Pengawal Keselamatan Kurang Selamat.

Share Button

jaga,security guard,keselamatan
Apakah kelayakan untuk menjadi seorang pengawal keselamatan?

Rasanya kelayakkan untuk memohon menjadi pengawal keselamatan tidak sesukar untuk memohon jawatan kerani, betul tak? asalkan pemohon ada kemahiran 3M, confirm dia boleh mula bertugas esok. 3M menulis, membaca dan mengira. Banyak iklan tentang tawaran kerja sebagai pengawal keselamatan yang aku tengok, tidak banyak syarat yang dikenakan.

Tapi bagi syarikat kawalan keselamatan yang ternama dan famous sikit, kelayakan yang diperlukan agak tinggi juga, munkin untuk menjaga nama baik syarikat. Antaranya ialah memerlukan pemohon itu adalah bekas tentera atau polis.

Cerita terbaru tentang pengawal keselamatan ialah tentang seorang ibu mengandung ditumbuk oleh pengawal keselamatan ketika dihantar ke wad bersalin. Ketika kejadian, suami mangsa meletakkan kenderaan, manakala suspek membantu menolak mangsa menggunakan kerusi roda ke wad bersalin. Ketika dalam lif, mangsa ditumbuk di perut beberapa kali, sebelum dia dihantar ke wad bersalin. Menurut polis, suspek mempunyai masalah mental.

Macam mana orang yang ada masalah mental boleh diambil bekerja?

Pengawal keselamatan yang nampak macam penagih dadah pun ada. Belum lagi yang kaki minum, datang kerja mata merah, mulut berbau. Orang-orang macam ini diberi tangungjawab untuk menjaga keselamatan kawasan anda? Anda yakin selamat ke?

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ?

Memang banyak cerita tentang pengawal keselamtan ini. Ada syarikat yang menggaji pengawal keselamatan warga asing. Hanya warganegara Malaysia dan bekas tentera warga Nepal sahaja dibenarkan bertugas sebagai pengawal keselamatan di Malaysia. Selain itu, mereka menyalahgunakan permit sekaligus melanggar Akta Imigresen 1959/1963.

Ada juga pengawal keselamatan yang kurang ilmu pengetahun. Maklumlah ada pengawal keselamatan yang hanya bersekolah hingga tingkatan 3 sahaja. So, kadang-kadang itu ada undang-udang yang tidak wujud di wujudkan sendiri. Ini boleh menimbulkan salah faham antara pengawal keselamatan dan penghuni serta pelawat sesuatu kawasan. Contohnya, pengawal keselamatan dilarang menyimpan kad pengenalan atau lesen memandu pelawat, hanya polis, penguatkuasa Jabatan Imigresen dan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) antara pihak berkuasa berhak memeriksa dan menyimpan kad pengenalan dan lesen memandu anda.

Lazada Malaysia

Di jabatan-jabatan kerajaan sekarang ini, penggunaan pengawal keselamatan telah mula dikurangkan. Banyak agensi kerajaan telah mula menggunakan khidmat Polis Bantuan. Polis Bantuan ialah Pengawal Keselamatan yang telah diberi kuasa oleh Commisioner Police (CP) @ Pesuruhjaya Polis atau Pegawai Polis yang tinggi jawatannya dr CP. Pengeluaran kuasa polis bantuan adalah termaktub kepada Akta Polis. Kuasanya hanya terpakai dalam kawasan jagaanya.

Ada juga cadangan kehidmat pengawal keselamatan diganti dengan anggota RELA. Aku rasa ini idea yang bagus, tapi sudah tentu mendapat bantahan dari syarikat-syarikat pengawal keselamatan.

Belajar Asas Cetak T-Shirt Dengan Mudah !

Macam mana dengan pengawal keselamatan tempat anda?

Sumber : mazidulakmal.blogspot.com , hmetro.com.my

Share Button

Comments

  1. says

    cerita bab pengawal keselamatan ni, teringat aku seorang awek mana tah jadi pengawal keselamatan kat cni…keje mudah…duk melepak…bawak jantan sekali…pastu keje pakai selipar je…body boleh tahan byk air…aku pernah tya mbr aku…agak2 kalau ada pencuri ni…boleh ke dia kejar pencuri tu…dtg keje plak selekeh…hoh…tak sesuai betul

    • says

      untung lah ko ada gadis guard yang banyak air yang jaga keselamatan ko dan kawan-kawan. bukan semua orang dapat pengawal keselamatan macam yang ko dapat tu. hehe….:)

        • says

          masuk bilik pak guard terus pintu tutup eh….solat berjemaah kot (bersangka baik.he..)
          buat lah aduan kat MPP korang, kot dia orang boleh ambil action sikit buat laporan ke syarikat guard tu ke? kalau di biarkan takut ada perkara buruk yang terjadi lak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing