Facebook : Game Empires & Allies

Share Button

Aku ini terlalu jahil untuk menggunakan aplikasi game pada facebook. Sebelum ini, terlalu banyak game request dari kawan-kawan yang aku ignore.

Pada musim semua orang main city ville, musim semua orang main cafe, main farm ville, banyak lah request yang aku terima. Tapi tak pernah satu pun aku accept atau berminat nak main. Aku rasa, kalau kau nak main, tak perlu lah nak invite-invite aku. Kalau aku nak main, pandai lah aku cari sendiri. Annoying lah..

Game Empires & Allies adalah permainan pertama yang aku main dalam facebook. Itu pun selepas melihat keseronokan di kalangan kawan-kawan yang asik bercerita pasal game ini. So aku pun mencuba, lagi pun tak kena bayar apa salahnya mencuba kan. Aku cuma bertahan tidak sampai sebulan pun main game ni, tapi dah mula rasa jemu. Ditambah pula dengan kekangan masa bekerja dan ketiadaan komputer di rumah, membuatkan aku makin malas nak main game ni.

facebook game

Aku munkin agak lembap untuk merasai keseronokan bermain game ni. Kawan-kawan yang baru main pun dah level lebih tinggi dari aku.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ?

Ada beberapa perkara yang membuatkan aku kurang minat nak main game facebook ni
1. Kena invite kawan-kawan facebook lain untuk bermain game ni sekali supaya anda dapat melepasi level atau dapat ganjaran tertentu. Tak semua orang suka di-invite. Aku sendiri pun tak suka di-invite main sebarang game. Kalau kau suka game tu, belum tentu aku suka, so tak yah la nak invite. Annoying lah..

2. Kena mintak tolong kawan-kawan lain untuk selesaikan misi atau minta bantuan untuk mendapatkan sesuatu barang yang anda perlukan. Leceh la macam ni, aku dah la jenis main game sekali sekala je. Tujuan aku main game biasanya nak hilangkan tension time kerja. So bila main, mesti nak cepat habis. Kalau dah nak kena mintak tolong kawan-kawan, nak kena tunggu lak kawan approve. Berapa lama?? Pergh..bosan gile.

Lazada Malaysia

3. Aku tak suka apa yang aku buat dipaparkan di wall. Tapi bila main game ni, ada perkara yang memerlukan anda memaparkan aktiviti anda sedang bermain game di wall. Cis..malu lah aku, semua orang tahu aku sedang main game.

4. Kalau anda berjaya dalam sesuatu misi. Anda digalakkan untuk berkongsi kejayaan anda itu besama kawan lain dalam wall. Kelakarnya..Berjaya main game pun nak share dengan kawan ke? lain lah kalau kau berjaya khatam al-quran, itu lah patut di share dengan kawan-kawan.

Belajar Asas Cetak T-Shirt Dengan Mudah !

5. Nak kena selalu update. Actually kalau tak update pun tak pa. Tapi kalau tak update maka permainan anda tidak berkembang lah. Perkara macam ini lah yang membuatkan kaki game facebook tak senang duduk kalau tak ada laptop/pc dan line internet.

Itu pendapat aku yang bukan kaki game facebook lah.

Dari sudut lainnya, game facebook ini dapat mengeratkan lagi hubungan anda dengan kawan-kawan anda, sebab boleh bermain game yang sama. Boleh bersosial bersama dengan cara bermain game.

Untuk menghilangkan rasa bosan time kerja. Pilihan aku sekarang ialah bermain game dalam google+. Syok gak, Add lah aku dalam circle korang. Cari azwananuar[at]gmail.com

Share Button

Comments

    • says

      main age of empire kat mana? rumah ke CC. kalau kat CC main dengan kawan-kawan best gak. boleh lupa diri. masuk CC malam sampai tak sedar dah petang hari rupanya. hehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing