Mercun di Musim Perayaan

Share Button


Penjualan mercun di musim perayaan adalah perkara yang biasa. Walapun mercun sudah diharamkan tetapi penjualannya masih ada. Terbaru ialah musibah yang berlaku di Kampung Seberang Baroh, Chabang Tiga, Kuala Terengganu. Dalam kejadian tersebut seorang kanak-kanak mati dengan mayatnya tersangkut di atas pokok akibat letupan kuat yang berlaku disebuah rumah yang dijadikan tempat simpanan mercun untuk tujuan dijual pada musim perayaan ini. [hmetro]

Mercun telah diharamkan di malaysia sejak tahun 1991, selepas terjadinya kebakaran kilang mercun Bright Sparklers di Sungai Buluh. Dalam Seksyen 42 Akta Bahan Letupan 1957, jika disabitkan kesalahan kerana mengilang, memiliki atau mengimport kedua-dua bahan itu boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali. Berat dah hukuman ini. Tapi masih ramai yang berani menjual dan mengedarkan mercun.

Undang-undang sudah ada, tetapi penguatkuasaan masih lagi kurang. Aku rasa di mana-mana pun bila malam hari raya, pasti akan kedengaran mercun dibakar. Menurut mereka yang membakar tujuannya adalah ingin memeriahkan suasana hari raya.

Memang betul untuk memeriahkan suasana, boleh anda bayangkan malam raya tanpa sebarang bunyi letupan mercun? sejak dari kecil lagi, kita telah dbiasakan menyambut hari raya dengan bermain bunga api. Kalau di kampung, malam raya seperti dalam medan perang, bunyi meriam silih berganti. Bunyi meriam akan berterusan sehingga awal pagi selepas azan subuh. Tidak ketinggalan juga bunyi mercun roket.

Tapi sedarkah kita, semua itu perbuatan membazir dan sia-sia. Membakar mercun bukanlah budaya Melayu, malah Islam turut melarang umatnya melakukan perbuatan sia-sia, membazir, membahayakan diri serta harta benda.

Sudah sampai masanya untuk kerajaan bertindak tegas kepada mereka yang mengedarkan dan menjual mercun ini. Munkin juga boleh diadakan kempen jangan membeli mercun seperti kempen-kempen lain yang telah kerajaan lakukan. Kita ada kempen merokok. Kempen kurangkan gula. Di musim perayaan, kerajaan hanya bersungguh-sungguh mengadakan kempen kemalangan jalan raya, kenapa tidak diadakan sekali kempen jangan membeli mercun. Selagi ada permintaan, selagi itu mercun akan ada dalam pasaran.

Kejadian di kuala terengganu itu membuktikan pihak berkuasa kekurangan maklumat dari orang ramai mengenai kegiatan penjualan mercun dan bunga api. Namun tanggungjawab membanteras pembakaran mercun dan bunga api harus dipikul bersama masyarakat setempat, ibu bapa dan keluarga.

►► Hebat ! Sistem Akaun Guna MS Excel ◄◄


Dalam berita harian online 24 Ogos 2010 ada bancian dibuat. Soalannya, Wajarkah permainan bunga api dan mercun diharamkan terus? dan hampir 50% orang setuju mercun diharamkan. [keputusan]

Share Button

, , , , , , ,

19 Responses to Mercun di Musim Perayaan

  1. ashraf August 30, 2010 at 1:01 pm #

    Mercun ni sampai bila2 pun tak habis, makin bertambah lagi ada…. bukan senang org nak ubah pemikiran selagi tak putus tangan…mana taknya dari kecil kita diajar oleh bapak kita jenis mercun dan cara main mercun…..haha :)

    • azwan September 4, 2010 at 5:38 am #

      betul tu, sampai bila pun tak habis. mercun dan bunga api dah menjadi suatu kewajipan bagi kita meraikan hari raya. mana ada orang main mercun dan bungan api hari2 biasa

      • hairilmokhtar May 1, 2011 at 12:10 am #

        eh, ada.. hari-hari biasa pun ada… nie skrang kat kajang ada dentuman bunyi mercun malam 1 mei, esoknya cuti sempena “hari pekerja”.. yang hairannya sebelum takde pun.. tiba-tiba lak mlm nie beria pulak menyambut hari pekerja dengan bunyi mercun.

        • azwan May 2, 2011 at 10:16 am #

          sambut hari pekerja pun main mercun n bunga api? betul-betul meraikan pekerja ni :)

  2. surihati_ku September 3, 2010 at 2:29 pm #

    asal tiba sahaja musim raya pasti mercun akan diperkatakan..

    tapi itulah manusia yang mana di larang yang tu jugalah yang dikejarkan..

    ada wktu mercun juga makan diri sndri tak pun terkena pada org yang tak bersalah..

    alahai mercun..

    • azwan September 4, 2010 at 5:42 am #

      lumrah manusia, yang dilarang itu lah yang akan dilakukan. kalau nak bermain mercun jugak, apa yang perlu diutamakan ialah keselamatan. tapi ada juga yang menunjuk-nunjuk masa main mercun ini, itu lah sampai ada yang meletup kat tangan

  3. Wan September 4, 2010 at 2:31 pm #

    mercun disisi agama jugak haram kerana membawa mudarat,tidak faedah,membazir dan bahaya

    • azwan September 5, 2010 at 1:35 pm #

      memang tak ada faedah, tapi budaya ini dah berkekalan sejak dulu lagi. hari raya sinonim dengan bunga api dan mercun. iklan-iklan hari raya pun pasti akan ada gambar bunga api

  4. bujang3 September 4, 2010 at 6:58 pm #

    tapi.. memang betul gak.. cuba bayangkan raya tanpa bunyi mercun… kalau setakat bunga api, tak aper la kot.. biasanya yang jadi masalah bila yang asal diubahsuai.. tu yang bahaya !!!

    • azwan September 5, 2010 at 1:37 pm #

      ingat lagi masa kecik-kecik dulu. bunga api itu diubah suai jadi mercun. bahaya, tapi puas main.hehe.. :)

      • aziq September 5, 2010 at 4:28 pm #

        aku kecik-kecik dulu pun modified bunga api.Sampai melecur teruk tangan..hahaha

        • azwan September 6, 2010 at 4:26 pm #

          sampai melecur eh.teruk tu..ko modified sampai jadi apa? bom ke?

  5. Fitrihadi.com September 6, 2010 at 12:37 am #

    siapa nak bakar duit jom beli mercun banyak2..okay?? hehe

    • azwan September 6, 2010 at 4:27 pm #

      ni melarang ke menggalakkan?

  6. zik September 6, 2010 at 2:42 am #

    mercun2… kenapalah wujud didunia ini..huhu…

    • azwan September 6, 2010 at 4:29 pm #

      jangan disalahkan kewujudannya. yang harus dipersalahkan ialah orang yang menyalah gunakan mercun itu. mercun tidak bersalah dalam hal ini…

  7. hairilmokhtar May 1, 2011 at 12:17 am #

    Satu jer nak selesaikan masalah ini.. mungkin mercun takkan pupus di muka bumi ini, tapi kita boleh buat bilik kalis bunyi di rumah kita. mmg mahal kos nak buatnya, ok wat daripada menderita bunyi mercun yang membingitkan dan buat orang terkejut. silap-silap orang yang sakit jantung boleh mati ooo. betul tak?

    • azwan May 2, 2011 at 10:22 am #

      dah nak kena buat bilik kalis bunyi lak. kos lagi.
      masalah utamanya sekarang macam mana nak kurangkan penjualan di mercun di dalam pasaran? jawapanya ialah penguatkuasaan, kena berterusan, bukan bermusim

Leave a Reply

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing