Membuang Masa

Share Button


Adalah lebih mudah dan senang menyeru kawan2 melakukan perkara yang membuang masa, duit dan tiada unsur kebaikan, berbanding menyeru kawan2 melakukan kerja2 yang memberikan kebaikan kepada diri sendiri keluarga dan berguna kepada keseluruhan umat manusia. Betul ke tidak apa yang aku fikirkan ini? Anda tentukan dan fikirkan sendiri la.

Kita lebih mudah terpengaruh untuk melakukan perkara yang tidak elok dan membuang masa berbanding melakukan perkara yang berfaedah. Pengaruh kepada benda2 yang kurang elok juga lebih mudah meresap ke dalam jiwa berbanding perkara yang elok dan baik dan bermanfaat kepada diri sendiri.

Apakah kategori yang sesuai bagi orang yang jenis macam ini?
Menolak kebaikan dan menerima keburukan.

Contohnya merokok.
Lebih mudah terpengaruh oleh pelawaan rakan2 untuk menghisap rokok. Walhal kita sudah sedia maklum merokok itu membahayakan kesihatan. Isap rokok nampak cool beb. Kejantanan lebih terserlah..kononnya.
“Isap rokok kat belakang jom..”
“jom..”

Hendak mengajak teman2 bersukan lebih susah, walhal bersukan itu baik untuk kesihatan. Ada saja alasan yang akan diberikan. Penat lah. Jauh la
“Main futsal jom malam ni..”
“Letih la, tadi aku banyak kerja..”

Setiap perkara yang baik pasti akan ditolak dengan pelbagai alasan yang panjang dan disertakan beberapa fakta menarik. Tapi perkara yang tidak berfaedah dan membuang masa biasanya diterima dengan hati yang terbuka serta tanpa sebarang alasan.

►► Hebat ! Sistem Akaun Guna MS Excel ◄◄

“Jom kita cari duit lebih..”
“Malaslah, aku sibuk setiap hari..”

“Minggu ni pergi shopping kat pavillion nak?
“Let’s go..”

Perkara2 yang baik ni biasanya memang kita susah nak percaya. Ada saja perkara yang kita akan fikirkan dulu sedangkan perkara itu memang baik. Kita akan lebih tidak percaya, jika tetiba je ditawarkan peluang yang baik. Ragu2 dan sangsi dengan tawaran yang diberikan. Lumrah la itu.
Kita manusia biasa yang tidak percaya kepada kebaikan.

Share Button

► Rahsia Bisnes Usahawan Tudung Berjaya ◄

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing