Salam jumaat untuk semua.
Tadi aku tengok MHI ada topik Anak Kesayangan dalam Keluarga. Sini aku catatkan beberapa point penting yang aku dapat tangkap dan kongsikan bersama anda. Munkin ada yang aku terlepas, tapi sekurang-kurangnya dapat lah sikit untuk memperbaiki diri atau menjadi ibu bapa yang baik.
1. anak mempunyai rupa yang seiras ibu bapa.
Menurut Dr. Fadzilah, anak yang mempunyai rupa seiras ni akan kuat bergaduh dan berbeza pendapat tapi akan disayangi. Contohnya jika anak seiras dengan ibu, mereka akan kerap bergaduh dan berbeza pendapat, tapi anak itu akan menjadi anak yang paling rapat dengan mak. Aku selalu gaduh dengan mak aku, ada iras-iras mak ke muka aku ni? he..
2. 95% ibu bapa ada sifat pilih kasih.
Menurut satu kajian yang telah dilakukan, 95% ibu bapa memang ada sifat pilih kasih terhadap anak mereka. Dr. Fadzilah menjelaskan lagi, sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pun ada ada anak kesayangan, umum sudah mengetahui junjungan baginda rasulullah menyayangi anaknya Fatimah. So, dalam 5 orang anak anda tu, pastinya akan ada sorang yang menjadi anak kesayangan. Biasanya yang bongsu, tapi munkin ada juga yang bukan bongsu. Adakah anda anak kesayangan ibu/ayah.
3. Memberi penjelasan.
Ibu bapa boleh menerangkan kepada anak-anak yang lain kenapa dia lebih sayang anak itu lebih dari adik beradik yang lain. Dr Fadzilah bagi contoh, mak munkin lebih sayang si abang, sebab masa kecik dulu abang ada penyakit yang hampir membawa maut, alhamdulillah dah sihat. Perkara itu perlu dijelaskan supaya adik beradik lain faham dan mengerti.

4. Bayi dalam kandungan
Menurut satu kajian lagi, bayi dalam kandungan ibu sebenarnya boleh merasai sama ada ibunya menyayanginya atau tidak. Semasa ibu hamil, emosi ibu akan dapat dirasai oleh bayi dalam kandungan. Contohnya, ibu yang sedang hamil terlalu menginginkan anak perempuan, sebab askar komando dah berderet kat rumah, tapi dalam kandungannya anak lelaki. Bayi tersebut boleh merasai yang dirinya tidak berapa disayangi.
5. Ibu bapa perlu berdoa.
Menurut Dr. Fadzilah, ramai ibu bapa yang tidak melakukan ini. Bukan sahaja berdoa diberikan anak yang baik dan soleh/solehah. Ibu bapa juga perlu berdoa memohon kepada-Nya supaya diri ini menjadi ibu bapa yang adil kepada semua anak-anaknya.
6. Anak nombor 2
Ini biasa berlaku, anak no.2 rasa macam kurang kasih sayang dan kurang perhatian. Menurut Dr. Fadzilah, perkara ini terjadi munkin kerana, ibu atau ayah dan mencurahkan sepenuhnya kasih sayang kepada anak pertama. Dari sudut positifnya, anak ini akan cuba menjadi yang terbaik diantara adik beradiknya. Mereka akan melakukan sesuatu yang lebih baik dan berjaya untuk membuktikan kepada ibu bapanya, walaupun kurang perhatian, dia juga boleh berjaya. Contoh yang diberikan Dr. Fadzilah ialah Steve Jobs. Semua orang kenal dia kan. Ikon dunia teknologi. Lagenda sepanjang zaman.
Itu je rasanya yang aku dapat kongsikan.
Semoga perkongsian ilmu yang sedikit ini dapat menjadikan diri kita ibu bapa yang lebih baik. Insyallah
MHI TV3 | 16 Dis 2011 | Dato’ Dr Fadzilah Kamsah
{ 16 comments… read them below or add one }
Bagus info ni untuk ibu bapa dan ‘bakal’ ibu bapa..he3
boleh amalkan jai. supaya menjadi ibubapa yang terbaik untuk anak-anak
ni perkara biasa lah dalam rumah tangga
perkara biasa. tapi boleh diperbaiki demi anak-anak
Perkongsian yang baik untuk aku..hehehe
bab yang pilih kasih tu memang betulla..Aku perasan juga,ibu bapa mesti ada anak kesayangan..
memang semua ada anak kesayangan.
kita yang tidak disayang ni kena fahamlah orang tua kita tu. mereka juga sayang kita.
dr fazilah memang banyak tip2 dan kajiannya, menarik sgt..
emm pasal anak kesayangan dalam keluarga ni rasanya memang lumrah le tu manusia kan Nabi pun ada anak kesayangan jugak ye..
org pangiil anak emas, cucu emas..hehe
bertuahnya kalau dapat jadi anak emas dan cucu emas. semuanya dapat, semua orang akan kena marah kalau yang emas tu menangis atau tak puas hati.
saya sayang no 2 , tapi selalu peluk belai no 3 .. kenapa tah hehe .. pendek kata semua anak pun sayang .. no 1 tu selalu rasa dia pandai berdikari , so tk banyak bantu dia setakat nak main2 biasa ni
betul lah kata Dr. fadzilah, mesti ada yang akan jadi kesayangan dan tak semestinya yang bongsu
yup , tengok no 2 kita jd happy sbb tu syg dia , lagi pun rasa macam no 2 tu tk cukup belaian je , sbb dpt adik awal kan .. mungkin sbb tu lah ..
pengalaman dari seorang ibu.
so maknanya anak saya tak boleh lah dapat adik awal kan. nanti tak cukup kasih sayang lak
a;ah kesian bila ada adik semua ditumpukan pd adik , dia sentiasa cr ruang nak bermanja .. ibu je rasa semua ni ayah tk rasa kot hehe
opah saya kata yang sulang paling disayang, yang bongsu pengikis…maksudnya anak sulung ini adalah pertama memang tak ada tolak bandingnya …anak bongsu pula semua kemahuan diturutkan biasalah bongsu…
azura anak ke berapa?
ada jugak bongsu yang pandai berdikari berbanding yang sulung
ayah pun rasa kak. cuma ayah tak menzahirkan kasih sayangnya