Membina Disiplin Diri

Share Button

Untuk membentuk disiplin diri yang tinggi, bukan satu perkara yang mudah. Sering kali kita akan tewas oleh mainan perasaan dan kurang keyakinan dalam sesuatu perkara yang dilakukan.

Anggota tentera dibentuk dan dilatih agar mempunyai disiplin yang tinggi. Jika anggota tentera tidak berdisiplin, bagaimana mereka ingin menjaga keselamatan negara. Disiplin yang tinggi sentiasa ada dalam diri seorang tentera. Cuba lihat pesara tentera, walaupun mereka sudah bersara, disiplin diri yang tinggi masih lagi ada dalam diri mereka. Itu semua hasil dari latihan bertahun-tahun bagi membentuk seorang anggota tentera yang berdisiplin.

Apa jadi kepada anggota tentera yang tidak berdisiplin? Jawapanya mudah, tiada tempat untuk mereka yang tidak berdisiplin dalam tentera.membina disiplin diri yang berkesan

Lin Dan, pemain badminton China yang paling hebat, telah mengikuti latihan ketenteraan untuk menjadikannya dirinya lebih hebat dan lebih berdisiplin. Oleh sebab itu lah, setiap kali dia berjaya menang dalam mana-mana perlawanan, dia akan membuat tabik hormat kepada semua penonton persis seorang tentera. Lihat apa hasilnya bila dalam diri ini diterapkan dengan disiplin yang tinggi, kita akan sentiasa patuh kepada peraturan atau perancangan yang telah ditetapkan.

Bagaimanakah kita boleh membentuk disiplin yang tinggi dalam diri yang kurang disiplin ini?

►► Hebat ! Sistem Akaun Guna MS Excel ◄◄

Semasa zaman persekolahan, guru disiplin adalah insan yang paling ditakuti. Tugas guru tersebut adalah untuk memastikan para pelajar mematuhi peraturan sekolah. Jika ada pelajar yang melanggar peraturan sekolah, pasti akan ada ‘habuan’ yang bakal diterima. Tapi itu dulu, tugas guru sekarang lebih mencabar, pelajar sekarang bukan sahaja kurang disiplin malahan kurang ajar.

Merujuk kepada dbp.gov.my disiplin bermaksud peraturan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik.

Oleh itu, disiplin ialah suatu perbuatan mematuhi atau mengikuti peraturan dan arahan yang telah ditetapkan. Dalam kehidupan seharian kita, berapa kerapkah kita melanggar peraturan. Jika kerap anda melanggar peraturan atau arahan, itu bermakna anda ialah seorang yang kurang berdisiplin.

Share Button

► Rahsia Bisnes Usahawan Tudung Berjaya ◄

6 Responses to Membina Disiplin Diri

  1. Juan June 25, 2011 at 8:32 am #

    setuju, bapa saya tentera dan x pernah miss bgn pagi dan mandi, dialah org pertama dalam family yg siap semua tuh

    • azwan June 28, 2011 at 4:55 pm #

      mesti anak dia ni pun mempunyai disiplin yang tinggi gak kan. kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi :)

  2. puteraduyong June 28, 2011 at 11:40 am #

    disiplin dalam hidup…penentu arah kejayaan…

    • azwan June 28, 2011 at 4:55 pm #

      betul tu. penentu arah kejayaan. kurang disiplin maka kurang berjaya.

  3. alin June 28, 2011 at 12:18 pm #

    Disiplin. Ni yang den lomah ni. hahaha

    • azwan June 28, 2011 at 4:56 pm #

      jangan lomah-lomah la. kena kuatkan disiplin diri untuk berjaya

Leave a Reply

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing