Penunggang Motosikal di Malaysia

Share Button

motorsikal,penunggang motor, Aku seorang penunggang motosikal di kota KL. Walaupun aku menunggang motor, itu tidak bermakna aku adalah seorang mat rempit atau samseng jalanan. Aku menunggang motor untuk ke tempat kerja untuk mencari rezeki demi keluarga tercinta. Aku fikir begitu juga dengan penunggang motosikal yang lain dan aku rasakan sama juga seperti anda yang memandu untuk ke tempat kerja.

Tahukah anda penunggang motosikal yang mencatatkan jumlah kemalangan yang tinggi di jalan-jalan persekutuan di Malaysia.

Bila statistik kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal diberikan. Acap kali kedengaran pihak berkuasa memberikan rumusan faktor kejadian adalah disebabkan penunggang cuai, tidak berhenti di lampu merah, tidak kancing topi keledar dengan kemas dan menunggang secara merbahaya, mencelah-celah antara kenderaan atau istilah mat rempit ialah ‘mencilok’.

Sebagai penunggang motosikal yang tegar. Aku rasakan jawapan dan rumusan kejadian seperti itu adalah mengarut. Siapalah yang ‘pandai’ sangat tidak berhenti semasa lampu merah di lampu isyarat persimpangan yang sibuk. Memang ada tapi tidak ramai yang buat macam itu, biasanya penunggang motosikal akan langgar lampu merah di persimpangan yang tidak sibuk atau langsung tiada kenderaan. Normal lah beb. Ramai yang buat. Siapa yang tidak pernah buat sila angkat tangan? jangan tipu lah, even ketua kampung, cikgu sekolah, imam masjid, bapak orang, anak dara mahupun polis pencen pun pernah langgar lampu isyarat.

Mencelah antara kenderaan juga adalah sesuatu yang biasa, tapi bukan juga penyebab paling besar kemalangan motosikal di malaysia. Bukan semua jalan raya menyediakan lorong motosikal. Untuk bergerak di dalam KL ini anda terpaksa mencelah-celah juga. Kalau tidak mahu mencelah antara kenderaan, baik naik bas atau kereta je. Tak kan lah anda naik motosikal nak berhenti di belakang kereta semasa jem. Mengarutlah. Mahu atau tidak anda terpaksa mencelah juga.

Kalau menunggang dengan selamat serta sudah mematuhi segala peraturan jalan raya, topi keledar pun dah di kancing dengan kemas, tapi masih ada lagi kemalangan, kenapa berlaku?

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ?

Faktor kejadian yang sebenar ialah sikap pemandu kenderaan lain yang lebih besar dari motosikal. Inilah faktor paling besar dalam menyumbang kemalangan penunggang motosikal. Sering berlaku disebabkan pemandu kereta. Ada sesetengah pemandu kereta yang memandang serong terhadap penunggang motor ini. Dalam kotak fikiran mereka dah set, penunggang motor=mat rempit. So boleh berlaku kurang ajar kepada penunggang motor. Cetek sungguh pemikiran.

Sikap atau tabiat pemandu yang banyak mengakibatkan kemalangan kecil dan boleh membawa kepada kemalangan besar ialah membelok tanpa memberikan lampu isyarat atau ‘lampu signal’. Ini lah sikap yang boleh buat aku marah. Kerap kali juga berlaku pada aku. Ada juga yang kejadian depan mata aku.

Biasanya penunggang motosikal ini akan lalu di ruang antara kenderaan-kenderaan semasa jem. Kalau nak membelok kemana-mana sila lah gunakan lampu isyarat, bukan main terjah je. Ada juga yang jenis bagi lampu isyarat, tapi terus je membelok.

Tak ada otak ke?
Kalau terlanggar kereta kau yang buruk itu, nanti kau marah pulak. Tapi kenapa ko buat tindakan bodoh. Kalau aku jatuh ke bukan kau nak bertanggungjawab.

Belajar Asas Cetak T-Shirt Dengan Mudah !

Ada yang lebih biadab itu, pemandu itu buat tak tahu je, macam tak ada apa-apa salah yang dilakukan. Sikap biadab macam ini lagi membuatkan aku marah. Tahu lah kau itu naik kereta, tapi jangan lah sombong gila babi. Kalau dah buat salah angkat tangan pun tak apa. Ada kes yang aku nampak depan mata, penunggang motor itu dah jatuh sebab dihimpit, tapi kereta yang menghimpit itu tak berhenti pun. Jahanam betul

Lazada Malaysia

Apa tindakan yang wajar dilakukan bila menghadapi situasi ini?

Bagi aku tindakan yang wajar ialah tendang side mirror kereta yang menghimpit anda itu. Bila dalam jem, kereta itu dah tak dapat nak kejar anda. Memang nampak kasar dan kurang ajar, tapi tindakan kereta yang menghimpit anda secara tiba-tiba itu pun kurang ajar gak. Berapa sangat lah nilai side mirror yang rosak itu berbanding nyawa anda?.

Ada kejadian yang berlaku depan mata aku, mamat ini dihimpit satu kereta volvo dengan tiba-tiba sampai dia masuk ke longkang tepi jalan itu. Volvo itu tak berhenti pun. Kereta itu pulak masih lagi tak jauh sebab tersangkut dalam jem. Mamat ni bangun amik motor kejar volvo itu, terus tendang side mirror. Bergolek-golek side mirror itu jatuh atas jalan. Volvo itu pun dah tak boleh nak kejar, sebab dalam jem.

So, kepada pemandu kereta. Gunakanlah akal semasa memandu. Sebelum membelok, tengok kiri dan kanan, bagi lampu isyarat. Jangan dek kerana sikap ‘pandai macam keldai’ itu, orang lain menerima akibatnya.

Buat baik di balas baik, buat jahat terus dapat lah balasan.

Share Button

Comments

    • says

      bagi aku nak begerak dalam KL naik bas, lagi lah lambat. jalan yang paling cepat ialah guna LRT. tapi penggunaan kenderaan awam boleh meningkatkan belanja

    • says

      bagus lah macam itu. tapi ada sesetangah pemandu itu merasakn dia naik kereta, dia lah yang hebat dan besar. penunggang motor perlu bagi laluan kepada mereka. kalau berlanggar senang-senang ke nak salahkan penunggang motor

      • says

        hehe.. tengok cermin sisi tue, sebab masa tue ada cikgu kat seblah.. kan bagus kalo semua orang bawak keta cam diorang amek test kereta… walopon skema tapi at least takde sapa2 sakit hati.. hehehe

        • says

          jangan masa atas jalan ko dah tak gunakan side mirror lak. itu lah, kan bagus kalau semua orang bawak kereta macam ada pegawai JPJ kat sebelah. semua peraturan ikut.

  1. child says

    Salam semua,

    Dalam raga moto aku dah standby bbrp biji batu sungai, so mane2 je kete, lori dan bas yg kurang ajar, akan ku baling batu tuu kat cermin depan depa. lagi satu bab lori nie, mmg aku anti skit dgn depa nie, lagi2 klu bawa kat highway, dah laa bawak laju nak mampus, ikut lorong kiri plak kan, dah di sediakan 3 line pon lori tuu nak rempit kat lorong kiri, memang kurang ajar. Tapi moral of the story, bagi aku pihak berkuasa lah yg bertanggung jawab dgn kejadian lori dgn bas nie, langsung xde tindakan yg tegas, lagi laa nak pantau depa nie rempit kat highway, HARAM laa jawabnya. Dah banyak sgt kita mat2 motor bagi muka, so aku cari jln yg singkat lg berkesan iaitu BATU SUNGAI hinggap ke cermin depan. Baru laa depa nie insaf kejap, tapi sblm baling tuu sila pastikan anda dah agak kat mane nak lari @ escape ok. chow !!!

  2. aji says

    betul! aku setuju cakap kau. dalam hal ni kerajaan Malaysia harus bukak mata. harap diorang tak buat buta la pasal ni. mind set orang Malaysia dah memandang serong ke penunggang moto. Kalau naik moto jer- matrempit.. kalau nak moto jer-jahat/sampah… orang yg naik kereta mesti ada rasa berlagak n pandang rendah kat penunggang moto.. lagi2 yg perempuan mesti pandang serong jer kat budak moto mcm dorang ni xde duit sgt. ye mmg la bwk moto ni xde kemampuan sgt nak tampung minyak kereta g keje hari2. tp dorg ni la yg slalu di aim polis untuk disaman. tengok aje la roadblock slalu sgt kat jalan moto. ape kehe nye yob. nampak sangat 1 Malaysia pandang serong kat orang bawak moto. sampai bila mind set org M’sia nak berubah pun aku tak tau lah.

    • says

      1 malaysia pandang serong kepada penunggang motor. aku pun pelik kenapa roadblock je kena tahan penunggang motor, padahal ramai gak pemandu kereta yang tak ada lesen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing