Facebook Situ Sana Sini.

Share Button


Pada awal kemunculan facebook pada tahun 2006. Tidak ramai orang yang memperkatakan tentangnya. Pada waktu itu pengguna internet lebih banyak memperkatakan tentang myspace dan friendster dan beberapa laman web social network yang hampir menyerupai satu sama lain. Tujuan masih sama, iaitu menambahkan kenalan dan menjalinkan hubungan di alam maya yang munkin boleh dijadikan teman/kawan/kekasih di alam sebenar.

Aku kurang ambil tahu sangat tentang social network ini semua. Aku tidak suka untuk berkongsi atau mendedahkan apa jua maklumat dan aktiviti yang aku lakukan kepada umum. Aku bukannya popular sangat untuk berkongsi cerita itu semua.

Akhir-akhir ini facebook telah menjadi satu perkara wajib yang perlu ada pada setiap warga malaysia. Sana sini orang akan bercakap tentang facebook. Tidak mengira tua atau pun muda. Jika kita berjumpa kenalan lama, sebelum mengakhiri pertemuan pasti akan ada yang bertanya “Kau ada facebook tak?”

Facebook juga telah menjadi salah satu saluran penyampaian kerajaan untuk menyampaikan sesuatu maklumat dan juga sebagai satu saluran atau alat perhubungan untuk pemimpin mendekati rakyat. Antaranya ialah facebook Perdana Menteri kita, ramai juga pak menteri kita sudah mempunyai facebook. Apa yang aku lihat dan sedar, penggunaan media alternatif sebagai saluran penyampaian maklumat dan juga alat perhubungan antara kerajaan dan rakyat, ialah selepas pilihan raya umum yang lepas. Kerajaan mula sedar, dalam mencari sebarang maklumat, rakyat tidak hanya bergantung kepada surat khabar dan berita di tv sahaja. Semasa pilihan raya lepas, pembangkang telah menguasai media alternatif dengan sangat baik, sehingga mampu menakluk 5 negeri, kekalahan terbesar BN dalam sejarah politik tanah air.

Cukuplah bercakap tentang politik. Ini bukan blog politik.

Tujuan penggunaan facebook adalah berbeza beza bagi setiap individu. Ada yang menggunakan facebook untuk mencari kawan lama, menjalankan perniagaan, meningkatkan traffic ke blog (untuk blogger), bermain segala macam game yang ada dalam facebook dan macam macam lagi.

Facebook juga digunakan oleh kebanyakkan penggunanya untuk memberitahu kepada dunia apa yang sedang mereka lakukan. Tambahan pula, hampir semua syarikat telco di malaysia, telah menambahkan aplikasi internet dalam perkhidmatan mereka. Perkara macam ini kadang kala membuatkan aku geli hati dan berfikir, perlukah memberitahu kepada dunia apa yang sedang anda lakukan? Jika perkara yang diberitahu benar benar memberikan maklumat, bagus lah. Tapi jika sekadar nak beritahu “malas nak pergi kerja” “nak makan apa tengah hari ni” “hujan.sedapnya dapat tidur” “dalam perjalan ke kampung” benda yang remeh temeh perlu ke diberitahu dalam facebook?

Tujuan aku membuka akaun facebook ialah kerana desakan kawan-kawan. Alternatif lain dalam perhubungan selain email dan telefon. Senang untuk berhubungan tidak kira di mana jua berada. Tujuan lain aku ialah nak tengok gambar-gambar yang diupload oleh kawan-kawan. Sebab zaman sekarang ini, bila kawan-kawan ambil gambar dalam sesuatu majlis atau pertemuan selalu mereka berpesan “nanti tengok dalam facebook eh”. Kalau aku tak ada facebook, macam mana nak tengok gambar-gambar yang telah diambil itu.

Ada juga individu yang menggunakan facebook sebagai saluran melepaskan marah atau tekanan. Facebook telah digunakan dengan tidak bijak sana. Kes popular di malaysia, seorang artis yang mengugut untuk membunuh wartawan. Ada juga yang cuba menjadi hero dan nampak hebat dalam facebook. Contoh kes, seorang pemuda yang ditangkap polis akibat bergurau untuk melemparkan bom ke gereja.

Walau apa jua tujuan pengguna facebook, yang penting ialah menggunakan facebook dengan bijak sana. Teknologi harus digunakan untuk kebaikan dan bukan membawa kepada kemusnahan serta permusuhan.

Share Button

Comments

  1. says

    facebook dah jadi fenomena baru sekarang nie… huhu.. dah macam tsumawi… suatu ketika dulu.. ia akan sejuk balik ..bila ada satu teknologi yang lain lebih advance…percayalah… seperti sekarang nie ..friedster n myspace.. suam2 kuku je..huhu..

    • says

      nantikan je lah teknologi yang lebih baik dari FB ni. untuk melihat FB menjadi suam2 kuku macam friendster and myspace munkin agak lambat lagi, friendster and myspace tak digunakan oleh kerajaan dan tak sepopular FB sekarang ni.

    • says

      memang kena bijak menggunakan lah.
      aku paling marah budak umur 14tahun yang gunakan FB untuk tak hormat dengan perginya arwah din beramboi tu. kurang hajar betul, memainkan agama.

Trackbacks

  1. Facebook Situ Sana Sini. | AzwanAnuar.com…

    Akhir-akhir ini facebook telah menjadi satu perkara wajib yang perlu ada pada setiap warga malaysia. Sana sini orang akan bercakap tentang facebook. Tidak mengira tua atau pun muda. Jika kita berjumpa kenalan lama, sebelum mengakhiri pertemuan pasti ak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing