Menjadi Ketua Yang Baik

Share Button


Menjadi seorang ketua di sesebuah organisasi bukannya suatu tugas mudah. Banyak tanggungjawab yang perlu dipikul demi menjaga nama baik organisasi dan mencapai matlamat yang diinginkan. Seorang ketua juga terpaksa melayan pelbagai karenah orang bawahannya.

Pandangan skeptikal orang bawahan,
“alah..bos tu kerja senang, pergi meating je”
“Pandai cakap je bos ni, cuba lah buat”
“dulu suruh buat macam ini, sekarang lain pulak”

Mereka yang berada di bawah dalam struktur organisasi, kebiasaanya adalah mereka yang menjalankan dan menggerakkan organisasi berdasarkan arahan pentadbiran dan proses kerja yang dirancang oleh peringkat atasan. Masalah akan timbul, sekiranya arahan yang diberikan tidak jelas serta tidak sesuai dengan keadaan semasa organisasi, matlamat tidak tercapai dan organisasi menjadi kucar-kacir.

Disinilah kepekaan seorang ketua dalam memimpin organisasinya diperlukan. Seorang ketua yang baik perlu memahami keperluan dan kehendak serta karekter orang bawahannya dan pada masa yang sama mampu memimpin mereka agar dapat mencapai matlamat dan objektif organisasi.

Seorang ketua yang baik harus memahami setiap karekter orang bawahannya. Setiap individu mempunyai sifat yang berbeza. Masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan sendiri. Jika seorang ketua dapat memahami karekter setiap individu di bawahnya, ianya akan memudahkan pengurusan dan perancangan masa depan organisasi. Masalah timbul jika seorang ketua itu tidak memahami setiap orang dibawahnya. Memberikan kerja kepada individu yang salah. Keadaan lebih buruk lagi jika seorang ketua itu sekadar membuat andaian dan pertimbangan yang individu tersebut mampu melakukannya.

Jika apa yang dimahukan oleh seorang ketua itu tidak seperti diharapkan, kesilapan dan kesalahan itu seharusnya tidak diletakkan kepada individu yang menjalankan arahan tersebut. Ketua juga patut dipersalahkan kerana mengadaikan orang yang dipilih mampu menjalankan arahanya.

►► Hebat ! Sistem Akaun Guna MS Excel ◄◄

Kekuatan dan kelemahan setiap individu perlu digunakan oleh seorang ketua dengan baik dan berkesan. Contohnya, jika A hanya mampu membuat kertas kerja dengan baik dan tidak mampu bercakap dihadapan khalayak yang ramai. Maka seorang ketua perlu memilih individu lain untuk membentangkan kertas kerja tersebut.

Ketua ibarat seorang jurulatih dalam pasukan bola. Setiap pemain mempunyai kelebihan dan kekurangan. Ada pemain yang tidak mampu untuk menjaringkan gol walaupun di hadapan pintu gol, tetapi mempunyai kekuatan fizikal dan mampu menahan asakan dengan baik. Pemain tersebut tidak boleh diletakkan di posisi menyerang, lebih sesuai untuknya bermain di bahagian pertahanan. Jurulatih yang baik harus memahami semua corak permainan kesemua pemainnya. Ini dapat membantu merangka strategi pasukan sebelum perlawanan. Sudah semestinya matlamat setiap pasukan ialah menjaringkan gol dan menang. Matlamat yang jelas.

Misi dan visi organisasi perlu jelas dan boleh dicapai agar semua ahli faham apa yang perlu mereka lakukan. Jika seorang ketua dapat memahami setiap karekter orang bawahanya, ianya mampu membawa organisasi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

► Rahsia Bisnes Usahawan Tudung Berjaya ◄

* Itu semua sekadar idea dan pandangan aku sebagai seorang ketua ditempat kerja aku sekarang ini. Setiap ketua mempunyai corak kepimpinan yang berbeza-beza.

Share Button

Comments

  1. says

    hehe, stuju sangat ko guna analogi manager kelab bola.. sebab memang kite kene paham satu2 player kite.. tapi yang masalahnye, waktu kite tengah usaha nak paham sorang2 tue, ade jerr orang yang tak paham ngan kita..

    • says

      itu lah yang mencabarnya bila jadi ketua. salah satu sifat yang perlu ada ialah jangan cepat give up. jangan cepat putus asa kalau ada masalah lain timbul.

      • Rozie Othman says

        Aku seorang ketua untuk department aku H/R dan Akaun..aku baru kerja dengan syarikat 3 tahun. General clerk berlagak satu macam sebab di kerja lebih lama dari aku. Nak commen banyak2 nanti boss cakap aku lebih2 pula? ambil cuti sesuka hati,cuti x lulus pun cuti juga…aku pening kepala..seorang lg Project Coordinator hilang memanjang bila tanya kemana ada jer jawapan. Tolong lah aku nak jadi seorang pengurus yang baik, dihortami dan dikasih…tolong lah

        • says

          susah lah nak cakap. sebab situasi tempat kerja berbeza-beza kan.

          kenapa general clerk berlagak semacam? kenapa projek coordinat menjawap je bila ditanya? munkin mereka kurang rasa hormat dengan ko.
          macam mana kita hormat dengan mak dan ayah. bila ada rasa hormat dengan seseorang itu, kita secara automatiknya akan rasa sesuatu dalam diri, nak melawan pun takut, nak menipu pun takut. betul tak? walaupun kita belajar tinggi dan kedudukan tinggi dari mereka, tapi bila mak ayah cakap sesuatu. pasti kita akan turuti. sebab rasa hormat orang tua.
          untuk dihormati, kita perlu lah tukar cara dan pembawaan diri kita. munkin dari segi penampilan, percakapan, keupayaan menyelesaikan masalah, bergaul dengan pekerja. jangan sesekali meminta kepada mereka untuk menghormati ko. itu akan membuatkan mereka lebih tidak menghormati ko.

          sekadar pendapat aku.

    • says

      memang pening kepala. tapi bila sesuatu kerja yang kita jadi leader selesai dan siap dengan jayanya. kita akan rasa puas hati.
      tak ramai yang suka jadi ketua tapi terpaksa jadi ketua. hasilnya organisasi yang dipimpin akan terumbang ambing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing