1 Malaysia F1 Team

Share Button


Kerajaan Malaysia telah mengumumkan akan bekerjasama dengan syarikat swasta membawa semula nama Lotus dalam arena F1 selepas kali terakhir menyertainya 1994. Pasukan itu akan beroperasi di RTN Facility yang terletak di Norfolk, UK, tidak jauh dari kilang kereta Lotus.

Maklumat tentang pasukan :
Company Name: 1Malaysia F1 Team Sdn Bhd
Team Name: Lotus F1 Team
Country: Malaysia
Team Principal: Tony Fernandes

Lotus Cars ialah pengeluar kereta lumba yang berpengkalan di Hethel, Norfolk, England. Pengurusan syarikat ini telah diambil alih oleh Proton pada tahun 1994 dari pemilik asal Bugatti yang telah muflis. Pasukan F1 Lotus pernah memenangi 7 kejuaraan kategori pengeluar dan 6 kali kategori pemandu diantara tahun 1963 dan 1978.

Apa yang membanggakan ialah rekaan, R&D, pusat pemasangan dan teknikal akan di buat di Sepang F1 Circuit. Pasukan ini akan menamakan pemandu mereka 31 Oktober 2009. Sehingga kini dikhabarkan 6 pemandu tempatan dan antarabangsa dalam senarai.


Pemilik AirAsia, Tony Fernandes, telah dipilih sebagai ketua pasukan. AirAsia sekarang adalah penaja untuk pasukan Williams.

Manakala pengarah teknikal pula akan di pikul oleh Mike Gascoyne, yang mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun dalam F1. Beliau juga pernah memegang jawatan yang sama bersama pasukan Force India, Toyota, Renault and Jordan Formula One teams. Enjin pasukan akan dibekalkan oleh Cosworth serta kerjasama teknikal dengan Xtrac and FondTech.

►► Hebat ! Sistem Akaun Guna MS Excel ◄◄

Selepas penarikan diri pasukan BMW dan Honda dari persaingan F1, adakah dengan menyertai F1, pelaburan ini mampu memberikan pulangan yang baik kepada Malaysia. BMW dan Honda menarik diri atas alasan kewangan dan keadaan ekonomi dunia yang tidak baik, selain kos pengendalian sukan itu yang terlalu tinggi.

Kita doakan semoga projek kerajaan ini akan memberikan pulangan yang baik kepada keseluruhan 1 Malaysia, kerana sudah tentu pelaburan dalam F1 ini akan menggunakan wang rakyat. Sudah semestinya rakyat mahukan pulangan yang setimpal dan bukan hanya golongan tertentu sahaja yang menikmatinya.

Source : FIA.com

Share Button

► Rahsia Bisnes Usahawan Tudung Berjaya ◄

Comments

  1. musqam says

    sudah tentu…jgn gara2 ingin menyaingi negara yg maju dlm F1 ..rakyat di negara ini terpaksa menanggung keperitan seperti harga minyak,harga barang,tol..dll

    • says

      sudah banyak projek dari kerajaan yang besar, dengan pelaburan yang besar, tapi pulangan kepada rakyat sangat la tak nampak. pulangan hanya diperolehi oleh golongan tertentu je. kalau betul pulangan seperti yang selalu dikatakan para pemimpin kita, pulangan itu akan dinikmati semua, kenapa masih lagi ada kemiskinan dalam masyarakt kita. kenapa harga barangan meningkat mendadak. bagi aku, projek ini kurang tepat dijalankan pada waktu ini, dimana rakyat keseluruhannya sedang menghadapi masalah kewangan.

  2. musqam says

    setiap peruntukan yg dibelanjakan kerajaan untuk projek2 mega sememangnya untuk kroni2 mereka sendiri..hasilnya mmglah meringankan beban rakyat conthnya penambahan pembinaan stesen putra di daerah lembah kelang….projek berbilion ringgit tapi brg2 pembinaan dan alat2 nya hnyalah brg2 2nd hand..separuh dari duit itu kemana?…faham2jerla…rakyat mndapat kemudhan yg diharapkan tp org2 atas mendapat kemewahan berlipat ganda….

    • says

      rakyat nak kesamarataan. bukan org2 atas je yang mendapat kemewahan berlipat ganda. rakyat di suruh berjimat dan berbelanja dengan berhemat, tapi orang atasan tak perlu, boleh berbelanja ikut suka

    • says

      kita tunggu dan lihat je la samada projek ni menjadi tak. ini munkin satu projek yang diharapkan akan dikenang oleh rakyat tentang kepimpinan PM kita sekarang. semoga berjaya.

      exchange link sudah dibuat, hope you to do so.. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing