Ikan Siakap Stim

Share Button


Sekali lagi selepas kejayaan pertama aku buat ikan pari bakar, kali ini aku mencuba masak ikan siakap stim dan hasilnya boleh dibanggakan oleh aku.

Tutorial membuat ikan siakap stim.
Mari kita lihat bahan-bahannya.
1. Ikan siakap. Saiz ikut suka anda. Kalau rasa nak makan banyak, beli la yang bersaiz besar.
2. Bahan A – Bawang merah 3 biji, bawang putih 3ulas, cili padi, halia seinci, serai, sos tiram.
3. Bahan B – Daun bawang, daun sup, limau kasturi, nenas, tomato, asam asin.

Cara membuatnya.
1. Tumbuk semua bahan A sehingga lumat yang anda suka
2. Lumurkan ikan siakap dengan sos tiram secukup rasa. Selepas itu lumur dan ratakan bahan A ke ikan tersebut.
3. Letakkan pula bahan B disekeliling pinggan dan diatas ikan.
4. Perapkan sebentar dan kukus selama lebih kurang 30 minit.
5. Sebelum dihidangkan, boleh la diperahkan dengan air limau.

Mudah bukan, dengan cara masakan azwan, anda mampu memasak sehebat chef :) hehe..

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ?

Oh ya, harga ikan siakap yang aku beli itu ialah RM12 untuk 2ekor. Saiznya macam dalam gambar tu la. Agaknya kalau kita makan ikan siakap stim kat kedai berapa ringgit eh? aku rasa lebih kurang RM12 ke RM13 bergantung kepada saiz. Jika kita masak sendiri dah boleh dapat 2 ekor ikan.
Lagi sekor ikan siakap tu aku nak try masak ikan 3 rasa. Tunggu dan nantikan pula tutorial memasak cara azwan untuk ikan siakap 3 rasa.

Share Button

Belajar Asas Cetak T-Shirt Dengan Mudah !

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing