Menjadi Orang Yang Berjaya

Share Button


Adakah anda seperti aku yang selalu terfikir dan berangan-angan, bila lah aku nak berjaya dalam hidup ini?
Berjaya bagi setiap individu adalah berlainan. Masing-masing ada tafsiran dan sasaran yang berbeza. Betul tak?

Sering kali juga kita akan cemburu melihat kejayaan seseorang.
Betul tak? Cis..jangan tipu aku la.
Pasti dalam hati anda akan berkata,
“macam mana la dia boleh berjaya macam itu” Kita cemburu dan iri hati dengan kejayaan orang lain.

Aku bagi contoh dan anda cuba fikirkan.

Jika anda adalah pemain badminton. Pasti anda akan iri hati dengan kejayaan pemain badminton negara kita Datuk Lee Chong Wei. Anda pun hebat juga main badminton. Masa sekolah pun, berjaya mewakili sekolah, daerah dan negeri. Tapi kenapa jalan kejayaan anda dan Lee Chong Wei adalah tidak sama. Lihat diri anda sekarang dan lihat lah di mana pula kedudukan Lee Chong Wei sekarang. Kenapa berbeza? Sedangkan semua ilmu dalam permainan badminton memang dah penuh di dada anda. Anda hendak sangat berjaya macam dia. Apa yang masih kurang.

Contoh lain.
Anda belajar silat. Kehebatan tok guru silat telah diketahui oleh ramai orang. Macam-macam ilmu kehebatan tok guru yang anda kagumi. Oleh keranan kehebatannya, beliau dihormati oleh semua orang. Anda teringin untuk menjadi seperti dirinya. Dihormati oleh anak murid dan masyarakat.

Anda memang benar-benar mahu berjaya seperti contoh diatas. Mahu menjadi pemain badminton yang hebat. Mahu menjadi tok guru silat yang hebat dan dihormati oleh anak murid. Oleh kerana terlampau mahukan kejayaan, anda berjaya memujuk mereka untuk memberikan petua dan mahu menjadi anak murid kepada mereka. Dengan semangat berkobar2 anda cakap “saya sanggup buat apa saja asalkan boleh berjaya macam tok guru”

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ?

“Baiklah akan aku turunkan semua ilmu kejayaan aku kepada mu anak murid ku” tok guru anda sanggup menurunkan ilmunya kepada anda, kerana anda sanggup buat apa saja.
“Apa yang kau perlu buat wahai anak murid ku. Kamu perlu berpuasa selama sebulan. Bangun pagi sebelum azan subuh setiap hari. Tidak makan makanan bergoreng selama sebulan. Minum air suam selama sebulan. Wajib menunaikan solat secara berjemaah setiap hari. Memberi makan kepada 50orang fakir miskin dalam masa sebulan. Tidak ada satu pun dari tugasan itu yang boleh kamu ingkari. Jika kamu mampu penuhi semua itu, kamu pasti akan menjadi hebat seperti aku”

Bila diberikan tips kejayaan tok guru anda. Anda mula terkedu. Dahi mula dibasahi oleh peluh. Degup jantung mulai kencang. Lutut mula longgar.

Bila rahsia kejayaan diberikan, kita mula berubah fikiran. Mula hilang jiwa besar dan semangat yang berkobar-kobar pada awalnya untuk berjaya. Jika anda mengalami sindrom seperti itu, bermakna anda belum lagi benar2 mahu berjaya. Jiwa anda belum cukup besar untuk menjadi orang yang berjaya. Anda juga tidak layak untuk bercakap soal kejayaan. Kejayaan dan anda tidak boleh bersama, kerana orang yang berjaya ialah orang yang berjiwa besar.

Kenapa Lee Chong Wei hebat dan jadi pemain no.1 dunia?
Kerana dia sanggup lakukan apa sahaja latihan yang diberikan oleh Misbun Sidek. Kerana Lee Chong Wei juga percaya sepenuh hati dengan Misbun dan percaya bahawa kunci kejayaan dirinya ada pada Misbun. Walau susah dan keras latihan yang diberikan Lee Chong Wei tetap buat juga, kerana dia berjiwa besar, fokus utamanya ingin menjadi pemain no.1 dunia. Hasil latihan keras diberikan Misbun, beliau berjaya mencapai impiannya. Adakah kita sanggup berguru dengan Misbun?

Belajar Asas Cetak T-Shirt Dengan Mudah !

Apa yang ingin aku sampaikan disini ialah. Jika kita ingin berjaya, memang harus dan hukumnya wajib lah bertemu dengan orang yang berjaya itu dan mintalah ilmu darinya bagaimana ingin berjaya kerana kunci kejayaan ada pada mereka. Tidak kira apa jua bidang pun. Kerja mahupun belajar. Bila kita ingin berjaya sepeti mereka, kita kena menjadi seperti mereka. Sanggup lakukan apa sahaja yang disuruh asalkan berjaya seperti mereka. Jika anda cakap
“tak nak la macam dia, bosan la, tak ada hiburan langsung. penat lah”
jika itu kata2 yang terbit dalam hati anda, anda akan jadi diri anda yang sekarang iaitu, irihati dengan kejayaan orang lain dan bermimpi untuk dapat kunci kejayaan.

Lazada Malaysia


Akhir kata,
kemanisan kejayaan tidak akan dapat dinikmati tanpa sekelumit kepahitan kegagalan.

Share Button

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing