inc telah membeli Foam Creations dan seluruh operasi pengeluarannya demi menjamin hak ekslusif keatas bahan yang digunakan untuk membuat plastik tersebut iaitu foam resin. Crocs telah mendaftarkan paten kasutnya pada Februari 2006. Selepas ianya didaftarkan Crocs, Inc telah memfailkan saman kepada beberapa syarikat yang mengeluarkan dan mengedarkan produk dan rekabentuk yang hampir sama dengan kasut Crocs. Produk-produk tiruan ini dikenali sebgai Crocs-offs.

Bahan yang digunakan dalam membuat Crocs boleh baca di sini.

Dari segi kesihatan, kasut Crocs telah disahkan sesuai untuk pesakit diabetik bagi melindungi kaki mereka dari sebarang kecederaan. Ianya disahkan oleh U.S. Ergonomics Council and the American Podiatric Medical Association.

Pernahkah anda melihat hiasan butang-butang kecil pada kasut Crocs? Ianya dipanggil Jibbitz. Jibbitz ialah sebuah syarikat yang di asaskan oleh Rich dan Scheri Schmelzer dalam tahun 2005 mencipta hiasan atau aksesori yang boleh dipasang pada lubang-lubang kasut Crocs. Pada July 2007 Crocs, Inc telah membeli syarikat tersebut untuk dijadikan sebagai subsidiarinya.

Disebalik keselesaan dan rekaan yang berwarna warni serta unik, ada juga yang menyatakan kasut Crocs ialah ‘fashion disaster’. Di dalam rangkaian sosial Facebook juga terdapat sekelompok manusia yang sangat berdedikasi untuk membunuh kasut Crocs ini. Seorang anti-crocs juga telah membina blog ihatecrocs.com semata mata ingin memberitahu kepada dunia bertapa bodohnya kasut Crocs ini. Sehingga sekarang nampaknya semua usaha tersebut tidak berhasil kerana Crocs, Inc masih lagi bertahan selama 8 tahun.


Di Malaysia, kita dapat melihat banyak produk Crocs-offs ini dijual. Lihat sahaja di pasar-pasar malam, uptown atau dimana sahaja. Produk asli Crocs hanya dibuat di kilang mereka di Kanada dan Mexico serta beberapa kilang kontrak di Itali, Romania dan China. Produk popular mereka The Beach dan Cayman dijual dengan lebih 20 variasi warna.

Aku tidak mampu untuk memilikinya lagi. Jika ada rezeki yang lebih munkin aku akan sambar seekor Crocs ni. Jika ada yang ingin menghadiahkannya kepada aku yang original, contact aku dulu untuk mendapatkan saiz kaki aku.

Sumber : wikipedia.org

Share Button

Comments

    • says

      beli yang ‘ori’. kalau beli made in china nanti tak dapat menikmatinya dengan baik.
      orang kata ‘ori’ lebih lembut dan selesa. aku pun tak pernah try yang ori lagi. masa tengok kat butik crocs di ikea. aku tekan2 kasut tu macam sama je dengan yang kat pasar malam

  1. says

    salam singgah…antara pemakai sandal crocs(asli tau)…sesuai dalam semua cuaca,permukaan jalan dan untuk kegiatan luar serta kesihatan(tapak kaki dan tulang belakang)….barang tiruan sekarang ni memang sebijik macam asli jadi hati-hati ketika membeli.

    • says

      pengguna crocs asli eh. boleh lah share pengalaman.hehe… :)
      memang sebiji macam asli yang dijual dipasar malam tu. tapi kalau dah ada duit lebih tu teringin nak pakai yang asli beli kat butik dia je la kan. betul tak?

  2. says

    salam tuan rumah..
    kasut??nanti jap cek dompet dlu..aduh gaji lum masuk lagi dahh..hehe sje bergurau tuan rumah jgn amik hti ye..

    betullah skrg ni kalu kita pge mana2 pun sure akan jumpa kasut crocs ni..apatah lagi kalu kat pasar malam..atau kat pasar borong mugkin mrka ada jual kot..

  3. karim says

    salam..tumpang lalu tuan rumah..sedikit info…kat tapak kasut croc ni ade gambaran seolah-olah kalimah Allah…perhatikan betul2 kt button bulat tu..

    • says

      wslm.
      betul ke karim?? satu info yang baru aku tahu. crocs ini ada macam2 jenis kasut dan design. semua design ke ada macam itu? aku akan cuba cek. thanks karim for the info

    • says

      original crocs hanya mampu dibeli oleh orang yang memang banyak duit lebih. tapi kalau tak ada duit kita beli yang kat pasar malam je lah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing